Daisypath -

Tuesday, November 29

walk'in diary



someone ask me : why u don't publish ur blog@website
me : "i'm smile at her"....coz it's my walk'in diary... ^_^








sampai agak lewat di tempat yg dijanjikan...
walau tidak ramai yang hadir mungkin yg lain ada urusan yg perlu diselesaikan...

ish, budak tu main bola pakai tudung labuh...
boleh ke engkau gerak pakai cam nie....
tersenyum, kerna ini kata-kata yang ku pernah dengar dulu...
tapi skrg tidak, kerana bersama sahabat-sahabat yg sama pemikiran...

usrah dijalankan sesama kami memandangkan tidak cukup ahli untuk 'lawan'..
tajuk 'perkara kecil yang memusnahkan sesuatu yg besar....yakni ikhtilat'

satu muhasabah bg kami...
dan bermula dari diri sndiri untuk memperbaikinya
walau diluar pada hakikatnya menjaga, namun terlepas pandang perkara yg dialam maya....

muhasabah dari atasan mahupun yg dibawah..
pada hakikatnya semua adalah sama yg membezakan perhubungan DIA dengan kita...


Ya Allah…
Imanku masih rapuh untuk mengenaliMu Ya Allah,
Aku memerlukan kasih sayangMu Ya Allah,
Dan janganlah Engkau palingkan hatiMu dari
sentiasa mengingati walau sesaat cuma,
aku sedar,
sejak kecil hingga aku dewasa kini,,
kian banyak dosa yang telah aku lakukan,
dan tiada siapa mengetahunya…
kecuali Engkau Yang Maha Melihat lagi Maha Mengetahui,
Tiada siapa yang mengetahui bahawa suatu ketika dulu
hatiku pendendam
sifatnya.,,
Dendam yang buatku diri kusendiri kepenatan,
dendam disebabkan pengalam silam yang sukar untukku
ceritakan pada hidupan bumiMu…
pada rakanku,…

Ya Allah…andai kasih sayangMu tidak lagi wujud dalam diriku,
sudah tentu aku sekarang menjadi hambaMu yang paling miskiin,
Miskin jiwa sehingga menuntutku mencari dan meraih cintaMu,
adakah aku layak menerima cintaMu Ya Allah?
Adakah aku layak menerima pengampunanMu Ya Allah..
kiranya peluang yang ada di sini aku ingin meluahkan rasa benciku,rasa dendamku.,
yang pernah tersemat di jiwa nuraniku…

Ya Allah..
Engkau Maha Pengasih dengan mengurniakan aku,
sekeping hati mencari-cari cintaMu,
Hati yang kembali berfikir,
tawadhuk padaMu Ya Allah,
Ya Allah,
Engkau pimpinlah diriku ke jalan yang Engkau re
dai,
Pelihara aku daripada terus melakukan maksiat, riak dan sebgainya…
Sesungguhnya aku kini cuba mencari cintaMu,
Yang satu ketika pernah bertamu dalam diriku,
yang satu ketika meruntun jiwaku,
yang satu ketika aku benar-benar memerlukanMu,
biarpun seribu kali aku menjauhkan diriku dari mencintaiMu,
Namun nur kasihMu masih setia melambai,
Memujuk diriku kembali bersjud padamU,
Mengajarku erti kesabaran, ketabahan, kecekalan juga ketakwaan…





Sunday, November 27

Saturday, November 26

menghitung saat yg akan hadir...


alhamdulillah...
hari nie pagi-pagi lagi dapat bersama sahabat-sahabat...
membincang dan berfikir untuk AD-DIN NYA...

kepagian lagi, merehatkan fizikal badan dengan senaman kecil...
batuan yang kecil dipijak.....menusuk kesakitannya...
walau kesakitannya seketika tapi ia tetap dirasainya seluruh badan...

tapi , kesakitan itu hilang...
kenikmatan dirasai...
merasakan peredaran darah dapat berjalan dengan sempurna selepas refleksi tadi...
alhamdulillah.....dan itulah HAKIKAT KEHIDUPAN SEORANG HAMBA-NYA...

