Sunday, December 30

Saturday, December 29

sob3..pERASAAN sEMAKIN mENDERITA..

@_@ *blink* blur..aduiiaaii

RABBI YASSIR WALA TUASSIR

Tuesday, December 25

khilaf..






Seringkali hatiku resah
Tanpa kuingat namaMu ya Allah
Seringkali hatiku gundah
Melupakan diriMu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata

Reff:
Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu
PadaMu ya Allah

Aku lemah lemah lemah dan tiada berdaya
Aku khilaf khilaf khilaf karena ku manusia
Tapi yang kuinginkan selalu didekatMu
PadaMu ya Allah

Seringkali hatiku resah
Melupakan diriMu ya Allah

Hati kecil tak mungkin berbohong
Dalam hening aku berkata

Monday, December 24

famili ^^,

bowling...lama  betul x main...mmg jadi juara longkang la.. :P
ehhh...dpt hadiah special jgak...
alhamdulillah...seronok dgn mereka..
famili lapan yang pelbagai karenah..
sentiasa aku menyayangi mereka...
kerna Allah...
tetapkan hati kami dijalan memperjuangkan agamaMu..
walau kami berjauhan...engkau ikatkan hati-hati kami dengan kasih sayang dan rahmatMu..
ameen ya rabb...

Friday, December 21

Wednesday, December 19

warkah..

its end...




loving someone doesn't promising will together with her/him ~quoted~

Tuesday, December 18

daurah...


اللهم صل وسليم على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

aku bertekad memcari beberapa tempat daurah sempena cuti ini..
mungkin dpt elak dr mereka tiba dlm waktu ini...
moga Allah bantu hambaNya ini untuk menuntut ilmu fardhuMu..

namun andai itu telah direncanakanNya...
aku redha...


pejuang agama..

mant0p !! ^^,



Setiap manusia pasti punya
Pemikiran yang saling berbeza
Tapi janganlah cuba untuk memaksa
Yang lain jika tidak sekata

Usah taksub tafsiran sendiri
Pandanglah dari sudut yang lain
Mungkin ada benarnya kata mereka
Andainya berfikiran terbuka

Renungkanlah bersama

Habibi janganlah membenci
Hentikan dari saling menyakiti
Habibi hanya jikalau bersatu

Umahmu akan lebih maju

Temanku bersalamlah selalu
Hormati mereka disekelilingmu

Temanku marilah kita bersama

Menjadi pejuang agama

Tak perlu meninggikan suara
Untuk meluah apa dirasa
Kerana lantang itu bukannya bermakna
Katamu menjadi lebih benar

Renungkanlah bersama

Monday, December 17

wind...

mencari jawapan disetiap persoalan yang hadir...
apakah hikmah disebalik semua ini mmg tidak mampu untuk difikirkan dan diungkapkan...
adakan aku patut membiarkan ia berlalu seperti tiupan angin ini..
wallahualam...



Sunday, December 16

syg kerna Allah..

uhibukifillah abada abadan..

antara insan yg ana syg dan kasih kerna Allah s.w.t dan kerna perjuangan baginda Rasulullah s.a.w..
family lapan selamanya...
(even xde dlm gmbar... :P )

صبر



izinkanku meniti hamparan syurgaMu.....

Thursday, December 13

ku pohon...



gantikan tempatku dengan bidadari yg terbaik buatnya...
ameen ya rabb..

Wednesday, December 12

...





sekarang, hati ini mudah terasa..

moga Allah jauhkan padaku dr perasaan-perasaan tidak sepatutnya..ameen..

Sunday, December 9

qasidah..qasidah ^^,

اللهم صل وسليم على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

yg mampu menjentik hatiku yg lalai...




Qasidah al-Jalaliah
قصيدة الجلالية للشيخ أحمد جمهوري المكي
أداء فرقة الفتح المبين الماليزية
Qasidah al-Jalaliyah, written by Shayk Ahmad Djamhuri al-Makki
performed by Fathul Mubin, Maktab Mahmud Alor Setar.


