Daisypath -

Monday, May 23

Friday, May 20

pasir.......

Allahu Rabbi...segala-galanya adalah perancangan dan penetuan dariNya.....

ketika aku melihat keindahan semulajadi ciptaanNya, Allahu Akhbar...sungguh,sungguh luar biasa ciptaanMu....segala-galanya tidak dapat diungkap dengan kata-kata....

tak kala aku melihat di dataran, air mata ku tanpa diduga mengalir dipipi...jatuh tanpa henti...ya Allah..betapa hinanya diriku ini....
pasir pantai....
bila ku lihat begitulah banyaknya dosa ku...subhanaallah...betapa hinanya aku nie...astaghfirullahalazim.....ampunkan dosa-dosaku ya Allah....kadang-kadang bila aku ini melakukan sesuatu hanya keranaMu...pasti ada bisikan yang meracuni hatiku...

kotor...
ya..hati ku sangat kotor....
hati yang kotor ibarat hidup tidak mendapat rahmat dari Yang Maha Esa. Apabila ibadah itu dilakukan dengan hati yang kotor, ibarat ibadah itu seperti bangkai yang busuk. Jika ia terus dikerjakan dengan hati yang sebegitu kotor maka ia makin membusukkan bangkai itu...

tiada apa-apa yang dapat ku lakukan kecuali hanya dengan membasahi bibirku dengan zikrullah ayat-ayat suci yang memujiMu agar mengalir setiap helaan nafasku pada hatiku yang kotor ini....
agar sedikit sebanyak dapat menyucikan kotoran yang amat degil itu walau pada hakikatnya amat payah untuk membersihkannya...

sepertinya air laut, bila pasangnya air laut...dapat lah dia membasahi pasir di tepian pantai..kadang kala sampai juga air laut itu ke tengah pasir pantai...ya ketika air laut pasang, begitu juga ketika hati kita sedar dan banyakkan amalan padaNya....hati dapat dibasahi dengan setiap apa yang dilakukan semata-mata keranaNya....

tapi...
pabila air laut itu surut, pasir di pantai itu kering, tiada air yang membasahi....kotoran yang selalu dibasahi dengan air laut itu jga turut kering..dan kehitaman....subhanaallah....

airmata tidak putus-putus dari mengalir keluar.....memikirkan tidak layak untuk memberi bimbingan pada insan lain...ingin shja ku lari dari situ....ku beristighfar dalam lubuk hatiku....

detik ini, saat ini...umurku meningkat...ya tidak berkurang...
kematian selalu bermain difikiranku...adakah aku bersedia..bagaimana pula dengan amalanku....bagaimana dengan akhlakku dengan insan di sekelilingku....adakah aku menjaga hati mereka dengan baik?

bagaimana pula iman dan ilmu ku..benarkan dan betulkah apa yang ku lakukan..atau sekadar ikutan semata-mata...ya Allah.....tidak ku mampu lagi...tidak ku mampu lagi menghitung kesilapan dan kelemahan ku ini...begitu banyak...seperti banyaknya pasir di pantai....


Aku memohon ampun Ya Allah, Maha Penerima Taubat,
Aku memohon ampun Ya Allah daripada segala dosa,

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna,
Berikanlah aku amalan yang dimakbulkan,
Kurniakan kepadaku rezeki yg meluas,
Terimalah taubat kami dgn taubat nasuha…


moga..ulang tahun ku yg ke-21 ini menjadikanku lebih matang, lebih berusaha untuk menuntut ilmu, perbaiki amalan dan akhlak serta terus thabat dalam jalan perjuangan yang penuh dengan mehnah dan tribulasi ini.....ameen ya Rabb...








Monday, May 2

Berlapang Dadalah Tetapi Tegas…




Hakikatnya, jika kita memerhatikan insan di sekeliling kita maka kita akan dapati sememangnya insan terbahagi kepada banyak ‘jenis’. Ada yang berlapang dada dengan selapang-lapangnya, ada yang agak keras tetapi tidak begitu tegas, ada yang keras dan tegas, tidak kurang juga yang berlapang dada tetapi tegas. Maka, sudah pasti akan ada yang bertanya antara kesemua ini, manakah yang terbaik untuk menjadi prinsip kita?

