Sunday, February 20

tidak tahu apa tujuan mereka???

Pilihan Raya Kampus semakin panas....kenapa??? sebab ada dua pihak yang bertungkus-lumus untuk menaikkan calon mereka....ya, calon yang hebat di antara dua-dua pihak...tahniah...

Masing-masing membentangkan manefisto masing-masing...walaupun kadang-kadang dengar manefisto yang agak 'unrelistik', tapi saya menganggap mereka adalah golongan yang terbaik kerana berani tampil untuk memperjuangkan kebenaran dari pihak masing-masing...dan mengharapkan manefisto bukan hanya kata-kata semata-mata...

Tap, saya tahu...jauh dari sudut sahabat-sahabat yang mengetahui kepentingan pilihan raya ini, mereka bukanlah ingin manesfisto itu semata-mata.....Tetapi mereka inginkan sesuatu perubahan yang berlaku di tempat mereka....

Perubahan yang bagaimana???

Ya, kami inginkan suasana kampus suasana yang aman dari segala bahaya...suasana yang bukan sahaja cintakan ilmu duniawi semata-mata, tetapi inginkan suasana rakyat kampus yang berkejar-kejar mencari ilmu agama..ya, ilmu akhirat....suasana yang berpegang pada syariat Allah...tiada berlaku maksiat merata-rata....berpakaian sopan....tiada kata-kata keji...tiada hasad dengki...masing-masing ingin mencapai satu atlamat iaitu menuju dan mendapatkan Keredhaan Allah semata-mata...

Tidak kira anda dari mana-mana pihak...asalkan anda tahu tujuan anda sebagai khalifah di bumi Allah ini.....

ada yang memecahbelahkan keadaan...

wahai insan yang tiada tujuan apa-apa...tapi tujuan ingin menghancurkan mana-mana pihak....lupakan niat anda....Allah mengetahui niat setiap hambanya....mengapa perlu menyekat perjuangan yang ingin menegakkan islam??? sebenarnya, ini tanggugjawab kita bersama....jika kamu tidak menerima wasilah mereka, golongan anda pasti ada wasilah yang telah ditekankan....terlalu banyak lagi pihak yang masih islam hanya di bibir....bukan dihati...nah, itulah tanggungjawab kita untuk menerapkan nilai-nilai islam di dalam hati mereka....

akhir kata....nanti di sana kelak pasti kamu akan di tanya...Siapakah Pemimpin Yang kamu pilih.....semua itu di hati dan tangan anda...

petang jam 6.55

Tuesday, February 15

air mata.....


air mata....sebenarnya ia amat sukar untuk mengalir tanpa sebab...dia akan mengalir tanpa paksaan, tanpa rasa kepura-puraan....akan mengalir dan akan terus mengalir

calling
ya...bila sahaja mendengar suara dia, suara yang melahirkan diriku, yang membesarkan aku dari kecil...air mataku akan mengalir..entah mengapa...terlalu banyak ingin ku sampaikan, tetapi tersekat...tersekat dengan aliran air mata yang amat laju mencurah-curah...maafkan daku...

Ya Allah, engakau ampuni dosa kedua ibu bapaku...kasihi mereka sepertimana mereka mengasihiku dari aku kecil lagi.....


hati
ya..hati ini sebenarnya tidak terjaga....terlalu banyak dia menyebabkan airmataku mengalir.....
mungkin ini disebabkan kurangnya ilmuku dalam agama...kurangnya amalan seharianku terhadap pencinta selaga-galanya....kurang segala hal...kini, aku bertekad untuk menghadiri taman-taman syurga, ingin belajar, memahami dan mengamalkannya...harap-harap aku mampu lakukan...insyaallah...ameen....

ujian
hidup bila tidak didatangi ujian, mungkin ada masalah dia denganNya...itulah yang selalu aku dengar...seseorang mukmin akan diuji...tidak kira kecil ataupun besar....segalanya adalah ujian Allah untuk menguji hambaNya itu berpegang teguh pada tali aqidahNya....
ya....segala ujian pasti diiringi air mata...ya air mata akan menemani setiap kali anda memikirkan ujian tersebut...tapi ingatlah...anda lah orang-orang yang terpilih untuk menerima ujian tersebut...bersabarlah, serta redhalah setiap pemberianNya...

