Saturday, June 30

kain kecil


sungguh, aku rindu sebenarnya....
Allahu Rabbi, hanya Engkau shj yg tahu hati ini rindu utk mengenakan ia kembali....


Friday, June 29

2 weeks in industrial training....

bismillahirahmanirahim...

alhamdulillah, sudah 2 minggu dlm praktikal....
perasaan takut sebelum ini alhamdulillah kurang......

yg paling seronok dapat kekal memakai tudung bulatku ^^,
memang ramai lelaki disana..insyaallah, dengan terjaganya akhlak yg baik mereka menghormatiku sebagai seorang muslimah....
ada kakak india yg bertanya, awak memang pakai tudung besar ini yea...masa raya pun cam nie...
aku hanya mampu tersenyum ^^,

setiap hari aku juga mengimprovekan dri untuk masuk dlm kalangan mereka walaupun melayu merupakan golongan minority disini....
uncle, Mr, akak, kak, en., abg, pak cik...semua ada.....

hmm..kalau ckp dari segi makanan, mmg xmakan time kerja....bukan xnk makan,cuma menjaga....sbb yg masak bukan non-muslim....
kedai di kawasan rumah pun agak jauh.....bekal apa yg mampu shj...alhamdulillah semua ini mengajar kami sebenarnya...bkn setakat kedai jauh, mesin atm pun xde kat kwsn nie...hehe..
masak time rajin..sebelum ke tempat kerja, dan abis kerja jam 5.30 ptg....huh....oleh

walaupun baru 2 minggu, kesabaran amat penting untuk diaplikasikan...sama ada di tempat kerja mahupun bersama rakan serumah....'pentingkan diri' tolak ketepi....

pergi kerja jln kaki, balik je boleh tumpang budak chinese coursemate...kadang2 manager deparment n supervisor yg tlg hantar kami belikan tiket ataupun ke ktm ble dperlukan....tp kadang2 je, ble ada rezeki..

.......................

bila difikirkan, bukan mudah untuk menguruskan kehidupan bila dan ada keluarga sendiri..wallahualam dpt x menjaga kesabaran bila dah berpenat kerja seharian di pejabat...pelbagai karenah terpaksa ditempuhi...

apa2 pun, diri ini sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kehidupan masing2 nnt..wallahualam...

~ana bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, ana juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, ana bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. ana hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi ana juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.~


Saturday, June 16

16 june

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


alhamdulillah...sampai juga di negeri selangor ini..
erm ..tapi masih lagi berdebar utk memasukki tempat latihan industri yg akan aku lalai selama 3 bulan...


takut sebenarnya, bagaimana di alam pekerjaan...
apa taknya, bila di telefon
operator "xperlu bwa apa2, berpakaian t-shirt berkola, berseluar dan berkasut, nanti akan di briefing lagi"..
gulp...mungkin 3 bulan aku terpaksa lalui dgn tabah...
melalui tepi kilang melihat pekerja2 wanita memakai t-shirt berwana biru berlengan pendek...


menjadi igauan seketika..


ayah "dah nk pergi kerja dengan apa"
aku "erm, dekat nie jalan kaki pun boleh....dalam u pun jalan je"....
lain tempatnya....


mungkin terlalu memikirkannya terlalu berat...biarlah dia berlalu dengan selamat dalam perlindunganNya...
mudah-mudahan


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


something yang ada dibenakku..rasa, bukan masanya lagi......
Allahurabbi, tenangkan hati hambaMu....



Monday, June 4

.................''


'it will be take time to stand back..may be just a few second'
insyaallah....

Friday, June 1

silent is better

bismillahirahmanirahim...


"Prayer is the best armor against all trials".

ketidakmampuan seseorang itu sebenarnya terbatas. Dia mengetahui dia  mampu atau tidak. walaubagaimanapun kita sebenarnya tidak akan tahu selama-lamanya sejauh mana kita boleh capai sekiranya kita sendiri tidak sanggup untuk menempuhi sesuatu kesusahan dan sesuatu kegagalan. USAH TERLALU SELESA DENGAN KENIKMATAN INI. Tempuhi dengan keyakinanmu padaNya. Mulutmu mengatakan kamu percaya padaNya, dan zahirkan hal keyakinan mu dalam lubuk hatimu. Hatimu adalah raja pengawal segala tindak-tandukmu.


jangan kecawa dan jangan patah semangat, kerna Allah pasti menolongmu. DIA hanya ingin menguju mu dengan sedikit kesusahan. 


Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

 “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan:
 Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?” 
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak berupa kesusasahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan oleh-Nya bermaksud:

 “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
 (Surah al-Anbia, ayat 35).


the best motivater is YOURSELF!!
~monolog diri di pagi hari jumaat....penghulu segala hari, moga dpermudahkan urusan hari ini. memang tidak akan pernah kuat melainkan mendapatkan pertolongan darinya~

penat juga mendukung haziq semalam...huhu...(gambar : hiasan semata-mata)
haziq anak soleh k.syifa'...insyaallah ^^,
hilang jap ketensionan mengadap proposal PSM seharian...