BE STRONG !!!!

wahai diri...
adakah kamu lemah bila kamu di takdirkan jatuh dalam sesuatu perkara...
adakah itu titik noktahmu....
hati, jawablah....

jawab!!!!!! adakah itu menghalang kamu untuk bergerak di jalan ini....
ya, jangan kau nafikan...
pernah kau membenarkan kata-kata itu...

tapi, wahai hati yang suci
muhasabah lah dirimu...
ini tidak menghalang kamu untuk terus bergerak
ini bukan titik noktah mu...TETAPI titik permulaan mu untuk terus ke hadapan..

ya, KEHADAPAN DENGAN IZIN-NYA
bi'iznillah...

tiada apa yang ingin dgapai dicapai melainkan
REDHA-MU YA ALLAH....


MUHARAM yg bakal menjelma...

tanpa ku sedar..tahun baru menjelma....
ku ingat lagi...
tahun lepas dimana ku menyambut sambutan tahun baru...ya, waktu itu 'latihan untuk sahabatku'
manis sekali, ketika itu , timbul segala kesedaran dan kesalahan....
merasakan diri ini terlaku hina disisiNYA...

DAN KALI INI IA MUNCUL kembali...
mengimbau penghijrahan Rasulullah SAW dengan sahabat-sahabat dari Mekah ke Madinah Munawarah(yathrib)...
1001 sirah yang boleh dijadikan panduan umat hari ini berkenaan dengan hijrah baginda..

ya, penghijrahan bukan sahaja dari sudut jasmani
tetapi termasuk penghijrahan dari sudut spiritual, akal, rohani, akhlak, pengorbanan dll

insyaallah...

diri ini ingin menjadi muslimah yang terbaik disisiNya....
akan ku cuba baiki kekurangan yang ada...
jika kita kembali mengambil kata-kata Ustaz Hasrizal..."berubah itu ada satu kemestian(yakni wajib) bukan satu pilihan "

seperti syurga dan neraka,
adalah satu kemestian untuk berubah jika untuk kesyurga, kalau tidak berubah..ke nerakalah kita jawabnya...