نَبِيُّنَا رَسُوْلُ الله
Nabi kami Rasulullah



وَشَافِعُنَا حَبِيْبُ الله
Yang mensyafaati kami Habibullah



وَمَوْلَانَا خَلِيْلُ الله
Yang Mencintai Kami Khalilullah



عَلَيْهِ صَلَاتُنَا يَا الله
Atas baginda solawat kami ya Allah



رَسُولُ الله كَلِيْمُ الله
Rasulullah julukannya Kalimullah



وَأَعْلَى أَنْبِيَاءِ الله
Yang tertinggi dari sekalian Nabiyullah



رَسُوْلُ الله صَفِيُّ الله
Rasulullah pilihan Allah



إمَامُ المُتَّقِيْنَ الله

Imam bagi yang bertaqwa kepada Allah



أتَانَا رَحْمَةُ المُهْدَاة
Datangnya bagi kami sebagai Rahmah



فَآمَنَّا بِهِ يَا الله
Kami beriman dengan baginda ya Allah



فَوَفِقْنَا وَأكْرِمْنَا
Taufiqkan dan muliakan kami ya Allah



بِحُسْنَى وَالرِّضَا يَا الله
Dengan Husnul Khatimah dan redhaMu ya Allah



إلَهِي عَافِنَا جَمْعًا
Afiatkanlah sekalian kami



مِنَ الأمْرَاضِ يَا الله
Dari segala penyakit ya Allah



وَطَهِّرْنَا مِنَ الأوْزَار
Sucikan kami dari dosa



بِفَضْلٍ مِنْكَ يَا الله
Dengan kurnia dariMu ya Allah



إلَهِي اغْفِرْ مَعَ الأبَوَيْن
Ampunilah bersama ibu bapa kami



إلَهِي ارْحَمْهُمَا يَا الله
Rahmatilah mereka ya Allah



إلَهِي اسْتُرْ جَمِيْعَ الْحَال
Tutupilah segala kejelekan kami



وَلَا تَكْشِفْ بِنَا يَا الله
Jangan disingkapkan ya Allah



إلَهِي وَاهْدِنَا دَوْمًا
Pimpinlah kami senantiasa



لِما تَرْضى بِهِ يَا الله
dengan yang engkau redha ya Allah



وَكُنْ عَوْنًا لَنَا يَا رَبّ

bantulah kami ya Allah



بِدَارَيْنِ مَعًا يَا الله
Dunia dan akhirat ya Allah



وَأَنْزِلْنَا بِفِرْدَوْسٍ
Tempatkan kami di Syurga



بِقُرْبِ مُحَمَّدٍ يَا الله
disisi nabiMu ya Allah



لِنَنْظُرْ وَجْهَكَ البَاقِي
moga terpandang wajahMu yang kekal



بِحُبِّ المُصْطَفَى يَا الله
Dengan cinta nabiMu ya Allah



عَلَى أَحْمَدْ صَلَاةُ الله
Atas Ahmad selawatMu



عَلَى الهَادِى سَلَامُ الله
Atas al-Hadi salamMu ya Allah



وَآلٍ مَعْ صَحَابَتِهِ
Keluarga serta sahabatNya



دَوَامًا سَرْمَدًا يَا الله
buat selamanya ya Allah



Friday, December 7

prevention is better than cure..

اللهم صل وسليم على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد
(pesana murobbi, bila berselawat pastikan penuh...selawat dan salam perlu sekali....)





bait2 lagu yg bermakna...



# kaitan tajuk dan lagu hanya Allah dan hati yg bnyak terkhilaf ini shj yg tahu....

Thursday, November 29

rabiatul adawiyah...

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w
di hati ku kini hanya ada Allah dan Rasul

nk jadi rabiatul adawiyah..
nk sangat...
sungguh, hatinya hanya ada Allah..
tiada cinta manusia dihatinya
kerna khuatir akan terbahagi cintanya pada Yang Esa..

misi menjadi solehah berterusan ^^,





Tuesday, November 27

alhamdulillah..

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah s.a.w
di hati ku kini hanya ada Allah dan Rasul


Alhamdulillah, insyaallah hatiku kini lebih tenang..
alhamdulillah, Allah mengizinkan aku mempunyai hati seperti ini lagi...
syukurku yang tidak terhingga...

nikmat islam dan iman yang Dia berikan
lama kelamaan dapat ku rasai...

Rabiatul Adawiyah,
'tidak ku harapkan pahala dan syurgaMu, tetapi yang ku harapkan redha dan kasih sayangMu ya Allah'

misiku menjadi insan yg solehah masih diteruskan..
letaklah Allah yang paling tertinggi dalam segala hal dan tindakan...insyaallah diri ini akan lebih terpimpin...




Saturday, November 24

always return to HIM...

....

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rusulullah s.a.w
di hati ku kini hanya ada Allah dan Rasul

Alhamdulillah, 
ku merasakan inilah jalan yang terbaik buatku..
serahkan segalanya pada DIA...DIA yang berkuasa menentukannya..

kata ummi...
Andainya kita melukai hati org lain, suatu hari nnti kita pasti akan dilukai..

