Wednesday, October 26

ALLAHuRABBI



❝ Ya ALLAHuRABBI.. Ketika diri ini dilambung ombak kesusahan dan

kesempitan, ENGKAU kurniakanlah aku kesabaran dan ketabahan.. Tatkala

diri ini didatangkan onak keperitan dan penderitaan, ENGKAU lapangkanlah

dada ini dan tabahkanlah hati ini untuk menghadapinya.. Ku pohon pada-MU

ya ALLAH; Janganlah ENGKAU jadikan diriku ini hamba-MU yang berpaling

dari-MU ketika saat ENGKAU menguji ku.. Ya ALLAH, permudahkanlah

urusanku, berikan aku kekuatan dan kurniakanlah aku kesabaran agar tetap

di jalan-MU.. Sesungguhnya aku ini hamba-Mu yang lemah Ya ALLAH, tiada

daya dan upaya untuk mengatasi sesuatu jika tanpa keizinan dari-Mu..

..AMEEN YA RABBAL 'ALAMEEN..






Tuesday, October 25

kurniaanNya…bercuti bersama famili

Alhamdulillah….syukur kepadaNya kerana hujung minggu baru-baru ini dapat ‘spend’ masa bersama family tercinta….ya Allah, hanya DIA shj yang tahu betapa gembira dapat bersama-sama dengan aboh, ma, along, angah, mimi dan edy…

Pada mulanya agak berat juga untuk ke shah alam di sebabkan ada hal yang penting yang perlu di selesaikan bersama sahabat-sahabat seperjuangan….

Tapi, daku memilih bersama keluarga...kami sebernarnya dah lma tak pergi keluar bermusafir bersama-sama…boleh dikatakan sejak kecil lagi…ye la, bila bekerja jadi orang biasa di dalam sector kerajaan , untuk bercuti bersama keluarga di kurangkan….walauapapun , kami sekeluarga bersyukur kerana memahami antara ahli keluarga…

Sebaik je tamat ‘Test Seperation’ , bersiap-siap ke sri putri…Alhamdulillah, kakak ku sorang nie(Nurul Ajila) yg snggup hantarkan adik nya yg comot nie ke stesen bas….syukran ya ukhti

Apa lagi, naik je bas terlelaplah kerana kepenatan memerah otak dimedan perjuangan masa test tadi….

Jam 4.00pagi (anggaran) sampai di stesen bas shah alam dan aboh dah lme menunggu..ye la, call2 anaknya ini tak angkat2…tidur smpai xsedarkan diri…

Sampai di rumah tumpangan, dapat rehat diri sebelum bersiap ke Uitm….

Kabut jga pagi tu nak bersiap..yela, masing-masing jarang tidur dalam bilik ‘air-cond’ , xmau keluar dibuatnya…hehe…

Subhanallah…sangat ramai hamba Allah yang bergraduasi pada hari itu….

Tak sabar rasanya nak bergraduasi jga..(2thun lg…)

Bnyak jga adegan yg mencuit hati sepanjang tempoh tersebut….

Dengan bunga konvo, belon Angry Bird, MC penyampai nama2 graduan…mcm2…

Penat jga layan karenah org bergrad nie…jadi photographer jap even camera biasa je…(ye la, yg dtg semua pegang DSLR, cukuplah kita pegang cmera digital yg kecil comel)…

Mlmnya berkurung di bilik sejuk menatap nota-nota, yg lain berjalan rumah abg.Rafi(tunang along)…ye la, test hari isnin(nk berjln sngat la katakan)…

Dan kali ini, dengan berbesar hati family nak hanta balik ke skudai….kalau kanak2 dah melompat sakan J

Dan kmi bermalam sehari di Scholar Inn....mcm xnk bagi balik..dah jadi umah sendri dah…

Lepas bersarapan pagi bersama di Meranti, dengan hati yang sayu(nasib baik dpt thn air mata keluar), kereta yang dipandu Aboh menyusur keluar dari pintu gerbang UTM….

