Saturday, February 15

rasa.

bismillah..

DIA masih menguji rasa ini.
takala sudah buntu memikirkannya, ku mencari 'kaunselor'
walaupun bukan utk menyelesaikan
cukup sekadar mendengar.

teruskan menyibukkan dirimu.
ia memerlukan masa.
i'allah pasti Allah membantu.
Allah itu tidak pernah zalim terhadap hambaNya.
DIA sentiasa mendengar.


the power of submission..

Allah..

Hasbunallahu wa ni` mal Wakil



Friday, February 14

mail

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala wabarik wa salim.


dah berbulan yahoo mail tidak berbuka.
last buka xsilap 5 bulan lalu, yahoo minta password ditukar.
alamatnya, tak ingat passwd yg ditaip sbb sangat panjang dan bercampur huruf besar, kecil dan nombor.

segala email Dr dan Supervisor ada dlm yahoo.
:'(

Thursday, February 13

putri.

bismillah..

kerana dia hanya hamba Allah yg amat biasa sekali.

Putri..

Itu nama yg diberi. dia seorang gadis yg biasa-biasa. Kehidupan yg dijalaninya amat biasa sekali. Kalau bukan kerana DIA, Putri tidak mampu menjaga dirinya sendiri.

.......................................................................................................................

Setelah terlena akibat esakan tangis yg teruk, dia ke bilik air. Memandang ke cermin yg ada,
'mata bengkak sangat..'

Esok dia akan ke sekolah seperti biasa. Dia cuba menahan daripada terus menangis. Bagi Putri, jarang sekali dia menangis seteruk begini.

Putri, sabar. Dia monolong sendirian.

'tak payah la nk keje situ lagi, berapa je gaji dapat.'

'ok la. dlm 600'

'dapat gaji, habiskn beli minyak jgak'

'tak.  ada lagi, selalu dapat tambahan 200 dan tak kira lagi gaji guru tuisyen.' , jawapan ini tidak mampu diluahkan lagi. hemburan kata-kata awalan ayahnya cukup membuatkannya terasa hati. Amat.

Bagi Putri, dia gembira apa yg dia lakukan sekarang. Mungkin sumbangan jihadnya tidaklah terlalu besar seperti orang lain, tp dia gembira. Di samping sentiasa berasa bersama orang tuanya, serta adik beradik yg kecil dimana dia boleh tengok-tengokkan sehari-hari.

Walaupun dia sendiri tidak tahu apa yg akan terjadi pada kehidupannya pada masa akan datang, yg penting dia dapat berkhidmat kepada keluarganya terutamanya ibu bapa Putri.

Jika hendak dibandingkan dengan gaji kakaknya sebagai salah seorg pegawai di hospital yg mencecah 4ribu, mmg julatnya amat beza dengan gaji Putri sekarang. Namun, dia sedaya upaya memberikan semampu dari gajinya kepada ibu. Separuh lagi untuk simpanan dan separuh lagi membayar pinjaman kos pembesaran rumah. Walaupun peratusan pinjaman kos pembesaran rumah bnyak ditanggug oleh kakak, tp kami telah berpakat untuk sma2 membayar pinjaman mengikut tahap gaji yg diperolehi.

Mungkin apa yg dilihat oleh ayah, segala kos pembesaran rumah ditanggung sepenuhnya oleh kakak.
Tapi xpelah. Putri hanya berdiam bila ditanya, 'ada ke duit nk byar pinjaman?'


 Tapi, kata2 ayahnya seperti memperkecilkan pekerjaannya sekarang amat menguris hati Putri.
Dia tidak mampu untuk menahan lagi, dia terus ke bilik dan menangis. Tangisan yg mmg tidak dpt dihentikan. Hati Putri amat-amat terguris.

Memang seorang anak tidak layak langsung untuk 'makan hati' dengan kata2 org tuanya, tp Putri hanya insan biasa yg jga mempunyai seorg perasaan sbg seorg anak yg amat memerlukan sokongan dari kedua ibu bapanya.

Boleh dikatakan, ayah Putri berdiam diri sejak dia mengajar disitu.

Ayah Putri bangga dengan Putri yg mempunyai sifat yg suka mendidik, cma bila mengajar disitu ayahnya tidak pernah 'mengiktiraf' Putri mengajar di Pasti. Itu yang setepatnya.

...............................................................................................................................

kira-kia dalam jam 3.00 petang setelah membersihkan pingan dan cawan pelajar-pelajar transit, Putri bersedia untuk mengajar Iqra'.
Putri, mengambil handsetnya. Terdapat satu mesej masuk daripada ayah Putri.

"putri, ayah minta maaf. ayah tak tahu yg kata ayah semalam buat putri terasa hati. ayah minta maaf ye"...

sekali lagi, pipi Putri dibasahi air mata.........................

********************************************************************
bersabarlah wahai Putri, jika DIA menginginkan kamu disini. Disini lah tempat terbaik buatmu pada saat dan ketika ini..