Secara peribadi saya, prinsip yang saya pegang adalah seperti dalam tajuk di atas. Berlapang dada tetapi tegas. Apakah itu berlapang dada? Menurut kefahaman saya, ia merujuk kepada keterbukaan kita dalam menerima dan menghormati pandangan, pegangan dan hujah orang lain dalam sesuatu perkara manakala ketegasan pula merupakan refleksi kepada sikap kita terhadap sejauh mana kita berpegang dengan manhaj, metodologi dan prinsip kita itu.

Justeru, berlapang dada tetapi tegas bererti kita bersedia untuk menerima dan menghormati pegangan, pendapat dan hujah orang lain tanpa ada rasa ‘dendam’ atau ‘geram’ dan konco-konconya namun berpegang teguh dengan manhaj, fikrah, metodologi dan prinsip.

Firman Allah ‘Azza Wa Jalla:

وَتَعَاوَنُوْا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُوْا عَلَى الاِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran/permusuhan.” — Surah Al-Maidah Ayat 2

Maka, kita mestilah menjauhkan diri dari perasaan dendam yang mengundang kepada permusuhan dan pertelingkahan yang hanya akan merugikan umat islam sendiri.

Berubah pandangan

Sebagai tambahan, harus kita ketahui bahawa berpegang teguh dengan manhaj dan prinsip tidak bererti kita tidak boleh berubah pandangan atau pegangan dalam sesuatu perkara seperti yang difahami oleh sesetengah pihak. Itu bukan bermaksud kita tidak berpendirian! Kita patut jelas dalam perkara ini.

Apabila kita melihat sirah Nabi Muhammad sollahu ‘alaihi wasallam, bagaimana cara baginda bermasyarakat dan apa saranan baginda dan ahli2 tafsir berkenaan ayat ni.

Firman ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala:

لاَ تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرِ يُوَآدُّوْنَ مَنْ حَآدَّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَلَوْ كَانُوْا ءَابَآءَهُمْ اَوْ اَبْنَآءَهُمْ اَوْ اِخْوَانَهُمْ اَوْ عَشِيْرَتَهُمْ

“Kamu tidak akan mendapati suatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka.” — Surah Al-Mujadilah Ayat 22


Berpegang Pada Mazhab

Apabila dibincangkan tentang topik ini, maka akan timbul persoalan tentang bermazhab. Adakah kita diwajibkan mengikut satu mazhab sahaja? Adakah kita tidak boleh mengikut pandangan mazhab lain sekalipun pendapatnya lebih tepat berdasarkan nas dan dalil yang lebih kuat?

Sesungguhnya, perkataan ulama boleh dinilai dengan perkataan ‘ulama lainnya yang setaraf. Setiap ‘ulama berkata dengan hujah. Apa yang kita ambil bukan atas nama dia sebagai ‘ulama semata-mata. Tetapi hujah dan penjelasan mereka yang kita fahami dan ambil (gunakan). Kita bukan tukang angguk dan geleng2. Kita diberikan akal untuk menilai setiap hujah yang dibawa sama ada bertepatan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah atau sebaliknya.

Imam Malik Bin Anas radhiyallahu ‘anhu berkata:

إنما أنا بشر أخطئ وأصيب فانظروا في رأيي فكل ما وافق الكتاب والسنة فخذوه وكل ما لم يوافق الكتاب والسنة فاتركوه

( ابن عبد البر في الجامع 2 / 32 )

“ Aku hanyalah seorang manusia, adakalanya salah dan adakalanya benar. Oleh sebab itu, perhatikanlah pendapatku. Apabila ianya bertepatan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, maka ambillah, dan apabila ianya tidak bertepatan dengan al-Qur’an dan as-Sunnah, tinggalkanlah ia.” (Lihat: Ibnu ‘Abdil Barr, al-Jami’, 2/32. Dinukil dari: al-Albani, Sifat Solat Nabi, 1/48)

Juga Imam Abu Hanifah rahimahullah berpesan:

لا يحل لأحد أن يأخذ بقولنا ما لم يعلم من أين أخذناه

“ Tidak halal bagi seseorang untuk mengikuti perkataan kami sekiranya dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil sumbernya”(Lihat: Syaikh Soleh al-Munajjid, Fatawa Islam Su’al wa Jawab, 1/3. Syaikh al-Albani, Sifat Solat Nabi, 1/46)

Maka, kita dapat simpulkan bahawa pandangan seseorang ulama boleh ditolak dengan hujah ulama yang lain yang lebih mendekati kebenaran. Begitu juga, hujah seseorang ulama boleh dikuatkan dengan hujah ulama yg lainnya. Dari sini, bukanlah bermaksud orang awam itu sendiri yang berijtihad mengatakan ulama ini salah, lalu mengatakan aku yang benar tetapi, perlu menuntut ilmu untuk mengetahui hujah dan dalil yang digunakan dalam sesuatu perkara, juga pandangan para ‘ulama terhadap sesuatu perkara itu.

Antara Krtikan dan Cercaan

Ada sesetengah orang yang kurang senang dengan kritikan bahkan apabila sesetengah pandangannya dikritik, maka dia beranggapan dia dicerca. Begitu juga, apabila ada pendapat dan hujah ulama silam yang dikritik, maka tanggapan yang sama berlaku. Orang berkenaan dianggap biadap dan menghina ulama berkenaan. Betulkah tanggapan ini?

Bagi saya selaku orang yang mempunyai ilmu bahasa juga, kritik dan cerca mempunyai maksud yang berbeza, namun ada juga persamaan. Kedua-duanya merupakan satu tindakan mengomen ke atas sesuatu perkara. Cumanya yang membezakan kedua-dua perkataan ini ialah mengkritik ialah mengomen secara ilmiah atau boleh juga dikatakan lebih tertumpu kepada sesuatu perkara. Sedangkan, mencerca pula boleh disebut sebagai mengomen kepada perkara tertentu, tetapi ia tidak tertumpu kepada itu sahaja. Malah, ia diselitkan dengan perkara yang tidak sepatutnya seperti penghinaan dan sebagainya.

Maka, kita haruslah jelas antara kedua-dua tindakan ini dan dapat membezakan antara kedua-duanya.

Golongan ‘Wahabi’

Di akhir zaman hari ini, timbul pula isu melabelkan sesetengah orang dengan ‘Wahabi’. Bahkan saya sendiri dilabel sedemikian! Dengan nada tegas, saya ingin mengatakan saya bukan wahabi! Apabila ditanya kepada yang ‘melabel’ ini akan apa yang dimaksudkan dengan ‘golongan wahabi’ itu, macam-macam yang diberikan. Saya pun nak hairan sebab sebahagian jawapan ada yang bercanggah antara satu sama lain. Antara ciri popular yang disandarkan kepada golongan ini ialah mereka selalu dikaitkan dengan Sheikh Muhammad Bin Abdul Wahab sebagai pengasas serta mereka ini tidak terikat dengan mazhab.

Ramai juga yang dituduh sebagai ‘wahabi’, termasuklah Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi. Kata beliau:

“Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari`at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabahsepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (pengkaji) membantah sikap melampau di dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendita mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah”.(rujukan: Dr. Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa al-Tafarruq al-Mazlum, m.s 202, Kaherah: Dar al-Sahwah).

Ingin juga dinukilkan di sini kata-kata Sheikh Malik Abdul Aziz yang dituduh Wahabi. Beliau berkata :

“Aku adalah penyeru kepada aqidah Solafush Soalih, dan aqidah Salafus Solih adalah berpegang teguh kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan apa yang datang dari Khulafa Ar- Rasyidin” [Al-Wajiz Fi Siratil Malik Abdul Aziz hal.216]

Beliau juga berkata :

