Daisypath -

Thursday, March 14

hari ini ia berlaku lg..

Allahumma solli 'ala saiyyidina Muhammad..

Allah,
hari ini berlaku lagi.
di sri putri..

tapi kali bukan berlanggar dengan mana-mana kenderaan
tapi,
kena ragut..

tapi..
bukan saya yg kena ragut,
penumpang saya..

'ish..knape nie syatika bergerak2 duk kat belakang"
'moto besar nie menyibuk plak kat tepi'
monolog ini berlaku serentak

sampailah moto itu berada dihadapan sedikit dari moto ku..

ya Allah, beg kawanku..

kami agak panik..masing2 tak megeluarkan apa2 kata..
yang tadi nyaris jatuh,
ku kuatkan pegang handle..

dlm hati berulang2 kali membaca ayat ke5 surah al-fatihah
'hanya Engkau tempat kami sembah dan hanya Engkau tempat kami meminta pertolongan'
aku panik..ya Allah apa yg harus aku lakukan..
ketika itu mmg masih berada diatas moto yang bergerak..

syatika dibelakang...'Ashra..'
terus ku pulas handle itu..pada niatnya untuk mengejar..tp..
moto RX besar tu lg laju..cilok kat simpang pun xde slow dah...
sampai trafic light xdpt detect ke mana moto itu tuju..
Allah..Allah..

syatika pada awalnya berhajat untuk balik pada 12.00tgh hr tergendala..
'syat, kita patah ke pondok polis tu'

sampai di situ, polis tersebut minta kami ke balai polis berhampiran..
ketika syat membuat laporan, aku sempat menelefon aboh..

'nasib baik xjatuh'..luah aboh
aboh memaklumkan step2 yg perlu dilakukan..

alhamdulillah
setelah berkejar ke balai polis, dan bank
syat selamat menaiki bas jam 2 ptg..

syat, ambil dulu duit nie beli tiket..
dia pada mulanya hendak membatalkan niatnya pulang ke rumah
namun, ku minta dr semalam agar dia pulang disebabkn ibunya kurang sihat..
dan memandangkan pejabat pendaftaran agak berdekatan dengan rumahnya di muar..

'syat, kerja project nie jgn fikir..yg penting kesihatan mak tu'..
redha mak lagi utama..dia akur..

jika sebelum nie hanya mendengar kes ragut berlaku pada org lain,
kali ini berlaku pada diri sendiri..
Allah masih meminjamkan nikmatnya pada hambaNya yg dhaif ini..syukur..

step:
1)cal bank minta diblockkn pin kad atm..no phone boleh didapatkan dibelakang kad atm
2) buat laporan secepat mungkin
3)ambil salinan report utk dibawa ke pejabat pendaftaran
4)sepanjang kejadian dari mula sampai akhir, sentiasa berdoa pada Allah..




No comments:

Post a Comment