Allahu Rabbi..jauhkan aku dari sifat seperti itu...
jujur ingin melihat mereka bahagia, jujur dari kecil hati ini tidak mahu melukai hati sesiapa..
lagi2 insan yg begitu besar Allah mengujinya dari sejak kecil lagi..

inilah jawapan ku pada kedua-dua pihak...akan ku berdoa mereka mendapat insan yang terbaik buat mereka...
maaf dari ana yang bergitu khilaf dalam bertindak....

rabiatul adawiyah...


Friday, November 23

i want to run away..

allahumma solli ala muhammad...

INGIN AKU BERLARI JAUH.....
ya, aku ingin berlari jauh tanpa mencederakan sesiapa..
tanpa terjatuh dan tanpa melanggar sesiapa...

ya allah,
jika engkau takdir kan aku bersendirian...
aku terima...
mungkin ia lebih baik buatku..

ingin aku melihat burung terbang berkicauan dengan kegirangan
ingin aku melihat bunga-bunga berkembang mekar tanpa dirosakkn kelopaknya
ingin ku lihat pelangi yang indah, mencantikkan pemandangan selepas dihujani kesuraman..
ingin ku lihat mereka bahagia..

tidak dapat ku ungkapkan apa-apa ketika ini...
biarlah DIA menentukannya...
sungguh, kali ini tidak mampu membuat apa-apa keputusan...

hati ini tidak dapat menanggung segalanya...



Thursday, November 22

nur melimpah dihati...

selawatku dan salamku keatas nabi junjungan Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda..
sungguh cintaku pada kekasih Allah tidak dapat diungkapkan melainkan sentiasa berselawat keatas junjungan mulia ini...

allah..allah..allah..
hatiku hanya ada allah...
sungguh ujian bagiku kali ini tidak dapat ku ungkapkan dengan kata-kata..

yang aku mampu memberikan segalanya pada yang Esa...
biarlah bicaraku ini padaNya shj...

air mata tidak mampu ku alirkan...
sungguh...berat sebenarnya...

give ur heart to Allah..
insyaallah, Allah akan bantu..
tidak hari ini mungkin suatu hari nnt...ameen...


Friday, November 9

insan yg ku cinta after Allah dan Rasul

salam sayyidul ayyam..
Allahumma solli ala Muhammad..



Subhanallah... Alhamdulillah... bakal pulang seketika ke kampung rumah ayahanda dan bonda. insyaallah, menatap wajah mereka sahaja sudah mendapat pahala. Alangkah indahnya rezeki yang Allah bagi ini.

 Kami hanyalah makhluk yang Allah ciptakan sebagai perantara menyalurkan rezeki pada orang lain. Ma dan aboh adalah tanggungjawab kami adk beradik ketika ini.

 #syurga ku masih lagi dibawah tapak kaki ma ketika ini...masih berkewajipan patut arahan aboh...insyaallah masih lagi belajar menjadi anak yg solehah untuk ma dan aboh...

sesiapa pun mereka, they are my lovely person in my heart....moga Allah merahmati mereka di dunia dan di akhirat kelak..

p/s: please pray for me to be solehah to my mom and dad..and for the future partner to achieve the jannah and His blessing...insyaallah....

Tuesday, November 6

menambah koleksi...

ketika ada satu program bersama ustazah fatimah syarha, semestinya aku tidak akan melepaskan peluang untuk berjumpa dengannya dan mendengar luahan ilmu dari beliau...

salah satu lagi, berpeluang menjenguk-jenguk buku yang di sarankan oleh beliau untuk dibaca..
salah satunya...

tetiba tertarik dengan buku ini ketika ustazah fatimah syarha datang ke utm sempena KAWAN 12..


ada certain buku yang dibawanya telah ku baca....aku cuba keluar sedikit dari skop pembacaan novel...aku juga ingin mengetahui bagaimana beliau 'menghandle' mahligai beliau dengan mawadah , sakinah dan warahmah...


semoga ia menjadi koleksi yang bermanfaat.....insyaallah...


~sempat lagi menaip walaupun tengah serabut dengan 2 test dlm satu hari~
semoga dipermudahkan..ameen


Wednesday, October 31

HE always with us...






