Thursday, February 28

i am predictor

Selawat dan salam buat junjungan tercinta, pemberi syafaat di hari akhirat, penghulu segala nabi, Baginda Nabi Muhammad sollahu a'laihi wassallam..

Allah, 
hambaMu terlalu dhaif dan hina..
izinkan hambaMu mengejar redhaMu semata2..
bukan pahala, bukan nama, bukan darjat..

Takkala cuba utk gagah,
tersungkur dek terlalu leka,
ya..
itulah seketul batu yg memberi peringatan (asbab) pada hambaMu ini

syukur ya Allah,
kerana air mata ini masih lagi mampu mengalir
mengalir mengakui kehinaan diri..
alhamdulillah..
ya Allah, jangan lekakan aku dengan nikmat duniaMu..

kesusahan itu mengajar kesabaran..


Thursday, February 21

kami mahasiswa..

Selawat dan salam buat junjungan tercinta, pemberi syafaat di hari akhirat, penghulu segala nabi, Baginda Nabi Muhammad sollahu a’laihi wassallam...

Alhamdulillah, baru-baru ini dapat bersama sahabat2 seluruh johor dlm program Mahasiswa Bersama Masyarakat...Gamis Johor merupakan wadah mahasiswa untuk  bersama2 menyuarakan pendirian mereka terhadap PRU 13 yg bakal menjelang pada bila2 masa dalam waktu ini..

Syukur, dapat pergi walau sudah agak nazak mencari kereta bila mana sahabat2 lain sudah berkumpul di tempat yang dijanjikan untuk berkonvoi bersama..

Setelah diberi sedikit briefing oleh salah sorang sahabat Gamis Johor, kami menuju berjumpa masyarakat disana untuk mendapatkan respon terhadap pendirian mahasiswa untuk pilihan raya ini..

Memandangkan terpaksa berpecah dari sahabat kampus kerana atas arahan unit multimedia, aku dengan 'slamba' berkawan dengan sahabat kampus lain ^-^
tujuan nya mengambil beberapa gambar yang 'menarik'..alhamdulillah, scene2 menarik tidak ada..erkk, knapa alhamdulillah?? fikir2 lah sendiri :P

memandangkan kereta kami agak lambat bergerak atas salah destinasi, kami sempat berkunjung 3 buah rumah sahaja..

seronok, walaupun dah pernah lakukannya sebelum ini..ia menjadi pengalaman yang baru bagiku sbb jmpa org baru dan tempat baru..supporting betul shbt satu group dengan ku.. ^^,v

disini ada beberapa gmbar sempat ku kongsikan..



antara tuntutan dari suara mahasiswa
menunggu dengan kesabaran :)

wani kampus atas sedang menemuramah seorg makcik

rumah ke2



makcik menyatakan sokongan

hanis..kami berada dirumah ke 3

rumah ke3..rumah ini bantuan dari kerajaan ..

menuju ke destinasi seterusnya..pasar malam ayer hitam...disitu kami didengarkan  beberapa ucapan dari  Pengerusi dan timb pengerusi gamis



p/s : xdapat mengupload video yg diambil..pengerusi disini menegaskan kepada org awam disana yang kami berkumpul bukan atas berpihak mana2 parti..kami mahasiswa layak menyuarakan tuntutan kami..alhamdulillah ^^,

Tuesday, February 19

aku cinta Allah




Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang

Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


Monday, February 18

kun..

Allahumma solli ala Muhammad

hari ini..
.
.
.
dik, hari ni last daftar...esk dah tutup..
terdengar kerani fppsm maklum pada salah seorang mahasiswi disini..eh, dah tutup ke..fkk tutup esk..monolog ku dalam diri...

mana tidak penat dan tension..dari hari khamis cuba untuk menyelesaikan subjuk umum u...sepatutnya subjek tersebut diambil sem lepas terpaksa di anjak pada sem ini atas lecturer...kata lecturer subjek ni setiap sem akan dibuka..

dik xboleh daftar...sbb subjek nie xde di fakulti ni...kalau nk kne pergi fakulti fppsm ambil tanda tangan lecturer...nk dipendekkan cerita, shbt2 kelas yg lain ambil subjek lain..memandangkan subjek yg ditawarkan clash dengan subjek core fakulti, kmi terpaksa ambil apa2 shj subjek yg lain asal kan UHS..ketika itu lega sikit, sbb d bagi peluang..

