Monday, December 30

renjis-renjis ..

barakallahulakuma fi khair ^^,

seorang shbt telah menjejakki tngga seterusnya 
alhamdulillah shbtu Farhana Rapani selamat menjadi suri hati yg halal kepada suaminya
alhamdulillah
^__^

smpai utm, ada pulak yg mainkan lgu ni


best!agak lama jgak la xdgr lgu2 cm ni..
boikot?? hehe
xde lah...xnk hati terus melayan perkara yg bgku xpasti..

boleh dikatakan pergi kemana2 shj pasti bab kawin menjadi perbualan..
cikgu2 pasti yg bru ku kenal dan ada berumur sebaya dan ada juga umur bawah ku bakal mengadakan walimah pada tahun depan..
nmpaknya mmg berseorgan lagi la.. :p
alhamdulillah jodoh mereka dah  smpai..

bila geng stu batch menyakat menayakan bila empunya diri ni nk buat majlis..
yg mampu ku berikan smiley shj :)
biarlah ia menjadi rahsia..
tidak mahu BM menjadi penghalang utk mereka..
bgku ada pro dan contranya..



 tertarik dengan tajuk kedua2 buku ni..
xtaulah blh dptkan kat jb x?
duit oket cukup2 je utk 3 hari :p
hehe..

seorg junior ada juga menanyakan tentang BM..
ringkasku jwb..
'akk bkn la org yg pakar bab2 nie, tp bnyakkan membca buku yg dikarang2 novelist muslimat..i'allah serba sedikit akn mempelajari bgaimana hati seorg muslimat tersebut.. :) '



 tertarik dengan kisah shbt yg bru jga dikenali..
sudah bertunang tp tidak pernah menghubungi antara mereka..
no phone pun xde dlm senarai panggilan..
subhanallah..
moga Allah menjaga ikatan mereka..
aminn ..

:) bnyak pula celoteh...next need to fokus iv, pasti dan tuisyen..
nak xnk kne jga jga budak lepas abis kelas pasti..
2014 datang dengan amanah..
siiru ala barakatillah

Wednesday, December 25

dizzy



Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmtika Astaghiitsu

"Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmat Mu aku mohon pertolongan."

 

Wednesday, December 18

speechless words..


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.



Fitrah Wanita Perlu Di Tegur

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Baginda SAW telah berpesan kepada golongan suamiberkenaan perihal ini.
Sabda Nabi SAW:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita.”

(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
 



Tuhanku..
Aku tidak mengetahui nasibku di hari-hari mendatangkan
Namun memadai bagiku keyakinan bahawa engkau tetap bersama ku...




 Don't depend on people to pick you up when you're down. Pick yourself up to pray, and Allah will lift your soul.

Omar Suleiman


 Gunakan segala kekuatan kita untuk mendapat bantuan Allah.

Namun jangan lupa berdoa kepada Allah untuk membantu kita meraih bantuanNya.

Kekuatan kita, hanya mengaku lemah di hadapan Allah. Dengan kelemahan itulah akan diberi kekuatan Allah untuk mendapat bantuanNya.

Ya Allah, jangan serahkan diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Aaameen.



p/s : all the sentences i'm copies from many pages..yup, these week i'm speechless :(




Thursday, December 12

bukan rezeki..


Allahumma solli ala Muhammad waala wabarik wasalim..




“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]



Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3) - See more at: http://islam-suci.blogspot.com/2012/11/maksud-ayat-seribu-dinar-dalam-rumi.html#sthash.8aWgKhZf.dpuf

 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”







“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]


Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..


Tuesday, December 10

derma





Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar



sumbangan derma dari kanak2 yg berusia 11 thn..
kita???

flooding..



muslimat itu...


cik cahaya itu tidak mampu..
bila terdapat perbezaan idealogi di bwh satu bumbung yg sama..
cik cahaya itu tidak mampu lg untuk menderhaka kpd insan yg terlalu istimewa buatnya..
biarlah khidmat cik cahaya utk islam disampaikan kpd insan yg cik cahaya amat sygi..
cik cahaya itu bertekad untuk mecari rezeki di negeri lain..
aminn ya rabb...

Tuesday, December 3

....









Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
                         pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)


.The Beauty of Islam. 
 
 

a drop of tears

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi wabarik wasalim

Sahabat


Di sini kisah kita bermula,
Memaut mahabbah indah tak terkira,
Ukhwah ini bagi mencari redha Yang Esa,
Menempuh segala peristiwa bersama-sama..

Sahabat,
Suatu ketika dahulu,
Mungkin kita ibarat kanak-kanak riang,
Mesra bergurau senda,
Saat manis dikongsi bersama..

Suatu ketika dahulu,
Kita mula memperoleh tarbiyyah,
Ta'aruf terhadap Cinta Tuhan Pemilik Jiwa,
Tazkirah di kelas menjadi amalan,
Mengisi hati yang sentiasa kegersangan,
Didikan dari guru,ikhwan akhowat tersayang..