Yang paling penting, Allah itu lebih memahami kita. DIA faham kita lebih daripada apa yang kita faham tentang diri kita. Jadi, perlukah kita putus asa atas rahmat Allah? Allah itu ada. Jangan sia-siakan kewujudan Tuhan Yang Maha Adil itu.
 Kita hamba DIA. Serahkanlah diri padaNya. DIA Pengubat Kelemahan. DIA jugalah Pemberi Kegembiraan. Ketenangan itu ada pada DIA. Perlukah kita untuk tidak mencari?


Pujuklah hati kita dengan mengatakan “Allah kan ada?” ^_^
ingat tu ashra!!!!

Sunday, October 21

santai2 psm..

just a song~~~






~hidup mati, jodoh pertemuan telah ditentukannya~
i'm just pray what the best for the future and islam





Tuesday, October 16

syg mereka.... ^^,


bila dengar lagu nie, mst teringat pada shbt2 perjuangan...
terutama sahabat family 8 dan taman syurga raudhah...
~moga doa rabithah menjadi pengikat hati-hati kami terus berada dlm jalan memperjuangkan agamaMu~
~ameen ya rabb~





http://www.youtube.com/watch?v=_Vzz3CtEz74&feature=player_embedded

Saturday, October 13

mlm weekdays yg full

......
daniel syahmi : kak, kite wat tuisyen hari isnin boleh?

dlm hati..[haaaa]..

ds : isnin jumaat..2 kali seminggu..

aku : hmm(smbil menulis aktiviti harian)..mlm selasa dan jumaat je akak free...yg lain full...

ds : kalau cm 2 hari selasa la kak...selasa dan jumaat..

ak : insyaallah dik..smbil tersenyum[evn hati agak berat dsbbkn kenkangan tertentu]..

moga Allah permudahkan urusanku...

jumaat dan sabtu agak kalut sikit....dengan merempit dlm hujan [hati tabah..]...3 pagi bgun basuh ayam yg keras disebabkan dlm peti ais...huhhhh...mmg berjam nk asingkn ayam2 2...[sesungguhnya Allah bersama dengan org2 yg sabar..]


errr..esk??[ahad]..hari yg agak berdebar...entah...[moga Allah permudahkannya juga...]


gmbar nie even xde kene mengena, tp boleh la kot tenangkan hati yg agak berdebar ni...

Saturday, October 6

doa..







Seindah akhlak bidadari~
 antara doa yg disarankn oleh ummu solihin...

 Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
 al-ahqaf :15

Wednesday, October 3

perjalananku mencari cinta...

perjalananku mencari cinta itu...
cinta pada yg satu yg kekal selama-lamanya...
yg berkuasa terhadap segala-galanya..

aku menyedari aku, aku mungkin hanyalah secebis kain buruk disisiNya,
namun aku tahu Dia tidak mengenal sesiapa, tidak memilih dan tidak melihat pada darjat hambaNya,
aku tahu, semua berhak mendapatkan kasih sygNya, Dia-lah yang Ar-Rahman, dan Ar- Rahim..

ku koreksi kembali setiap langkahku,
bersihkah jalanku untuk menggapai cintaNya..
subhanallah, sungguh..sungguh kotor rupanya tapak kakiku...
jalanku pula bagaimana? subhanallah...
bagaimana aku harus lakukan??
astaghfirullah...astaghfirullah...astaghfirullah...

perjalanan ini tidak boleh berhenti disini,
aku perlu mencari resolusinya,
aku perlu sesuatu agar jalanku dapat meniti jalan cintaNya...


-----------------------------------------------------------------------------------------------
ithar.......
pesan org yg ku percayai "dlm beribadah, perlu utamakan diri sendiri dahulu..."
aku "ibadah bkn hanya satu, tp skop ibadah itu terlalu luas...."..menyepi...
siru'alabarakatillah...


Wednesday, September 26

cebisan..

bismillahirrahmanirrahim...

dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

takala mengimbas kembali bacaan doa perjuangan oleh seorg sahabat di suatu tempat membuatkan hatiku meruntun hiba...sungguh...hati kecil ini tidak padat menahan sebak..

sebak ku bukan kerana kecewa akan kekalahan, sebakku kerna aku tidak mampu menjadi pejuang seperti mereka....mujahid dan mujahidah yg berada di medan ini...sungguh mereka amat kuat...

kemampuan ku terbatas...sungguh, aku sebenarnya tidak akan menjadikan ia satu penyebab dan alasan..namun, dalam perjuangan sahabatlah yg selalu membimbingku....segalanya aku juga perlu menjaga hati mereka...maafkan ku kerna kadang kala keputusan ku seperti tidak munasabah...namun biarlah keputusan ku ini hanya aku dan DIA shj yg mengetahui....fatwa hati ku, ijtihad ku ....

maafkan aku mungkin ini adalah kelemahan ku...andai terasa, maafku jua...
ku redha andai terjadi perkara sebaliknya....insyaallah setiap saat ku, aku ada Allah utk menjagaku ....