Inilah aktiviti hujung minggu yg amat bermakna…

>>2 minggu lagi insyaallah dapat lagi berjumpa dengan famili








muka kepenatan..hehe...gambar mesti kne ada jga
along, ma, angah(graduan farmasi) dan aboh


sebaik shja keluar dewan...bersama abg rafi dan ayahnya



teddy bear yang setia menunggu utk di sunting...hehe

kawan2 angah...graduan farmasi..


kuntuman mawar mekar...selepas dibuka pembalutnya dan disiram dengan renjisan air (itulah hakikat wanita)








Nabi Muhammad SAW bersabda: "Empat macam sebagai syarat kebahagiaan seseorang iaitu jika isterinya solehah, anak-anaknya taat, kawan-kawannya orang-orang yang soleh dan penghasilan rezekinya di dalam negerinya."


.
Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata: "Tujuh macam yang dapat diterima pahala sampai sesudah matinya iaitu: Siapa yang membangunkan masjid maka tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang di dalamnya; Siapa yang mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya; Siapa yang menulis mushaf, ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya; Orang yang menggali perigi, selama masih ada orang menggunakan airnya; Siapa yang menanam tanaman, selama dimakan oleh orang atau burung; Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajarinya; Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan dan membaca istighfar baginya, yakni jika mendapat anak lalu diajari ilmu dan Al-Quran, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri, sebaliknya jika dibiasakan berbuat maksiat, fasik maka ia mendapat dosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri."



Sebagaimana riwayat Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad SAW bersabda: "Jika telah mati anak Adam, maka terhenti amalnya kecuali tiga macam iaitu Sedekah yang berjalan terus; Ilmu yang berguna dan diamalkan; Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya."

Wallahua'lam.




Thursday, October 20

Ya Rabb...




Ya Allah, sesungguhnya banyak yang aku harapkan dalam hidup ini, banyak yang aku citakan dalam hidup ini..aku mohon pada-Mu; Ya Allah, janganlah Engkau lalaikan aku dengan segala kenikmatan dunia,janganlah Engkau jadikan kenikmatan dunia ini sebagai istidraj bagi diriku, Engkau jadikanlah segala yang aku harapkan didunia ini ; ilmu yg bermanfaat,usia yang berkat, suami yg soleh, zuriat yang "penyejuk hati" dan cinta insan yang beriman sebagai kekuatan bagiku bertatih menuju redha-Mu, menuju syurgaMu..sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui....amin.

Sunday, October 16

amani..


a song to share...

Tangisan sanubari telah terhenti

Kala suram suria memancar sinarnya

Pertemuan seindah bayangan firdausi

Menjadi zikir kasih yang suci


Lukisan dua jiwa menjadi satu

Terkenang detik bertemunya kau dan aku

Santun berhikmah mengingatkan diri

Hidup dan mati hanya untuk Ilahi

Mengenggam janji cinta ini

Bertemu kasih tanpa jasad

Bicara tanpa suara

Hanya tulisan bahasa indah

Mengeratkan antara kita

Hinggalah ke akhirnya

Kau ku sanjung kerna pengorbanan

Bagai puteri di kayangan

Tika ku lesu hadapi hidup

Kau hembuskan nafas semangat

Penawar hati


Tajuk Nasyid : Amani

Artis : Amar

Album : Hikayat Cinta



hijamah?



bismillahirahmanirrahim...
alhamdulillah....
mengamalkan sunnah baginda pasti mendapat kebaikan dengan izinNya...

shukran ya dik nur fadzureen kerana sudi menemani kakak mu yg comot ini...


hijamah ?

apa yea?


perasaan takut tu adalah sikit pada mulanya...yela, dah pernah lihat di televisyen....macam sakit...

cik ma : kalau nk fikirkan sakit buat bekam, baik kmu fikir badan kamu yg sakit...

kami tersenyum sahaja memandangkan kesihatan sejak kebelakangan ini agak terganggu...


alhamdulillah...alhamdulillah...

sepanjang menjalani proses berbekam, surah al-fatihah, 3 qul dan ayat Kursi pasti dan mesti diteruskan bacaan...moga dan harapan ketika itu dpermudahkan proses berbekam...