Sahabat,
Kini kita masih bersama,
Mungkin jua Akan terpisah akhirnya,
Namun itu bukan erti perpisahan yang sebenarnya,
Kerana hati dan jiwa,
Masih terikat dengan nama Yang Kuasa..

Kini kita kian matang,
Mendepani ranjau duri dalam kehidupan,
Tanda kasih dan sayang dari Tuhan,
Mula bisa melakar rasa,
Mengerti makna ukhwah yang terbina,
Moga rabitah ini akan terus subur berbunga..

Sahabat,
Andai ada khilaf yang menoreh jiwa,
Kata yang menusuk di hati yang terluka,
Cara yang tak kena pada rasa,
Bukankah kemaafan itu cara yang terbaik buat kita,
Bagi membersihkan segala prasangka..

Sahabat,
Takkan pernah terbunggar segala memoir,
Tetap tersemat di sanubari yang paling dalam,
Kerana di mana lagi kita akan cari ganti,
Segala kenangan di bumi waqafan tercinta..



sahabat...
segala bait tidak dpt ku ungkapkan..
bait di atas aku petik dr blog shbt..
ya..
kini, ku kehilangan mereka..
mungkin dulu melepaskan seseorg demi sahabat 
snggup ku utamakan..
pedih itu diketepikan..
tapi
kehilangan shbt2 yg telah bnyak
mendorong dan membimbingku 
ke jalan ini tidak mungkin 
dapat ku lepaskn..
tapi,
mungkin segalanya tinggal kenangan..
Allah..moga hati ini redha atas ketentuanMu..

tidak ku ketepikan mungkin juga dtg dari kekhilafan ini..
andai bibir tak terucap kemaafan..
cukuplah sekadar hati mu memaafkan mu..
ku syg shbt2 ku kerana Allah..lillahi

ciptaan Allah :)


subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar..
Allahumma solli ala Muhammmad waala alihi wabarik wasalim..


gmbar pilihan bulan ini..comel kn ^^,




Tuesday, November 26

jgn malas! jgn putus asa!!

salamunalaik..

huh...
mencabar duk rumah nie..
MALAS
dianggap musuh tp diikutkan jga..erkk

lawan..lawan
fight!!
fight!!


















minta shj apa2 pekerjaan kosong yg ada, i'allah ada rezeki nnt..
kata2 ma terngiang2 kat telinga

memang hajat dihati nak smbung belajar dlm pendidikan
tp KPLI dah lama tutup..
salah satu harapanku apply Diploma Pendidikan..
buka web page awal september...
tiada apa2 iklan..
tup..tup..
buka penghujung bulan september..
tarikh permohonan ditutup..
sedih..tp xboleh dilayan..
pasti ada yg terbaik Allah telah caturkan buatku..

mmg xputus2 memohon/apply kerja..merata2..
except sabah sarawak

alhamdulillah
bukan tidak syukur mendapat dua panggilan
tapi bukan comfirm lagi..
1 exam SPA
1 lagi, temuduga guru sekolah men islam hidayah skudai

exam 30nov (kuantan), temuduga guru 29nov (skudai)
hanya mampu ku katakan pada pihak sekolah, ku mohon ditangguhkan tarikh temudugaku..
harap2 diterima..

.........................................
other story..

one day..got a message from k.long (kakak nisa' kawasan)

salam nurul..
boleh x nk lantik nurul sbg ketua amerah.?

tidak ku balas (hanya subhanallah dpt ku ungkap)
seharian aku tidak balas lagi msgnya..
tenangkan fikiran..dan berfikiran positif..
diikutkan aku baru lagi dalam amerah..
mmg pernah join tp dijohor..
kawasan2 kemaman dan sahabat kemaman tidak ku kenal lg..
bagiku, bukan jawatan ku kejar..
aku perlu belajar banyak lagi...
menjadi ketua amerah kemaman bukan lah satu yang mudah..
ku lihat bgaimana seniorku berjuang untuk kawasannya..
perlu kekuatan..
sokongan keluarga yg memang ber'background'kan Pas
ku lihat senior2 muslimatku yg lain..
kadang2 rumah dikorbankn untuk meeting dan usrah..
ya..aku belum mampu lagi..

ku reply msg nya dengan tenang
salam kak..berat tanggungjawab sebagai ketua..
banyak lagi perkara yang perlu saya belajar dan pelajari..
biarlah sy bermula dari bawah dahulu.. :)

alhamdulillah..jwpn ku diterima dgn tenang

ya, sy ingin mengenali tempatku lebih mesra lagi..
andai kata rezeki ku ditempat lain..
i'allah, intima' ku pada jemaah terus ku perjuangkn..
i'allah..Allahumma Aminn..