Ya Allah, berikan aku secebis kekuatan menghadapi apa sahaja yg bakal berlaku...


Wednesday, September 19

Thursday, September 13

kelu...



pada suatu ketika, satu pertemuan
tiada keberanian untukku mengangkat wajahku, 
mata hanya berani menumpu pada lantai yg sedia ku simpuh ketika itu..
tiada kekuatan....benar...

entah, aku hanya mampu bertahan dan menyerahkan segalanya
pada Yang Satu...
ku cekalkan...

ya,ku serah segala-galanya padaMu ya Allah,
sehinggalah sampai saat dan ketika ini.....

Allah. Allah. Allah


sungguh, ia berlalu sangat pantas....

Thursday, August 30

i'm an introvert

sy seorang yg pendiam...

ya!!!

kenapa? entahla...

org kata bila diam kurang la dosa..

tapi, ada orang kata kalau pendiam xbest suasana...sepi...yea??

erm, memang sebenarnya i'm an introvert!! a quiet person

dah 2 tahun menetap di bilik 'single'...ermmm

kali ini suka2 decide utk ber'rumet'...kesian kat rumet nnt...

hopefully she will not disspointed with me \(^_^)/

mesti si licik 'sugarglider' nie sangat nakal ^^,

Thursday, August 9

ulama' atau penjenayah


setelah membaca beberapa buku, beralih ceramah alam maya....
ilmuNya itu sangat luas....makin menambah bacaan, makin menuntut secara formal ataupun informal..semakin banyak perkara yg diketahui..dan makin banyak lagi perlu dipelajari...

Wednesday, August 8

daie adalah 'Doktor Ummah'

Allahumma Solli Ala Muhammah..
Selawat dan salam ke atas baginda serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda...

ya, daie adalah Doktor Ummah...



tanggungjawab seorang doktor, apabila pesakit datang mengadu sakit..dia mencari punca, memberi penerangan tentang sakit itu serta membekalkan ubat yang terbaik untuk pesakitnya...

begitu juga seorang daie..

bila ada yang datang mengadu akan kesedihan yang dialami, usah DU berduka sama...berilah kata-kata semangat dan senyuman padanya..

bila yang ada datang sedang menangis, berilah gengaman kasih sayang yang erat padanya..usah DU mencemuhnya...

bila yang datang berkongsi kegembiraan, raikannya kegembiraan itu wahai DU..

bila yang datang itu berada dalam api kemarahan, simbahlah dia dengan kata2 air yang menyejukkan...\

DU harus bijak bertindak...salah tidakan, khuatir membawa parah..

namun, aku belum dpt lg mencapai seperti akhlah DU itu...jauh sekali...kadang kala tidak layak dipanggil daie apatah lg DU...

tak kala memori itu sering bermain difikiran "enti bersedia tak utk berdakwah?"

jawabku ketika itu "tidak, ana tidak layak langsung utk berdakwah"

ketika itu hatiku berbisik "siapalah aku nk dakwahkan org lain...diriku sendiri terlalu banyak kekurangan...terlalu!!!"

namun, mereka berusaha menaikkan semangatku....

benar, perjalanan seorg daie bukan mudah...

ada kalanya termakan dengan perasaan sendiri...

astaghfirullah al adzim...

bila berada dilapangan, jauh sekali dengan sahabat-sahabat yang solehaha...

tidak terasa kuat untuk bergerak...

melihat sekeliling tanpa bersolat, tanpa menutup aurat....aku kelu...

aku bukanlah yang baik utk berkata-kata..hanya aku mampu menjaga akhlakku ketika berbicara dengan mereka...moga doaku diterimaNya untuk mereka...

"ya Allah, sungguh hambaMu ini tidak kuat untuk menjalankan dakwahMu..ya Allah, engkau bukakan lah pintu hati kami, keluarga kami, sahabat2 kami, insan2 sekeliling kami untuk menerima hidayahMu...permudahkan kami mencari hidayahMu..permudahkan jalan untuk kami mencari cahaya islamMu...dan juga permudahkan kami mengerjakan syariatMu"..ameen..