cik ma & kak yus : kita nie memang setiap bulan mengeluarkan darah kotor
..tapi yang berada di kepala sukar(xkeluar) jika tidak berbekam...

selesai...

cik ma :nak lihat tak??? err....takpelah..seram nk tgk....

sbb menuruk shbat, dia(darah kotor) yg keluar dari kepala agak berwap dan berbuih-buih(gunung berapi meletus)...


dengan berkat kesabaran , selesai sudah kmi berbekam....

alhamdulillah ^_^





"Kesembuhan itu ada pada tiga hal: Dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang umatku dengan besi panas." (HR Bukhari)








Saturday, October 15

niqob...


Purdah = Ustazah
Berpurdah atau berniqab, secara mudah akan dilabel sebagai ustazah.
Fikiran sebegini, dianggap betul pada sebahagian orang dan itulah yang mereka pegang zaman berzaman. Orang yang menganggap pernyataan ini betul, adalah orang-orang awam yang menilai segala perkara melalui zahiriah semata-mata. Seorang ustaz mesti pakai kopiah. Siapa yang selalu pakai serban, dia adalah ustaz. Siapa yang selalu pakai tudung labuh, dia adalah ustazah.
Sedang hakikatnya tidak begitu. Ustaz atau ustazah, boleh saja dilabel kepada sesiapa sahaja, apatah lagi jika yang dinilai hanyalah pakaian. Walhal, label itu tidak ada kena mengena dengan soal pakaian secara khusus. Ia berkait rapat dengan soal warak, zuhud, alim dan bijaksana pada seseorang. Semestinya, kemahiran dalam bidang agama adalah teras kepada kelayakan seseorang berada di tempat ustaz atau ustazah. Itu secara hakikat bukan semata-mata persepsi atau gelaran.
Namun perlu diingat. Mahu atau tidak, kita harus terima bahawa dalam masyarakat kita tidak semuanya mempunyai kefahaman agama yang baik. Masih ramai yang jahil dan tak kurang juga yang berlagak tahu – enggan mengaku jahil.
Maka kalau anda ingin memakai purdah atau niqab, sila ambil kira juga kefahaman masyarakat dalam menilai diri anda.

Fenomena Niqobis
Di alam maya ini, lewat aktiviti berfacebook ataupun berblogwalking, secara jujurnya saya melihat semakin ramai wanita yang memakai purdah atau niqab. Tak kurang juga yang menjadikan purdah dan niqab itu sebagai identiti mereka.
Apabila diperhati kepada apa yang dicatat di blog-blog mereka, semuanya cenderung mengajak pembaca kepada nilai ‘ubudiyyah kita kepada Allah. Banyak ayat-ayat tazkirah, firman dan sabda serta tidak kurang juga artikel-artikel agama yang disalin dari pelbagai sumber.
Sekali imbas, saya yakin jiwa mereka sangat lunak dengan agama.
Tetapi suatu keanehan yang paling ketara adalah sebahagian mereka mempunyai tabiat tidak sihat yang sangat bertentangan dengan sunnah berpurdah itu sendiri. Ini mencetus suatu kepelikan yang tidak kunjung sudah di hati saya. Dalam hal ini, saya mempunyai beberapa pendapat :
Pertama : berpurdah itu khilaf antara wajib ataupun sunat. Ada yang menganggap sebagai wajib maka dia mengharamkan wajahnya dari ditatap, dengan meyakini bahawa wajahnya itu juga adalah aurat seumpama rambut dan tangan. Manakala yang menganggapnya sebagai sunat, memakainya sebagai suatu alternatif menzahirkan komitmen ‘ubudiyyahnya kepada Allah. Golongan ini memakai purdah di tempat tertentu dan membukanya di tempat yang lain. Pada saya, selagi mana dianggap sunat maka tidaklah menjadi masalah. Cuma dari sudut istiqamah, ia kelihatan sedikit cacat.
Kedua : berpurdah itu suatu tahap yang hanya boleh dicapai selepas selesai tahap asas terlebih dahulu. Berpurdah itu umpama mengupgrade diri ke peringkat yang lebih baik. Tahap asas yang dimaksudkan itu adalah menutup aurat dengan sempurna, menjauhkan diri dari budaya tabarruj ( berhias diri dan menarik perhatian lelaki ajnabi ) serta mempraktikkan nilai-nilai akhlak seorang muslimah di dalam diri sendiri. Kesemua itu adalah perkara wajib yang telah disepakati dan bukan merupakan perkara khilafiah. Adapun berpurdah, tidak sampai ke tahap itu. Mudahnya, anda tidak boleh memakai baju lengan sekerat kemudian memakai purdah. Sebaliknya anda haruslah berpakaian menutup aurat dengan sempurna terlebih dahulu, barulah anda menambah dengan memakai purdah.
Ketiga : Tujuan memakai purdah bukanlah supaya diri anda tidak dikenali. Ia bukan soal ‘hadang muka’. Tujuannya adalah untuk mengelakkan anda dari menjadi perhatian lelaki ajnabi ataupun menimbulkan fitnah kepada mereka. Atas kesedaran ini anda memakai purdah demi menjaga maruah dan agama anda. Selaras dengan tindakan ini, anda tentunya akan sedaya upaya mengelakkan diri anda dari menjadi tatapan orang ramai, lebih-lebih lagi di alam maya. Adalah sesuatu yang aneh jika anda memakai purdah tetapi mengambil gambar sendiri dalam jarak yang cukup dekat kemudian diletakkan di facebook ataupun blog dengan saiz yang begitu besar!