walaupun,
diri ini lebih menyukai kalimat Rabiatul Adawiyah...
mungkin boleh 'searching' kalimat yang diri ini maksudkan :)




~~~p/s : ku tahu, walaupun dirimu bukanlah suatu yang pasti, tetapi diri ini akan cuba menjadi yang sebaiknya pada ketika dan saat itu untuk selamanya...wallahualam....



Wednesday, November 23

USRAH DOUBLE !!!

kasih sayang seorang ibu tiada berbelah-bahagi, sanggup menghadapi kesukaran dari ditimpa anaknya.....(jst a pic coz really mis u mom)

Alhamdulillah….smlm di beri kekuatan menghadiri dua usrah…..tak kala orang lain berehat dek cuti Malaysia menang, (johor cuti keputraan sultan) , 1 mesej diterima dan 1 mesej diforward kepada 4 adikku ku….idzaty, hajar, nadiah dan safwanah….

USRAH 1 :Usrah di bilik ukhti…

Tajuk usrah : tajuk terakhir baitul muslim

Muslimat nie bila dengar je tajuk bab ‘masa hadapan’, mula buat mimic muka…..jangan tipu sahabat wahai teman, padahal hatimu suka ^_^

Erm, banyak juga perbincangnya….lama baru ku sedar, rupanya seorang shj bukan tahun akhir..yang lain semua dah tahun akhir….yakni diri yang menaip…

Tapi, apa yang dapat disimpulkan setiap waktu yang ALLAH berikan ada ujiannya….

Sebelum, semasa dan selepas akad

Kenapa dinamakan BAHTERA RUMAHTANGGA???

Kenapa tidak MAHLIGAI RUMAHTANGGA???

Setiap muslimat, tidak kira berintima’ dengan gerakan islam atau tidak pasti ada jawapan tersendiri…

Tapi pernahkah terfikir?

Bersediakan menghadapi waktu-waktu tersebut

Kata ukhti semalam “pada orang yang ingin focus kepada kekeluargaan , Allah akan datangkan ujian dalam system kekeluargaan tersebut, tapi sesiapa yang memang menyerahkan segalanya pada perjuangan gerak kerja islam , maka Allah permudahkan urusan rumah tangga “

Benar atau tidak terletak pada persediaan…..

Ya..

Persediaan amat penting…

Ilmu, rohani, fizikal…….dan keyakinan teguh padaNYA….

6.30>> pulang ke kolej kerna ada satu lagi pertemuan di taman syurga…

USRAH 2 : Di surau…

Mind setting dari pagi nak bincangkan tentang ibadah….buka buku usrah…Islam ad-din…

Subhanallah…tak prepare tajuk nie…hati terdetik, ya ALLAH permudahkan penyampaianku ke dalam hati adik-adik ini

Ku sampaikan apa yang ku fahami tajuk usrah kali ini….

Alhamdulillah…

Part yang best kalau usrah dengan adik-adik, dengar luahan masalah mereka…

Walaupun tidak mampu untuk menyelesaikan secara keseluruhan at least bagi cara yang terbaik…

Dan setiap yang beriman itu tidak lekang dengan ujianNya…

Next work…doing paper work…dan untuk mutabaah amal kerja nie, kami di minta solat istikharah….

i s t i k h a r a h : meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara'. [Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah]

i s t i s y a r a h : meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.

Well done cahaya_ashra J

Sunday, November 20

not my intention



Berjanji ku
Disuatu ketika
Bahwa aku takkan menduakanMu
Dan aku takkan biar sesiapa
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Mungkinkan ada pengampunan dariMu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

tahzan ya ukhti??


waiting for the message...
ku menunggu tak kala mata ku hampir terlelap

....ku buka inbox....enti di mana???
ohh, dia pun tak sampai lagi...
insyaallah ana sampai di sana ustazah..

panggilan jelas menyeru menghadap Illahi
subhanallah....ana terlelap...
pasti akhawat yang ku amat rindui berbicara dengan mereka menunngguku...

ya sudah lama tidak kami berbicara
bergurau senda
mengimbau pertama kali mengenali erti tarbiyahNya
rindu..ya rindu yang teramat


wahai ukhti..pujuklah hati mu...
ada hikmat disebalik yang berlaku...
insyaallah..panjangkan doamu...
doakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka..
doakan ukhuwah kami tidak terputus..
andai kami dpanggil..
doa jualah pengikat dan penghubung kami...


terap husnuzon diri kami ya ukhti...insyaallah cinta ini pasti masih dirasai...
innallaha ma'ana


Thursday, November 17

ingin jadi seperti dia...


entah knapa malam nie susuh nak lelap mata...erm, sambil2 study 'chemical reaction engineering' nie, tangan sibuk baca artikel....terstop di satu tulisan ini.....insyaallah sebagai perasai untuk sesiapa yang bergelar muslimat @ akhawat...