DU = doktor ummah





Wednesday, August 1

kitten...kitten..kitten...

menunggu habuan keluar...hehe

errr..nk terjatuh nie...tolong sambut...!!

hmmm.....

cmna nk tarik nieee....

comel!!!!sangat-sangat teramat comel (hiperbola terlebih..hehehe)
comelkn ciptaan Allah...subhanallah.....


cemburunya... ;D


kesedihan, kegembiraan, kasih, cemburu adalah anugerah dari Allah swt...dan anugerah ini bergantung kepada cara kita mengendalikan anugerah2 ini....

Friday, July 27

bersyukurlah wahai muslimah...

kedatangan ramadhan merupakan pesta ibadah kepada sesiapa yg tidak sabar menanti kehadirannya...
seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya dan tidak sabar untuk menyediakan makanan terbaik untuk keluarga yg dicintainya....
seperti sang kekasih menunggu si dia untuk meluahkan segala-galanya..
bak kata pepatah, tidur tak lena, mandi tak basah...ternanti-nanti akak kehadirannya...

namun, bagi seorang muslimah yang biasa...sepertinya ada waktu yang mengharamkan untuk melakukan sesuatu ibadah wajib pada waktu tertentu...
sesuatu yang wajib dilakukan, tapi haram dilakukan dlm keadaan tertentu..
org kata 'Allah bg cuti'...



memang tidak dinafikan, ada sesetengan muslimah kekandang tidak sedar mengeluh akan ketetapan yang Allah telah kurniakan bg kami yakni muslimat...


Bagi muslimah yang menyedari hakikat ini, kedatangan ‘tempoh bercuti’ setiap bulan sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan. Sering terdengar keluhan dari mereka yang haid kerana sedih merasakan tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ‘ia’ datang ketika tempoh 10 malam terakhir.Malah, ada yang sanggup mengambil ubat penghalang datangnya haid semata-mata untuk memanfaatkan sebulan Ramadhan. Namun,ubatan sebegini kadang kala tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormon.

Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana disebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
Mari kita lihat,bagaimana Rasulullah S.A.W menangani perasaan Aisyah apabila beliau menangis kesedihan ketika didatangi haid ketika menunaikan haji.Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud: “Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)



ada terbaca buku Cinta Tiga Rasa karya Ustazah Haslinda isteri kepada Ustaz Dr Zaharuddin, kenangan beliau ketika ingin menunaikan haji :

dimana beliau meminta pandangan dari doktor untuk mengambil ubat tahan haid ketika ingin menunaikan haji, namun doktor menasihatkan agar mengelakkan untuk mengambil ubat tersebut kerana  ada kesan sampingan. Dan doktor tersebut menasihatkan agar berdoa dan bertawakal kepada Allah. yakin dengan pertolonganNya...(ayat edit sendiri)

walaubagaimanapun, tiada dalil melarang pengambilan ubat tersebut bahkan Dr. al-Qardawi juga memfatwakan keharusan pengambilan ubat untuk menangguhkan kedatangan haid dengan alasan. Para ulama muktahirin juga membenarkannya.

Syeikh Muhammad bin Salih al-Utsaimin berpandangan :
"dlm masalah ini saya berpandangan bahawa hendaklah wanita tersebut tidak melakukan sedemikian. Sebaliknya hendaklah dia menjalankan ketetapan Allah yang telah digariskan ke atas setiap wanita. Kebiasaan datang haid setiap bulan di sisi Allah memilikki hikmah yg amat banyak jika kita mengetahuinya........"




antara amalan yg boleh menggantikan ibadah puasa adalah :-

  •  memperbanyakkan berzikir dan bacaan tasbih
  • sentiasa beristighfar
  • melipatgandakan doa
  • membantu menyediakan juadah berbuka 
  • menolong kerja2 yang agak berat agar org yg berpuasa boleh berehat.
  • dll yg dilakukan semata2 niat kerana lillahitaala...

Last but not least ...

Akhir kata, sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkanlah amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya disebabkan haid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).
Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.


Tuesday, July 24

my ambition, my hopes..


cita-citaku, dan harapanku...

tika aku mengenal apa itu kehidupan
islam
iman
dan
taqwa....aku menanam cita-cita 
agar hari terakhirku adalah
bulan yang penuh barakah
ya...
bulan ramadhan...
bulan yang mana hambaNya 
berlumba merebut keberkahan, merebut peluang dan ganjaran pahala

sungguh takkala 
mendengar khabar pemergian shbat2
para perjuang
aku tersenyum
bukan meratapi, tapi
'beruntungnya mereka pergi pada bulan mulia ini'

Ya Rabb, kurniakan Khusnul Khatimah pada pengakhiranku nnt...ameen

coretan hati di bln ramadhan...