JAHIL
Itulah namanya simptom dari kejahilan. Jahil dari awal-awal mengorak langkah lagi, iaitu untuk apa anda memakai purdah? Ini kerana yang membezakan antara dua wanita yang memakai purdah adalah iman dan kefahamanmereka. Sedangkan kain sehelai itu bukankah neraca penentu taqwa ataupun tidak.
Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan ‘mahal’. Ada yang memakai purdah kerana mahu menyorok kelemahan tertentu. Ada yang memakai purdah kerana mahu kelihatan lebih cantik atau mahu bergaya. Ada yang obses dengan trend dan fesyen. Ada yang obses dengan watak dalam filem atau drama ‘cinta Islamik’. Dan ada juga yang benar-benar memakai purdah kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Nah. Sekarang anda di posisi yang mana?

‘Niqobis’ Alam Maya
Secara zahirnya, ada tiga kepelikan ketara yang sering saya lihat pada niqobis yang aktif di alam maya :
1- Bergambar.
Bergambar dalam jarak jauh dan jika tersiar pun, dalam saiz yang kecil pada saya tidaklah menjadi masalah. Jika jarak jauh dan saiz kepala pula hanya sebesar kepala mancis, tiada siapa yang akan tertarik. Yang kenal pun, tentulah kenalan rapat sendiri sahaja. Tetapi jika diletak dengan sebesar-besarnya, sehingga begitu jelas bulu mata yang lentik dengan sekeliling mata berhias celak, itu jelas sekali bertentangan dengan objektif memakai purdah itu sendiri. Meskipun hanya mata yang kelihatan, tetapi jika sejelas itu terpampang, sudah tentu bisa jua mencairkan hati anak adam. Anda sedang meletakkan magnet yang menarik fitnah. Apakah anda fikir jelingan mata anda itu bebas daripada virus fitnah wanita yang disabdakan oleh Nabi s.a.w ..?
2- Tabarruj
Ada beberapa ciri asas dalam tabarruj, antaranya adalah jenis pakaian yang boleh menarik perhatian lelaki ajnabi dan memakai bau-bauan yang kuat. Ramai niqobis yang seolah keliru dengan diri sendiri. Asalnya memakai purdah dan berbaju labuh untuk mengelak dari menarik perhatian atau menimbulkan fitnah, tetapi lama kelamaan seolah mengambil kesempatan pula ke atas pakaian labuh dan purdah. Daripada satu warna, menjadi banyak warna. Daripada kosong semata, jadi berhias pelbagai manik berkelipan pula. Sudahnya, makin lama makin pelik. Lebih pelik, tangkap gambar banyak-banyak dan masukkan dalam blog secara bersiri. Untuk apa?
3- Mendedahkan aurat
Sudah banyak dijelaskan di sana sini, bahawa menutup aurat itu bukan bermakna menutup rambut. Ada beza yang besar antara keduanya. Jika anda mahu ikut kefahaman sendiri, anda boleh tutup rambut dengan scarf sahaja. Tetapi jika anda mahu ikut Islam, anda wajib menutup seluruh rambut dengan melabuhkan tudung ke bahagian dada, serta memakai baju yang labuh dan tidak menampakkan bentuk badan. Barulah anda diiktiraf sebagai menutup aurat. Yang akan mengiktiraf itu adalah Allah, bukannya manusia. Tetapi saya lihat, ramai niqobis yang tidak mengupgrade disiplin pemakaian mereka sesuai dengan tuntutan syarak, sebaliknya menambah sehelai kain untuk menutup sebahagian muka pula. Ini pelik.