menulis dengan aliran air mata

Thursday, February 10

menjadi yang lain.....


bismillahirrahmanirrahim, syukur aku masih lagi di panjangkan usia....namun adakah usia bertambah menjanjikan seseorang itu akan beramal "lambat lagi"..."sat la, muda lagi nie.....nnt da tua bru la duk kat sejid(masjid)"....itu la kata-kata yang selalu kedengaran apabila dunia menjadi keutamaan mereka...nauzubillah...

cerita lain...dan menjadi orang lain

entah mengapa seorang hamba ini terpaksa membuat keputusan yang selalunya bukan menjadi kesukaan nya...ya, dia tidak suka berada statik pada suatu satu ketika....dia suka bergerak ke sana, ke sini membuat sesuatu atau terlampau banyak kerja...samapai tidak tercounter dirinya....mungkin Dia ingin hamba ini belajar dari kesilapannya

moga semoga keputusan yang di putuskan kali ini akan membawa dia lebih dekat padaMu....


Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa apa yang terbaik untuk hambanya. kerana itu pandai pandailah mencari Hikmah dibalik sebuah musibah dan ingat lah selalu untuk bersabar. Kerana Allah selalu bersama orang orang yang sabar.

Tuesday, February 8

Rintihan Taubat 4

Rintihan Taubat 3

Rintihan Taubat 2

Rintihan Taubat 1

sambungan...........

hari ini....


hari ini amat sedih...sedih kerana mengecewakan hati kedua insan yg tersayang...kerana keputusan ku yg teruk.................Ya Allah, tenangkan hati kedua ibu bapaku....aku tidak kisah kalau di marahi bahkan di stop kn perbelanjaan, tp aku tidak sesekali sanggup melihat mereka sedih kerana aku...ma abah, maafkan anakmu ini...sememangnya bukan itu juga yang ku inginkan...

ku terima semau ini dengan hati yg ikhlas....benar, memang sukat untuk menelan sesuatu yang pahit, beracun dan atau berduri...tapi, aku tahu Dia ada sesuatu yang ingin berikan kepadaku walaupun bukan sekarang mahupun di atas pentas lakonan ini......ku tunggu saat itu....

maafkan anakmu ini.......

Sunday, February 6

"Yasqut Mubarak"


Ajijoi: Demo anti-Mubarak: Polis mengganas lagi: "Walaupun saya tidak bersama di demo Anti-Mubarak yang berlangsung di Kuala Lumpur semalam, namun hati dan semangat saya bersama-sama dengan..."



Sila baca link di atas....Ya Allah, selamatkan dan lindunglah pejuang-pejuang yang menegakkan agamaMU...

Rasa geram ada juga pada pihak berkuasa nie...yela, rakyat bukan suka2 nk buat demostrasi bantahan terhadap pemerintahan 'MUBARAK' nie...tp mereka memperjuangkan hak rakyat di sana...ingat, ISLAM BUKAN DI MALAYSIA SAHAJA! TETAPI SELURUH DUNIA!!! MEREKA ADALAH SAUDARA SE-ISLAM KAMI!!!!

Bertindak bijak wahai "Pemerintah" yang di beri kepercayaan daripada rakyat untuk kamu memerintah negara ini. Jangan di sebabkan mereka ber"tittle" pembangkang, kamu mengambil tindakan yang tidak profesioanl...iaitu menahan beberapa peminpin mereka.....jgn di sebabkan desaka@pengikut "pemerintah luar" anda mengambil tindakan ini...

Jgn takut...mereka tidak akan melakukan keganasan terhadap kamu, selagi kamu tidak bertinak ganas kepada mereka....

Ingatlah, Mesir adalah satu-satunya negara yang banyak khazanah ilmuan Islam....selamatkan rakyat di sana....

Thursday, February 3

Labuhkan Cintaku Kepadanya Semata-mata Kerana Mu Ya Allah...


Assalamualaikum w.b.t….Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyan….