Bismillahirrahmanirrahim....


“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.


Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.

Amalan-amalan itu ialah:


1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.


3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!

Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

...wAllahualam...


antara kalimat siti khadijah r.anha ketika saat2 terakhir beliau

“ Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan ALLAH, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah”.

subhanallah...sampai ketahap itu kesanggupan pengorbanannya untuk islam...



Monday, November 14







Dalam satu pertemuan antara Asma bt Yazid al-Ansoriyyah dengan Rasulullah saw, beliau berkata: “ Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku adalah utusan bagi seluruh wanita muslimah di belakangku, seluruhnya mengatakan sebagaimana yang aku katakan dan seluruhnya berpendapat sesuai dengan pendapatku. Sesungguhnya Allah Taala mengutusmu bagi seluruh lelaki dan wanita, kemudian kami beriman kepadamu dan membai’atmu. Adapun kami para wanita terkurung dan terbatas gerak langkah kami. Kami adalah penjaga rumah tangga kaum lelaki, dan kami adalah tempat memenuhi syahwat mereka, kamilah yang mengandung anak-anak mereka, akan tetapi kaum lelaki mendapat keutamaan melebihi kami dengan solat jumaat, menghantar jenazah dan berjihad. Apabila mereka keluar berjihad, kamilah yang menjaga harta mereka, yang mendidik anak-anak mereka, maka apakah kami juga mendapat pahala sebagaimana yang mereka dapat dengan amalan mereka?”

Mendengarkan pertanyaan tersebut, Rasulullah saw menoleh kepada para sahabat dan bersabda: “Pernahkah kalian mendengar pertanyaan seorang wanita tentang Deen yang lebih baik dari apa yang dia tanyakan?”

Para sahabat menjawab, “Benar, kami belum pernah mendengarnya ya Rasulullah !,”

Kemudian Rasulullah saw bersabda: “Kembalilah wahai Asma’ dan beritahukanlah kepada para wanita yang berada di belakangmu bahawa perlakuan baik salah seorang diantara mereka kepada suaminya, patuh terhadap apa ang disuruhnya selagi tidak melanggar syara’, itu semua setimpal dengan seluruh amal yang kamu sebutkan yang dikerjakan oleh kaum lelaki.”






Tetapkan prinsipmu duhai serikandi penggerak ummah, ujian dan cabaran tidak akan berhenti menyinggah. Ia sebenarnya semakin mematangkan diri dalam menghadapi kehidupan yang semakin menduga iman, akal dan hati. Koreksilah diri sendiri sebaiknya...

Wednesday, November 9

ya Habibi..




CINTA UNTUK SIAPA?
Menemui hati-hati yang dirahmati dan dilimpahi kasih Ilahi,

Perlu difahami dan dihayati satu hakikat yang dicurahkan oleh Rabbul 'Izzati ke seluruh pelusuk alam dan buat semua insan...

Tahukah anda?
Sesungguhnya CINTA adalah limpahan kasih-sayang YANG MAHA PENCIPTA kepada semua makhluk CIPTAANNYA. Ini juga bermakna CINTA merupakan anugerah ALLAH kepada hambaNya (MANUSIA). Sepertimana maksud firman Allah dalam surah Thaha ayat 39: "Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih-sayang yang datang daripadaKu dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanKu."

Ayat di atas menjelaskan peristiwa ketika Allah mengilhamkan kepada ibu Nabi Musa a.s supaya memasukkan bayinya ke dalam peti dan dihanyutkan di Sungai Nil. Sehingga sampai ke istana Firaun yang sangat zalim yang dikenali sebagai musuh Allah. Dia juga merupakan musuh Nabi Musa a.s. Diiringi dan disusuli kakaknya yang menunjukkan kepada Asiyah isteri Firaun, siapa yang sesuai menyusui bayi Musa. Semuanya telah Allah atur begitu rupa menepati maslahat yang baik di sisiNya. Musa diasuh oleh Asiyah yang beriman, di istana Firaun. Dapat pula disusui oleh ibu kandungnya. Begitu besar rahmat Allah. Mengatur begitu rapi demi satu perencanaan besar, untuk tanggungjawab nubuwwah. Bakal menyebar kebenaran bagi seluruh alam...!

Hakikat Lebih Awal.