Dengan tabiat yang suka memakai t-shirt dan seluar jeans, dia menambah sehelai kain di muka lalu memanggil dirinya sebagai wanita berpurdah. Ini gharib. Ada juga yang bertudung silang ( tidak dilabuhkan ke dada ) tetapi memakai purdah. Ini juga gharib.
Dalam kesemua yang saya lihat dan perhatikan, saya fikir, sesiapa yang mahu memakai purdah, perlulah berhati-hati. Kenapa?
Pertama : Anda malu dengan manusia. Di dunia ini pun anda sudah merasa malu, kerana anda dilihat sebagai jahil dan aneh. Memakai serban tetapi berseluar pendek, ibaratnya begitu.
Kedua : Di akhirat kelak, anda akan ditanya oleh Allah atas apa yang anda pakai di dunia. Tidak cukup bab tidak menutup aurat dengan sempurna, ditambah pula dengan bab mengapa memakai sehelai kain di muka sedangkan perintah menutup aurat diabaikan. Dari satu hal bertambah jadi dua hal semata-mata kerana anda gatal tangan mahu memakai purdah tanpa terlebih dahulu menjelaskan niat kerana Allah. Itu cari penyakit namanya.
Justeru, sila berhati-hati jika ingin memakai purdah. Apabila anda meletakkan diri anda di tahap itu, maka mahu atau tidak, anda perlu menjadi sepertimana orang yang berada di tahap itu. Baik dari segi perkataan, perbuatan mahupun pemakaian. Sebenarnya, semua itu tidak akan membebankan anda pun jika anda benar-benar ikhlas memakai purdah. Tetapi jika sebaliknya, kekallah anda dalam ‘azab’ kegelisahan yang berpanjangan.
Fikir-fikirkanlah.

Sekian.
dipetik dari :

......dan ada dikalangan segelintir wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.

Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.

Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :)
dipetik dr











contengan...
Dimana DIA dihatiku...ya...diri ini melatih meletakkanNYA sentiasa di hati....hati yg selalu dikotori dengan dosa-dosa silam dan kemungkinan yg akan dtg...ya, mungkin langkahku ini mendatangkan bnyak persoalan....
maafkan diri ini....waktu ini bukan kita yg menetukannya....ya DIA...kita langsung tidak mengetahui bilakah kta akan dikembalikanNYA....mungkin tahun hadapan, bulan hadapan dan kemungkinan sesaat lg....
yg ku lakukan ini hanya semata-mata keranaNya...dilakukan juga oleh para isteri baginda...mungkin diri ini tidaklah selayaknya dianggap seperti para isteri baginda...jauh sama sekali...dan mungkin perkara ini tidak berlarutan setiap saat atau terhenti di persimpangan...
kita hanya merancang dan melakukannya dengan sebaiknya, dan hanya DIA lah sahaja yg menetukan segalanya...menentukan pengakhirannya....
izinkan ku dikembalikan dengan keadaan khusnul khatimah
taqarub illallah...

