Friday, July 27

bersyukurlah wahai muslimah...

kedatangan ramadhan merupakan pesta ibadah kepada sesiapa yg tidak sabar menanti kehadirannya...
seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya dan tidak sabar untuk menyediakan makanan terbaik untuk keluarga yg dicintainya....
seperti sang kekasih menunggu si dia untuk meluahkan segala-galanya..
bak kata pepatah, tidur tak lena, mandi tak basah...ternanti-nanti akak kehadirannya...

namun, bagi seorang muslimah yang biasa...sepertinya ada waktu yang mengharamkan untuk melakukan sesuatu ibadah wajib pada waktu tertentu...
sesuatu yang wajib dilakukan, tapi haram dilakukan dlm keadaan tertentu..
org kata 'Allah bg cuti'...



memang tidak dinafikan, ada sesetengan muslimah kekandang tidak sedar mengeluh akan ketetapan yang Allah telah kurniakan bg kami yakni muslimat...


Bagi muslimah yang menyedari hakikat ini, kedatangan ‘tempoh bercuti’ setiap bulan sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan. Sering terdengar keluhan dari mereka yang haid kerana sedih merasakan tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ‘ia’ datang ketika tempoh 10 malam terakhir.Malah, ada yang sanggup mengambil ubat penghalang datangnya haid semata-mata untuk memanfaatkan sebulan Ramadhan. Namun,ubatan sebegini kadang kala tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormon.

Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana disebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
Mari kita lihat,bagaimana Rasulullah S.A.W menangani perasaan Aisyah apabila beliau menangis kesedihan ketika didatangi haid ketika menunaikan haji.Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud: “Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)



ada terbaca buku Cinta Tiga Rasa karya Ustazah Haslinda isteri kepada Ustaz Dr Zaharuddin, kenangan beliau ketika ingin menunaikan haji :

dimana beliau meminta pandangan dari doktor untuk mengambil ubat tahan haid ketika ingin menunaikan haji, namun doktor menasihatkan agar mengelakkan untuk mengambil ubat tersebut kerana  ada kesan sampingan. Dan doktor tersebut menasihatkan agar berdoa dan bertawakal kepada Allah. yakin dengan pertolonganNya...(ayat edit sendiri)

walaubagaimanapun, tiada dalil melarang pengambilan ubat tersebut bahkan Dr. al-Qardawi juga memfatwakan keharusan pengambilan ubat untuk menangguhkan kedatangan haid dengan alasan. Para ulama muktahirin juga membenarkannya.

Syeikh Muhammad bin Salih al-Utsaimin berpandangan :
"dlm masalah ini saya berpandangan bahawa hendaklah wanita tersebut tidak melakukan sedemikian. Sebaliknya hendaklah dia menjalankan ketetapan Allah yang telah digariskan ke atas setiap wanita. Kebiasaan datang haid setiap bulan di sisi Allah memilikki hikmah yg amat banyak jika kita mengetahuinya........"




antara amalan yg boleh menggantikan ibadah puasa adalah :-

  •  memperbanyakkan berzikir dan bacaan tasbih
  • sentiasa beristighfar
  • melipatgandakan doa
  • membantu menyediakan juadah berbuka 
  • menolong kerja2 yang agak berat agar org yg berpuasa boleh berehat.
  • dll yg dilakukan semata2 niat kerana lillahitaala...

Last but not least ...

Akhir kata, sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkanlah amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya disebabkan haid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).
Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.


Tuesday, July 24

my ambition, my hopes..


cita-citaku, dan harapanku...

tika aku mengenal apa itu kehidupan
islam
iman
dan
taqwa....aku menanam cita-cita 
agar hari terakhirku adalah
bulan yang penuh barakah
ya...
bulan ramadhan...
bulan yang mana hambaNya 
berlumba merebut keberkahan, merebut peluang dan ganjaran pahala

sungguh takkala 
mendengar khabar pemergian shbat2
para perjuang
aku tersenyum
bukan meratapi, tapi
'beruntungnya mereka pergi pada bulan mulia ini'

Ya Rabb, kurniakan Khusnul Khatimah pada pengakhiranku nnt...ameen

coretan hati di bln ramadhan...


Monday, July 16

fasting month coming...

write ~in QA lab~

tengah2 xtahu nk progress cmna utk resolution for flashing defect , terfikir sal ramdhan nnt...
bkn selama ini xpernah fikir, mmg jwpn nye xkan dpt ke surau time working days utk terawih...

untung shbt2 yg berada dikawasan yg mudah dan senang ke tempat2 pengajian dan surau...
mungkin transport jga satu kenkangan bagi kami...

pujuk hati, solat xsemestinya disurau Allah baru terima kn....cukup shj lakukan dirumah...
yg penting ikhlas dan redha apa yg termampu dan apa yg dimiliki sekarang...

Ya Allah, jauhkan aku dari sifat terlalu memilih yg bukan pada tempatnya...

tapi . memilih antara jln syurga atau neraka itu wajib ^^,

moga ramdhan kali ini mengajarku erti kehidupan sebenar kelak...

~~insyaallah balik ke kemaman sebentar utk merasai nikmat ramadha bersama~

Wednesday, July 11

jika ada peluang....

antara intan dan permata....

yang mana menjadi pilihan...

sama-sama cantik, sama-sama menarik, sama-sama memberi manfaat...

pilihlah menurut kata hatimu, mana yang terbaik..

usah gentar untuk membuat pilihan....

~ramadhan mengimbaskanku 1001 cerita hati~




Sunday, July 8

sabar dan redha....

beberapa hari lagi
ramadhan akan hadir
Allah, sempatkn aku menghadapi
bulan tarbiyahmu...

tarbiyah?
ya, pendidikan berterusan
pendidikan mengajar hambaNya
erti menjadi seorg khalifah diatas muka bumi ini

sungguh
kehidupan ini penuh dengan ujian
kecil besar 
dikurniakan kepada setiap hambaNya

ujian
dititipkan dengan kesabaran
sungguh jika sebelum ini
diri ini adalah insan yg mudah marah
aku syukur,
setiap ujian yg Engkau timpakan kepadaku
mengajarku sabar dan terus sabar setiap apa yg berlaku

sabar dan redha
atau pasrah?

hanya Engkau shj yang layak
menghakimi hati ku ini Ya Rabb...

ramadhan kali ini 
pasti
mengajarku erti kehidupan sebenar

sabar dan redha dengan ketentuanMu..

Baginda bersabda:
Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kamu lebih cekap berhujah daripada sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Sesiapa yang telah kujatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka
(riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lain-lain. Rujuk Naylul Awtar, jil.8 hlm. 632, no. 3920)


Wednesday, July 4

sabar itu indah...

sabar, sabar, sabar....
memang pahit untuk ditempuhi...
tetapi bertahanlah untuk bersabar...

ya, memang indah hasilnya..
biarla hanya diriku yg merasainya...
sesungguhnya, Allah pasti tidak akan mengecewakan setiap hambaNya..



Sunday, July 1

sinetron dari sujud ke sujud

1~35 episode.........tp terus melompat episode 25 sampai habis ^^



sinetron yg mempunyai banyak pengajaran....kesetiaan, pengorbanan kepada shbat, sunggup menggadaikan kebahagian sendiri demi org lain, pengorbanan dlm rumah tangga, kesabaran menghadapi uji yg melanda..dan paling yg penting even seorang pendakwah sekalipun, apabila mengahadapi sebarang masalah, tidak dapat tidak akan terselit rasa ketidakadilanNya..namun org sekelilingla yg mememperingatinya semula....

pengarahnya pandai membawa cerita berunsurkan islam yg betul....