Pada penciptaan manusia yang pertama lagi; iaitu NABI ADAM a.s, terbukti CINTA itu FITRAH INSAN. Dikatakan demikian kerana pada mulanya Adam yang Allah ciptakan dan lantik sebagai khalifah Allah hidup sendirian. Ketika itu belum ada manusia lain selain dirinya. Dia berasa kesunyian dalam kemewahan hidup di syurga. Kemudian Allah menciptakan pula Hawa menjadi teman dan isteri bagi Adam. Mereka menjadi penghuni syurga buat beberapa ketika. Disebabkan mereka terpedaya dengan hasutan iblis, maka mereka dicampakkan ke dalam kehidupan dunia!. Begitulah bermulanya hidup manusia di mayapada ini. Namun mesti difahami, semuanya telah Allah atur sebaik-baiknya di dalam dakapan KASIH ILAHI lagi HAKIKI. Supaya dengannya kita sentiasa terpimpin ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Sudah Jatuh Cinta?
Sering kita mendengar orang berkata; TAK KENAL MAKA TAK CINTA.
Kini apabila kita ketahui bahawa Allah Yang Maha Bijaksana mencipta dan mengatur seluruh isi alam ini untuk memudahkan kita menikmati limpahan kasihNya, akan terbukalah jalan untuk kita kenali dengan lebih dekat CINTA ILAHI.

Seterusnya kita menyedari pula, segala apa yang kita hajatkan datang dari sisiNya. Bukan dari yang selainNya. Maka akan terbitlah rasa kagum kita terhadap kebesaran dan keagungan Allah .

Cinta Berputik. Paduan antara KENAL dan KAGUM inilah yang menerbitkan sepenuh rasa CINTA TULUS seorang hamba seiring ketaatan dan kepatuhan kepada Al-Khaliq. Kemudian kesetiaan cinta akan terbukti dengan melaksanakan amal soleh. Inilah cinta hakiki di atas landasan kasih Ilahi. Inilah juga piawaian cinta untuk seisi alam. Semuanya dipersembahkan kepada Rabbul 'Izzati.
Kata Ibnu Qayyim: "Tidak ada yang lebih disukai oleh hati, melainkan suka kepada penciptanya kerana; * Penciptanya memelihara dan mentadbir segala urusannya. * Penciptanya memberi rezeki. * Penciptanya menghidup dan mematikan.
Cinta kepada Allah adalah; * Kebahagiaan semua jiwa. * Makanan setiap hati. * Cahaya bagi akal dan mata."
Ibnu Taimiyah berkata: "Hati manusia secara tabie berhajat kepada Allah kerana dua sebab; 1. Untuk beribadat. 2. Untuk berserah diri.
Hati tidak akan jadi baik, bersih, gembira dan tenang selagi belum sepenuhnya beribadah menyembah Allah dan sepenuh cintanya berpaut kepada Allah." Inilah cinta pertama dan utama.

Bentuk Sebenar Cinta Ilahi.
Imam Fakhru Al-Razi berkata:
"Orang yang memahami faedah beribadat, akan senang mengerjakan ibadat dan akan merasa berat untuk mementingkan orang lain selain Allah."

Rabiatul Adawiyah berkata: "Kekasihku tiada yang menandingiNya, Sekali pun Kekasih ku tidak dapat kupandang dengan mata, Namun Dia tetap hadir bersama degup jantungku. Dia akan kusanjung dan kupuja, sekali pun ada orang lain di sampingku. Jiwa dan hatiku kupersembahkan hanya untukNya." Begitulah bentuk cinta Ilahi yang menguasai hati; Laksana pohon dalam hati. Akarnya adalah kepatuhan kepada Allah. Dahannya ialah makrifatullah. Rantingnya takutkan kemurkaan Allah. Daunnya adalah malu kepada Allah. Buahnya ialah istiqomah. Air dan bajanya adalah zikirullah.

Bukti dan Pengorbanan Cinta.
apabila tautan jiwa si pencinta terhadap yang dicintainya telah begitu teguh dan padu, dia sanggup berkorban dan mengorbankan apa saja yang dimilikinya. Semata-mata memuaskan penerimaan yang dicintainya. Dengan itu, dirinya sendiri juga akan merasa bahagia.

Begitulah juga halnya bagi setiap diri yang teguh cinta dan kepatuhannya kepada Allah, dia akan sedaya-upaya berusaha memenuhi perintah Allah juga menjauhi laranganNya.

Dia tidak akan ragu-ragu dalam memenuhi arahan-arahan berikut;
* Katakanlah(Muhammad): Jika kamu mengasihi Allah, ikutlah aku nescaya Allah akan mengasihi kamu dan mengampuni dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS Ali-Imran:31)

* "Tidak beriman seseorang dari kamu, sebelum Allah dan RasulNya lebih dicintai daripada orang lain."(HR Bukhari dan Muslim)

Anugerah Kualiti Cinta.
Semestinya kita yakini Allah berlaku benar di dalam janjiNya. Telah sedaya upaya kita buktikan ikrar cinta terhadap Allah. Iaitu apa jua bentuk ibadah kita adalah semata-mata untuk beroleh redha Allah.
Maka layaklah kita beroleh anugerah dan pengiktirafan;
* "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka rasa kasih dan sayang."(QS Maryam: 96)

* Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah SAW bersabda; "Jika Allah mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru..., Sesungguhnya Allah mencintai Fulan. maka cintailah dia! Maka seluruh penghuni langit mencintainya. Kemudian dijadikan orang-orang yang menyambut cintanya di bumi."

* Rasulullah juga bersabda; "Allah berfirman pada hari qiamat, 'Manakah orang-orang yang saling mencintai dengan keagunganKu? Pada hari ini Aku melindungi mereka di bawah lindunganKu, pada hari yang tiada lindungan selain perlindunganKu."(HR Muslim)

Begitulah hasilnya yang akan kita perolehi sekiranya kecintaan kepada Allah kita beri keutamaan. Segala kebaikan akan mewarnai jalan hidup kita. Semua tahap cinta yang kita lalui, akan mampu kita realisasikan praktiknya dalam batasan yang telah Allah tetapkan...
* Cinta ayah-ibu terhadap anak-anak akan berlangsung sepertimana yang Allah pertanggungjawabkan. * Cinta anak terhadap ayah-ibu juga dalam rangka ketaatan yang Allah tetapkan. * Cinta suami-isteri tertakluk kepada peraturan-peraturan dan hak yang Allah perintahkan. * Cinta sesama saudara muslim semestinya demi mendapatkan keredhaan Allah.



Doa: "Ya ALLah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMU cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu. Juga cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu. Ya Allah! Jadikan aku mencintaiMu dengan sepenuh hatiku dan redha kepadaMu dalam segala usahaku. Ya Allah! Setiap apa ayng aku perolehi dari apa yang aku cintai, jadikanlah ia kekuatan yang Engkau redhai. Setiap yang Engkau singkirkan daku dari apa yang aku cintai, jadikanlah ketenangan dalam hatiku. Ya Allah! Jadikanlah cinta ku kepadaMu menguasai seluruh yang aku cintai. Dengarlah permohonan hambaMu wahai Yang Maha Mendengar. Amiin."


di petik dari http://ummu-anas.blogspot.com/2010/07/cinta.html






(`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸ •.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) ♥•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•
Antara kau dan aku ~ punya rasa yang sama ~ rasa disayangi jua menyayangi ♥
Antara kau dan aku ~ punya lafaz yang sama ~ lafaz dikasihi jua mengasihi ♥
Antara kau dan aku ~ punya niat yang sama ~ niat membina mahligai sakinah dan mawadah♥
Antara kau dan aku ~ punya ingin yang sama ~ ingin menjadi pejuang agamaNya ♥
... Antara kau dan aku ~ punya hati yang sama ~ hati yang merindui syurgaNya ♥ Cuma.. yang membezakan..
Antara kau dan aku ~ hanya IMAN dalam diri ♥
(`'•.¸ •.¸ﷲ¸(`'•.¸ •.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) ♥•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•

Tuesday, November 1

wahai ukhtiku....



Wahai ukhtiku

Aku kagum pada ketabahanmu

Aku kagum pada kesanggupanmu untuk thabat

Dalam jalan dakwah ini

Walaupun kau dihujani mehnah yang silih berganti


Ukhtiku sayang

Ada kalanya ujian melelahkan

Ada kalanya ujian melemahkan semangat

Ada saatnya kau merasa tidak sanggup lagi

Untuk bersama-sama dalam saf perjuangan

Ada saatnya kau rebah tak mampu untuk bangun, semula


Ukhti

Jangan kau rasa bersedih hati

Dikala kau ditolak

Kerana hidayah itu Allah yang punya

Ingatkah kau pada firmanNya

‘Bukanlah kewajibanmu(Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang member petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki…(2:272)

Disaat sahabat yang kau kasihi menolakmu

Ingatlah Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk bersesuaian dengan firmanNya

‘Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu ,menerima petunjuk ‘(28:56)


Ukhtiku sayang

Sebelum aku mengundurkan diri

Aku ingin kau tahu bahawa

Aku sedia menghulurkan tanganku ketika kau memerlukan

Aku sedia memapahmu untuk berdikari ketika kau lemah

Aku sedia meminjakan bahuku ketika kau ingin menangis

Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung

Akhir kata

Ku hadiahkan sepotong ayat Quran buat penguat semangatmu

‘Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung (3:104)


p/s : buat sahabat-sahabat muslimat yang bakal memegang tampuk pimpinan nnt...