dialog bersama ibunda...
ma : buat ape 2???
gadis kecil : err...>>tangan memegang jarum dan benang serta helaian kain..
ma : ohh..yg tutup hidung 2 ke??? ehh..silap2...yg tutup muka...
gadis kecil : hehe..aahhh....
ma : ohhh.
gadis kecil : ada x getah tali..
ma : ohh..rasenye ada...cbe cr kat kotak 2...xpun dsni...>>smbil menunjukkan tempat tersebut...
gadis kecil : 'tersenyum'...okey ^_^

Thursday, October 13

yg bergelar hawa...


Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya?

Wahai Hawa,

Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,

Andai engkau masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu , andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin , jangan kau risau akan jodohmu , ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati ,dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan...takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa , lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,

Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa , Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


wahai insan yg bergelar muslimah, jgalah setiap langkah dan pertuturanmu...kerana setiap apa yg kau lakukan akan diadili kehidupan sekelilingmu...

tapi, ingatlah wahai muslimah...DIA adalah selayaknya yg mengadili hatimu...jagalah hatimu hnya padaNYA...lakukan setiap langkahmu adalah semata-mata keranaNya...biarlah hanya DIA sahaja yg mengetahui isi hatimu....

jgn biarkan tangis mu diketahui, biarlah hanya DIA yang mendengar tangis dan rintihan mu....

Tuesday, October 11

Si Gadis kecil bertanya....


Seusia anak-anak kecil dalam lingkungan 7 tahun....si gadis kecil duduk termenung..melihat kelibat para wanita berusia 20an melalui jalan-jalan dihadapannya,....

dan suatu hari....

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya, “Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi

muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”.

Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi b
entuk tubuhnya yang mempersona itu".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran". Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr,Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).

“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32).

“Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.

“Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda".

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.



Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani).


amatlah bersyukur dijadikan seorg wanita...walaupun pada hakikatnya tidaklah sebaik isteri baginda...tapi aku juga ingin seperti mereka...bidadari syurga..

Friday, October 7

a song...







wanita solehah adalah sebaik baik keindahan

Menatapnya menyejukkan Qalbu

Mendengarkan suaranya menghanyutkan batin

Ditinggalkan menambahkan keyakinan

Wanita solehah adalah bidadari surga yang hadir didunia

Wanita solehah adalah istri yang meneguhkan jihad suami

Wanita solehah penebar rahmat bagi rumah tangga cahaya dunia dan akhirat

Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia

Perhiasan yang paling indah
bagi seorang abdi Allah
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia
Itulah ia wanita sholehah
Ia menghiasi dunia

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab Al Qur’an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Walau berjualan di rumah saja

Karena iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu di korbankan
Harta kemewahan dileburkan

Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Ditengah gelombang kehidupan

Aurat ditutup demi kehormatan
Kitab al Qur’an didaulahkan
Suami mereka ditaatinya
Akhlak mulia yang ia hadirkan

Karena iman dan juga Islam
Telah menjadi keyakinan
Jiwa raga mampu di korbankan
Harta kemewahan dileburkan

Di dalam kehidupan ini
dia menampakkan kemuliaan
Bagai sekutum mawar yang tegar
Ditengah gelombang kehidupan

Wanita solehah…


..............................

subhanallah....bila di hayati bait-bait lagu ini...diri berbicara, sungguh lengkap wanita yg dinyatakan di atas...ya, diri ini mengakui tidak mampu menjadi selengkap 'wanita di atas'...

yang sentiasa menyenangkan, dapat menambahkan keyakinan, dan dapat meneguhkah diri dalam perjalanan ini...

namun, ingin ku cuba menjadi seperti wanita di atas...


celoteh hari ini....

Get ur vision....set the goal ---> plan ---> do the work ----> be confidence that u can & istiqamah ---> reach da goal...

BI'IZNILLAH....


NURUL ASHRA!!!! U CAN!!!! YES..YES..YES...(motivate myself)..

thanks TWHewi & Helwa RPI, sharing a lot of knowledge with datin zanirah...