segala senarai nama lecturer, bilik mereka dan no. tel phone disalin...di cari satu persatu bilik lecturer2 tersebut..tiada..dari ptg khamis sampai tgh hari isnin..namun semua tiada dibilik..dan kmi call seorg2..namun semuanya mengataku full dan overloaded...

monolog : perlu extend sbb sbjek umum? Allah permudahkan urusan hambaMu ini

teringat kisah Dr Muslih dalam buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu..
dr scene nyaris tertinggal flight sampailah terpaksa menjaja satu persatu bas (ada 5 buah bas) untuk pulang atasa urusan yg penting...walau sudah keempat2 bas mengatakan tidak ada kosong, seperti sudah dapat mengagak bas kelima akan memberi jawapan yang sama..namun, Allah tidak suka hambaNya berputus asa...Dr. Muslih mengatakan walau dapat menjangka jawapan konduktor bas yg ke5 dia mesti perlu ber usaha untuk bertanya lagi...dan berdoa, "andai dia adalah jodohku, permudahkannya urusan ini ya Allah"..dia membulatkan tekad.."encik, ada kosong x lagi bas ni"..menunggu jawapan dengan penuh harapan, "ada2, naiklah..ada satu lagi seat kosong"..

kalau sesuatu itu Allah hendak berlaku, maka berlakulah ia...

kita bukan seperti akidah Qadariah, yang menyerahkan segala-galanya pada takdir hingga diri sendiri tidak proaktif. Kita juga tidak diajar seperti akidah Jabariah yang bergantung sepenuhnya kepada usaha sendiri tanpa memikirkan betapa berkuasanya Allah dalam urusan ini. 
Kita diajar dengan akidah ASWJ. Segalanya sudah ditetapkanNya, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku dihadapan kita. Gunakan wahyu, akal dan hati dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan yang terbaik. Allah tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita mengubah nasib kita sendiri..


memang tidak dinafikan, ahad..td..selepas agak kecewa akan ketiadaan mereka termasuk org besar di fak itu, kami terduduk sebentar..ya Allah, biarlah aku merintih dihadapan Mu..aku bergegas ke surau kecil..solat dalam keadaan tenang..selitkan doa dhuha 'andai ia sukar permudahkanlah'...aku melantunkannya beberapa kali dengan penuh pengharapan..

aku keluar kembali mengintai bilik lecturer..masih tiada..ku intai lg bilik ketua jabatan..gelap...kawan ku bersuara..jom la.. kita pergi fakulti dulu...

difakulti, selepas menyatakan apa yang berlaku, kak asni menyatakan xperlu tandatangan lecturer kalau xpenuh lagi..even fakulti lain..aik, aku terpingga2..sbb minggu lepas kerani pendaftaran menyatakan mesti ambil tandatangan..dalam beberapa minit ALHAMDULILLAH, selesai juga..

kawan ku : eh, macam x percaya je..dari minggu lepas duk sibuk2 pening..skrg dah selesai dah..boleh la study dengan tenang..



alhamdulillah ya Allah...bernar janji-janji Mu..cintaku semakin bertambah2 hanya padaNYA..




Saturday, February 16

tarbiyah


takkala hati berbelah pergi untuk pergi, ku tenang kan diri untuk mengingatkan kembali tausiah-tausiah dan taujihad yang telas smpaikan oleh para ulama' dan guru..


 

~Allahumma solli ala Muhammad waala alaih~


p/s : menghadiri maulid adalah untuk mencintai keperibadian baginda dan mendalami perjalanan perjuangan baginda..

Friday, February 15

apabila cintaku hanya bertaut padaNya..

bismillahirrahmanirrahim

teori
apabila cintaku hanya bertaut padaNya..
benar..berkata itu amat mudah..
berkata itu juga amat berbisa..
bisa merosakkan persekitaranmu

praktikal
takkala ujian datang tanpa bertandang..
menimpa2 diri diuji..
takkala itu..diri itulah yang paling terseksa..
air mata melimpah bercucuran dipipi..
apakah makna air mata itu wahai shbat..
adakah kamu kesal dan kecewa akan ujian yang menimpa dirimu..

benar, emosi menjadi raja..
nafsu bersorakan..
tapi iman yang lemah cuba untuk terus bangkit..