“Mereka menamakan kami Wahabiyyin, dan menamakan mazhab kami adalah mazhab wahabi yang dianggap sebagai mazhab yang baru. Ini adalah kesalahan fatal, yang timbul dari propaganda-propaganda dusta yang disebarkan oleh musuh-musuh Islam. Kami bukanlah pemilik mazhab baru atau aqidah baru. Sheikh Muhammad bin Abdul Wahhab tidak pernah mendatangkan sesuatu yang baru, aqidah kami adalah aqidah Salafus Solih yang datang di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan apa yang ditempuh oleh Salafus Solih. Kami menghormati imam empat, tidak ada perbezaan di sisi kami antara para imam : Malik, Syafi’i, Ahmad dan Abu Hanifah, semuanya terhormat dalam pandangan kami” [Al-Wajiz Fi Siratil Malik Abdul Aziz, hal. 217]

Kita jangan mudah melabel orang sebagai ‘sesat’ bahkan lebih dahsyat lagi ‘kafir’. Hali ini kerana itu satu ‘hukuman’ yang sangat berat dan kemungkinan orang yang dilabelkan itu lebih benar daripada kita di sisi Tuhan yang maha mengetahui. Hakikatnya, itu adalah urusan antara seseorang hamba itu dengan ALLAH.

Nasihat untuk semua

Maka, kesimpulannya, ingin saya yang merupakan insan yang fakir dan kerdil ingin menasihatkan saudara seaqidahku agar kita berlapang dada dalam menghormati dan menerima pegangan orang lain. Jangan pendamkan sifat dendam dan takabbur dalam diri kita. Janganlah kita taksub dengan seorang dua para ulama sahaja. Ikuti dan pelajari dari ramai ulama. Itulah yang terbaik. Belajarlah untuk mendengar kata-kata & hujah semua pihak walaupun orang yang tidak kita sukai kerana barangkali ada juga perkara yang dia lebih benar daripada kita, setidak-tidaknya dapat mencernakan minda pemikiran kita. Kemudian, nilailah semua pandangan dan hujah yang diberikan dengan ‘adil.

Orang yang berfikiran kritis lebih terbuka untuk mendengar pandangan orang lain walaupun mereka berbeza manhaj, pegangan & metodologi. sebaliknya orang yang berfikiran pasif lebih mudah bersangka buruk, cepat melatah dan suka melabel orang.

Akhir kalam, semoga kita sentiasa dalam rahmat, keredhaan dan perlindunganNya. Mencari keredhaanNya ialah matlamat kita bukan? Ketepikan perbezaan antara kita, utamakan persamaan antara kita yang sangat banyak. Kita bersatu atas tali ‘ALLAH ‘Azza Wa Jalla. Janganlah kita selalu melaungkan ungkapan ‘pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah’, tetapi dalam masa yang sama kita tidak menjaga akhlak kita sesama insan yang merupakan perkara besar di dalam ugama ini.

Banyakkan berdoa, “Ya Allah tunjukkan kepada kami yang benar itu sebagai benar, dan berilah kami kemampuan mengikutinya, dan tunjukkan kepada kami yang batil itu sebagai batil, dan berilah kami kekuatan menjauhinya.”

Sesungguhnya, ini hanya kata-kata saya semata-mata. Setiap kata-kata insan bisa diterima dan bisa juga ditolak melainkan kata-kata ALLAH Ta’ala dan Rasulullah Sollahu ‘alaihi wasallam. Sebarang kesilapan, amatlah dialu-alukan untuk ditegur bagi diperbetulkan. Saya akhiri dengan hadis yang memang popurlar sebagai ingatan kita bersama. Wallahua’lam.

“Dari Abu Najih, Al ‘Irbadh bin Sariyah radhiyallahu’anha berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi nasihat kepada kami dengan satu nasihat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran.” Kami bertanya, “Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Saya memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, tetap mendengar dan ta’at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup sepeninggalku niscaya kalian akan menyaksikan banyak perselisihan. Karena itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaa-ur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu muhdats (perkara baru) karena sesungguhnya setiap bid’ah itu sesat.” [Hadis riwayat Ahmad (IV/126-127), Abu Dawud nomor 4607 dan at-Tirmidzi nomor 2676, ad-Darimy (I/44), al-Baghawy (I/205), al-Hakim (I/95), dishahihkan Syaikh al-Albany dalam Irwaa-ul Ghaliil (no. 2455)


http://ordinaryguy92.wordpress.com/2011/04/06/berlapang-dadalah-tetapi-tegas/