Monday, July 16

fasting month coming...

write ~in QA lab~

tengah2 xtahu nk progress cmna utk resolution for flashing defect , terfikir sal ramdhan nnt...
bkn selama ini xpernah fikir, mmg jwpn nye xkan dpt ke surau time working days utk terawih...

untung shbt2 yg berada dikawasan yg mudah dan senang ke tempat2 pengajian dan surau...
mungkin transport jga satu kenkangan bagi kami...

pujuk hati, solat xsemestinya disurau Allah baru terima kn....cukup shj lakukan dirumah...
yg penting ikhlas dan redha apa yg termampu dan apa yg dimiliki sekarang...

Ya Allah, jauhkan aku dari sifat terlalu memilih yg bukan pada tempatnya...

tapi . memilih antara jln syurga atau neraka itu wajib ^^,

moga ramdhan kali ini mengajarku erti kehidupan sebenar kelak...

~~insyaallah balik ke kemaman sebentar utk merasai nikmat ramadha bersama~

Wednesday, July 11

jika ada peluang....

antara intan dan permata....

yang mana menjadi pilihan...

sama-sama cantik, sama-sama menarik, sama-sama memberi manfaat...

pilihlah menurut kata hatimu, mana yang terbaik..

usah gentar untuk membuat pilihan....

~ramadhan mengimbaskanku 1001 cerita hati~




Sunday, July 8

sabar dan redha....

beberapa hari lagi
ramadhan akan hadir
Allah, sempatkn aku menghadapi
bulan tarbiyahmu...

tarbiyah?
ya, pendidikan berterusan
pendidikan mengajar hambaNya
erti menjadi seorg khalifah diatas muka bumi ini

sungguh
kehidupan ini penuh dengan ujian
kecil besar 
dikurniakan kepada setiap hambaNya

ujian
dititipkan dengan kesabaran
sungguh jika sebelum ini
diri ini adalah insan yg mudah marah
aku syukur,
setiap ujian yg Engkau timpakan kepadaku
mengajarku sabar dan terus sabar setiap apa yg berlaku

sabar dan redha
atau pasrah?

hanya Engkau shj yang layak
menghakimi hati ku ini Ya Rabb...

ramadhan kali ini 
pasti
mengajarku erti kehidupan sebenar

sabar dan redha dengan ketentuanMu..

Baginda bersabda:
Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kamu lebih cekap berhujah daripada sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Sesiapa yang telah kujatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka
(riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lain-lain. Rujuk Naylul Awtar, jil.8 hlm. 632, no. 3920)


Wednesday, July 4

sabar itu indah...

sabar, sabar, sabar....
memang pahit untuk ditempuhi...
tetapi bertahanlah untuk bersabar...

ya, memang indah hasilnya..
biarla hanya diriku yg merasainya...
sesungguhnya, Allah pasti tidak akan mengecewakan setiap hambaNya..



Sunday, July 1

sinetron dari sujud ke sujud

1~35 episode.........tp terus melompat episode 25 sampai habis ^^



sinetron yg mempunyai banyak pengajaran....kesetiaan, pengorbanan kepada shbat, sunggup menggadaikan kebahagian sendiri demi org lain, pengorbanan dlm rumah tangga, kesabaran menghadapi uji yg melanda..dan paling yg penting even seorang pendakwah sekalipun, apabila mengahadapi sebarang masalah, tidak dapat tidak akan terselit rasa ketidakadilanNya..namun org sekelilingla yg mememperingatinya semula....

pengarahnya pandai membawa cerita berunsurkan islam yg betul....

Saturday, June 30

kain kecil


sungguh, aku rindu sebenarnya....
Allahu Rabbi, hanya Engkau shj yg tahu hati ini rindu utk mengenakan ia kembali....