iman dan takwa
alhamdulillah bangkit dengan keizinanNya..
mencari kembali jalan pulang kepadaNya..
tika itu emosi kembali tenang
nafsu kehausan

wahai pencari ilmu
tetapkan dirimu , istiqamahkan dirimu untuk terus menuntut ilmu
dengan ilmu yang diizinkanNya untuk kamu pelajari menjadikan kamu tidak mudah terpedaya dengan kepicangan dunia yg fana'
dengan ilmu kamu pasti dapat membezakan hak dan batil (insyaAllah)
dengan ilmu juga kamu tetap istiqamah dan tidak mudah futur..
dan dengan ilmu juga kamu kamu dapat bangkit kembali mencari sinar cintaNya

dan dengan ilmu juga pasti dihati kamu hanya ada Allah..



p/s : Allahu Akhbar, terlau banyak nikmatMu kau berikan pada hamba-hambaMu...nikmat mana yang kau dustakan wahai manusia...
perjuangkan agamaNya hingga akhir hayatmu..







puisi yang ditaip on da spot tanpa dirangka..insyaAllah masih boleh diperbaiki,,suara isi hati


Thursday, February 14

cuti internet via cuti sem ^_^

allahumma solli  wa salim ala Muhammad
selawat dan salam ke atas junjungan baginda serta keluarga dan shbat2nya..

alhamdulillah, berakhir cuti sem selama 23hari...sepatutnya 22 hari..
tiket bas abis awal, terpaksa balik pada hari rabu..

pada awalnya ingin balik terus dari kampung halaman, tapi lain pula jadinya..
tengah2 odw ke program anak negeri..kakak sulung msg yg dia dah beli tiket dr putrajaya ke jb..
hehe..merantau dulu bru dpt  blik ke jb..
teman dia sbb balik sorang2 ke putrajaya dengan kereta...

sepanjang cuti
alhamdulillah, inilah kali pertama bercuti panjang kat rumah..
mmg cuti sungguh...hihi

minggu pertama dan kedua cuti mmg boleh dikatakan p ngecat rumat tiap2 hari..
kalau aboh p terpaksa berkendong ngan ma n nazirah naik moto p sne..  (membuak2 nk ambil lesen kereta sem nie...moga dipermudahkan)
mana xnya...berhabuk ble odw nk p ke binjai 2...lori kiri kanan lalu...
dari pada kereta kat rumah xbergerak baik bawa..hihi

dari ruang tamu, bilik tidur dan sampai ke dapur...dinding di cat semula..semangat ma ngan aboh pilih warna...kite raikan je...sepertinya anak ini memahami perasaan mereka..ye la, dah hidup bersama hampir 28 tahun kot, inilah mereka dapat merasai rumah sendiri...alhamdulillah..

tadika

mmg dlm rumah berwarna-warni..mcm tadika...hihi
semua lain2 warna
ruang tamu? ada tiga warna, kuning oren dan oren kepink-ngan...manalah cari term tu ek.. :P
tugas ku cat je la..tampal2 plaster kat siling..kadang2 kalau p ngan adik perempuan tu (mimi), agak gerun cket...yela, pembinaan perumahan sekitar kawasan tu xsiap lagi..jadi ada je pekerja2 yg lalu lalang..
ape lagi..mmg x overtime la..haha..

gerak kerja

agak2 kerja mengecat dlm rumah dah selesai, masa ku diifakkan ke kawasan..hihi..xlme pun, 2 hari...memandangkan ada masalah transport, ku minta shbtku dari uum menjemput setiap kali ingin membuat kerja...

alhamdulillah, cuti kali ini juga dapat bersama dengan shbt2 anak negeri...even hnya dua hari, syukur dpt bersama2 dan mendengar taujihat dari pimpinana pusat...cuma sedikit terkilan sbb terlepas dari slot TGHA..disbbkan tiket awal pagi dah abis...

balik2 kampus

perkara utama adalah check result..haha..org lain dah berzaman dapat result...kita baru je dapat tgk...tp, smpai2 lpas kemas, mmg xlarat..ngantuk dan letih..

alhamdulillah, selepas solat taubat ku rebahkan diri seketika..

alhamdulillah, walau x sehebat rakan2 lain ku syukuri nikmat yg diberikan olehNya..^_^


p/s : moga dapat dftar subjek u yg ku xambik lagi sem lepas...terpaksa meredah ke fakulti lain...

rabbi yassir wala tuaassir..

alhmdulillah cuti ini dpt habiskn beberapa buku.. ye la, internet xde, ngadap buku je..hihi ^^,