Daisypath -

Thursday, March 14

cinta Allah



Kekasih kami berkata,
sumber kekuatan seseorang ialah cinta.
Dengan cinta,seseorang akan rajin beribadah kerana cintanya pada Sang Pemilik Ibadah.
Begitu juga,seseorang akan punya kekuatan untuk menghadiri sesuatu tempat atau majlis,meskipun perjalanannya jauh dan meletihkan,tetapi kerana ada sesuatu yang dicintainya di sana...tak terasa letihnya perjalanan kerana cinta itu menenggelamkan segala keperitan yang dirasainya.

Cinta itu sumber kekuatan....Pepatah Arab pernah menyebut,

'Seseorang itu hamba kepada apa yang ia cintai.'

Jika ia mencintai harta,maka ia akan menjadi hamba kepada harta.
Jika ia mencintai wanita,maka ia akan menjadi hamba kepada wanita.
Jika ia mencintai kemasyhuran,maka ia akan menjadi hamba kepada kemasyhuran.

Sesiapa yang mencintai Allah,maka ia akan menjadi hamba kepada Yang Maha Sempurna.
Cinta adalah kebahagiaan.
Orang yang tidak bahagia jelaslah bahawa dia tidak memiliki cinta.
Cinta adalah menyintai keindahan.
Jika keindahan itu abadi maka kebahagiaan cintanya abadi,maka jika punah maka kebahagiaan pun hilang.
Maka jika cinta kepada keindahan yang sementara dan tipuan,bermakna kebahagiaan itu cuma palsu.
Tiada sesuatupun seindah Allah.


No comments:

Post a Comment