Friday, June 29

2 weeks in industrial training....

bismillahirahmanirahim...

alhamdulillah, sudah 2 minggu dlm praktikal....
perasaan takut sebelum ini alhamdulillah kurang......

yg paling seronok dapat kekal memakai tudung bulatku ^^,
memang ramai lelaki disana..insyaallah, dengan terjaganya akhlak yg baik mereka menghormatiku sebagai seorang muslimah....
ada kakak india yg bertanya, awak memang pakai tudung besar ini yea...masa raya pun cam nie...
aku hanya mampu tersenyum ^^,

setiap hari aku juga mengimprovekan dri untuk masuk dlm kalangan mereka walaupun melayu merupakan golongan minority disini....
uncle, Mr, akak, kak, en., abg, pak cik...semua ada.....

hmm..kalau ckp dari segi makanan, mmg xmakan time kerja....bukan xnk makan,cuma menjaga....sbb yg masak bukan non-muslim....
kedai di kawasan rumah pun agak jauh.....bekal apa yg mampu shj...alhamdulillah semua ini mengajar kami sebenarnya...bkn setakat kedai jauh, mesin atm pun xde kat kwsn nie...hehe..
masak time rajin..sebelum ke tempat kerja, dan abis kerja jam 5.30 ptg....huh....oleh

walaupun baru 2 minggu, kesabaran amat penting untuk diaplikasikan...sama ada di tempat kerja mahupun bersama rakan serumah....'pentingkan diri' tolak ketepi....

pergi kerja jln kaki, balik je boleh tumpang budak chinese coursemate...kadang2 manager deparment n supervisor yg tlg hantar kami belikan tiket ataupun ke ktm ble dperlukan....tp kadang2 je, ble ada rezeki..

.......................

bila difikirkan, bukan mudah untuk menguruskan kehidupan bila dan ada keluarga sendiri..wallahualam dpt x menjaga kesabaran bila dah berpenat kerja seharian di pejabat...pelbagai karenah terpaksa ditempuhi...

apa2 pun, diri ini sentiasa mendoakan yg terbaik untuk kehidupan masing2 nnt..wallahualam...

~ana bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, ana juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, ana bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. ana hanya seorang hamba yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi ana juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.~


Saturday, June 16

16 june

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ


alhamdulillah...sampai juga di negeri selangor ini..
erm ..tapi masih lagi berdebar utk memasukki tempat latihan industri yg akan aku lalai selama 3 bulan...


takut sebenarnya, bagaimana di alam pekerjaan...
apa taknya, bila di telefon
operator "xperlu bwa apa2, berpakaian t-shirt berkola, berseluar dan berkasut, nanti akan di briefing lagi"..
gulp...mungkin 3 bulan aku terpaksa lalui dgn tabah...
melalui tepi kilang melihat pekerja2 wanita memakai t-shirt berwana biru berlengan pendek...


menjadi igauan seketika..


ayah "dah nk pergi kerja dengan apa"
aku "erm, dekat nie jalan kaki pun boleh....dalam u pun jalan je"....
lain tempatnya....


mungkin terlalu memikirkannya terlalu berat...biarlah dia berlalu dengan selamat dalam perlindunganNya...
mudah-mudahan


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


something yang ada dibenakku..rasa, bukan masanya lagi......
Allahurabbi, tenangkan hati hambaMu....



Monday, June 4

.................''


'it will be take time to stand back..may be just a few second'
insyaallah....

Friday, June 1

silent is better

bismillahirahmanirahim...


"Prayer is the best armor against all trials".

ketidakmampuan seseorang itu sebenarnya terbatas. Dia mengetahui dia  mampu atau tidak. walaubagaimanapun kita sebenarnya tidak akan tahu selama-lamanya sejauh mana kita boleh capai sekiranya kita sendiri tidak sanggup untuk menempuhi sesuatu kesusahan dan sesuatu kegagalan. USAH TERLALU SELESA DENGAN KENIKMATAN INI. Tempuhi dengan keyakinanmu padaNya. Mulutmu mengatakan kamu percaya padaNya, dan zahirkan hal keyakinan mu dalam lubuk hatimu. Hatimu adalah raja pengawal segala tindak-tandukmu.


jangan kecawa dan jangan patah semangat, kerna Allah pasti menolongmu. DIA hanya ingin menguju mu dengan sedikit kesusahan. 


Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

 “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan:
 Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?” 
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak berupa kesusasahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan oleh-Nya bermaksud:

 “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
 (Surah al-Anbia, ayat 35).


the best motivater is YOURSELF!!
~monolog diri di pagi hari jumaat....penghulu segala hari, moga dpermudahkan urusan hari ini. memang tidak akan pernah kuat melainkan mendapatkan pertolongan darinya~

penat juga mendukung haziq semalam...huhu...(gambar : hiasan semata-mata)
haziq anak soleh k.syifa'...insyaallah ^^,
hilang jap ketensionan mengadap proposal PSM seharian...