Alhamdulillah, hari ini terasa ingin mencoretkan sesuatu…entahlah, hal ini sering menjadi isu utama apabila dua pihak berbincang tentang masa depan lebih kepada soalnya hati…


Sebelum menaip lebih lanjut, ada yang selalu yang menutarakan…… “kita sebagai perjuang islam, perlu fokus apa matlamat utama kita, jgn la nk fikir2 sal rumah yang bertangga2 nie” …. “lebik la enta fikir sal nie, perjuangan entah ke mana sibuk je nk kawin2 nie” … “muslimah dianggap lembik bila berfikir tentang baitul muslim”


Hmmm…pernah seorang seniorku memberitahu, jgn tunggu lama-lama nnt hilang barokahNya…kepada sesiapa yg telah sampai seruNya, buatlah apa yang patut…ingat, jgn berfikir dan membuat keputusan secara melulu dan mengikut hawa nafsu….ingatlah, apa yg priority bg kamu dan sahabat2 perlu lakukan sekarang ini as a student degree….jgn fikirkan yang kamu akan dirikan baitul muslim itu sehari dua, tetapi sampai akhir hayat kamu dengan pasangan kamu. Bahkan anak2 dan saudara mara pihak kamu dan pihak pasanagn kamu…panjangkan pemikiran kalian….


Kepada yang mampu saya amat sarankan perlu dilakukan dengan segera…. Kepada yang telah mencapai tahap “wajib” anda sepatutnya segerakan juga, tetapi jika tidak mampu berpuasalah…


Saya pernah terbaca/ terdengar ada satu hadis(xsure…Ya Allah. Ampunilah jika aku tersalah)…. Seseorang hamba itu, apabila dia menyimpan perasaan terhadap seseorang kerana Illahi, tanpa memberitahu orang lain (hanya dia dan Allah shj yg tahu) sampai ke akhir hayatnya, dia akan bertemu yg lebih baik di syurga nnt…waallahualam


Kepada sahabat muslimin dan muslimat, jika merasakan anda lambat lagi ingin mendirikan baitul muslim, eloklah pada waktu sekarang carilah ilmu sebaik-baiknya tentang rumah tangga…jgn sampai bila tibanya masa, masa itulah baru nk cr buku yg berkaitan…. Waalaikummusalam w.b.t



"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"


Impianku menjadi isteri solehah,

mencintai, mengasihi zaujku selepas Allah dan RasulNYA.



Tuesday, February 1

binnabil huda UNIQUE.wmv


Binnabil huda Ya Rasulussalam

Wayamursala rahmatan lil anam
‘Alaikassolatu wa’alaikassalam
Wasohbika wattabi’inal kirom

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Wahai utusan rahmat sekalian alam
Selawat salam pujian untukmu
Para sahabat juga tabi’in yang mulia.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Mustofa Rasullallah
Ya Sanadi Ya Sayyidi

Wahai yang Terpilih, Utusan Allah
Kau sandaranku, Pemimpinku

Sollu..Sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda Muhammad dan para sahabatnya.

Binnabil huda nahnu jundul huda
Sanabqi ‘alal ‘ahdi tulul mada
Bazzhalnaddima wartadhoinar-roda
Li nashril huda Ya Rasulussalam

Dengan Nabi yang membawa hidayah
Kami sambung perjuangan sucimu
Berkorban jiwa raga untuk agama
Janji taat setia selamanya

Ya Shafi’ie Khuz biyadi
Ya Rasullallah, Habiballah
Huwal Hadil Basyir

Wahai yg memberi syafaat ambil/pegang tanganku,
Pesuruh Allah, Kekasih Allah,
Dialah petunjuk, dialah pemberi khabar gembira.

Sollu,sollu, sollu, sollu..
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa aalihi Muhammad
Allahumma solli wassallim ‘ala sayyidina Muhammad wa sohbihi Muhammad

Mari selawat beramai-ramai,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya,
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya.

Shafi’una..shafi’una..shafi’una..shafi’una..
Wahai yg memberi syafaat,
Rasulallah..
Habiballah..
KeNabiyallah..
Sofiyallah,
Pesuruh Allah,

Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad dan para sahabatnya
Ya Allah, selawat atas baginda muhammad, dan keluarganya

Artis: UNIC