----------------------------------------------------------
alhamdulillah,
baru2 nie one more my big sister engaged..
mabruk ^^, blaja make budu ye pah nie :P


Friday, November 8

hijrah...

bismillahirrahmanirahim..

allahumma solli ala muhammad wa ala alihi wabarik wasalim..

HIJRAH..

satu perkataan yg amat bermakna buat insan yg benar2 ingin berhijrah..

terkandas??

mesti semua yg berhijrah tidak mahu mereka terkandas..

termasuk diri ini..

namun...

DIA lebih mengetahui...

sifatku...

pemarah dan penyimpan perasaan marah (xtahu nk tulis perkataan apa yg lebih sesuai)

masih belum dpt diubahkan..

Allah, izinkan hambaMu ini memiliki sifat penyanyang dan sabar yg tinggi..

berazam dan bertekad utk mengurangkan sifat mazmumah(pemarah) ini..

Allahumma aminn..



smlm, hadir meting nisa' kwsn..

unit 3N ditaklifkan kpdku sbg leader..takziah buat diriku..moga aku beramanah dlm menjalankan tanggungjwab ini keranaNya..

1st hasil kerja after bergelar graduan..segala adobe dah xde dlm laptop..hanya gna publisher...




Ya Allah,
Engkau Yang Maha Mengetahui,
aku bermohon padaMu dengan rasa rendah hati ku, 
hambaMu yg hina ini memohon agar Engkau
memimpinku ke jalanMu yg diredhai, 
mendidikku menjadi hamba yang bersyukur, bertaqwa dan 
menjadi insan yg solehah
kepada kedua ibu bapaku...
salam maal hijrah 1435H..
dikira ikut kalendar islam mmg umur dah 25 tahun, apa yg telah aku habiskan masa umurku? :'( 

Monday, November 4

konvo!!!!!

Allahumma solli ala Muhammaad waala alihi wabarik wasalim..

Ahlan wa sahlan tahun baru 1435H ^^,

Alhamdulillah,
bru dpt berconteng lagi...

sebelum ni busy dengan final exam, student nk spm, marking paper dll
+++ preparation for greatest konvo (err, greatest la sangat)

sebelum ke dewan...

alhamdulillah, i'm offically graduated as Chemical Engineer..aminn...
even xla sehebat shbt2 lain, blh dikatakan it's hard to me finish this course..
selalu jga risau, blh ke aku abiskn on time..
bab on time kte crite lain kali...

sementara menunggu aboh solat :)

msa awl tahu dpt result dh blh grad ada jga suarakan yg nk p sorang je, 
xnk susahkan famili,
yela, xde duit poket lg nk berjalan kemana2..
tetapi, dibantah..huhu..

alhamdulillah, Allah permudahkan dan memurahkan rezeki,
dpt jd cikgu jap (cita2 ku)

ada la sikit semangat nk ke konvo ni (padahal xde pun, disebabkan famili beria2, kita pun geng la sekali..)

alhamdulillah, selamat sampai utm dan selamat pulang ke kampung halaman semula..
4 days there not enough for me..
sangat rindu utm..tmpat tarbiyahku..

apa2 pun ku perlu teruskan perjuangan berkhidmat pada ibu bapa ku :)

ke poyo-an di tengahari di hotel ktgb :P

moga ku dpt berjumpa dengan shbt2 ku disana lg..
love u all..(xde plak gmbar)

Saturday, October 5

kerja bukan alasan futur!

Allahumma solli ala Muhammad waala alihiwasobihi wasalim..

KERJA BUKAN ALASAN UNTUK FUTUR!!!

tersentap aku bila terbaca status seorg shbt muslimat yg mna aku kenalinya mmg aktif di kwsan shah alam..

aku??

mmg boleh dikatakan agk lama akut tidak berusrah.
nma telah dihantar kpd kwsn..
tapi..
smpai skrg tiada apa2 panggilan..

menunggu bulan jatuh ke riba???
tidak??
aku bukan menunggu org panggil bru mahu pegi, tp tiada apa2 mklman apa usrah yg dijalankn..

adakah usrah kawasan mmg hanya utk KELUARGA YG SEMEMANGNYA SUDAH 'PURE' PAS?
bgaimana dgn kami yg ditarbiyah dari kampus, balik ke halaman masing2 yg mana mmg tiada ahli keluarga yg menyertai jemaah pas...
tiada usaha untuk memahamkan amilin2 keperluan mereka di kawasan setelah mereka tamat belajar..
adakah hnya diperlukan masa pilihan raya shj???

SEDIH?
ya agak sedih,
melonjak hati ini utk ke kampus semula..
ingin bergerak kerja disana..
namun, bila di ingatkan akan tanggungjawab sbg seorg anak, aku padamkan kesemua impian utk berjauhan dari keluarga buat sementara waktu..
smpai bila aku sendiri pun tak tahu...

Mencari2 halaqah ilmu..
entah mengapa di group2 daerah kosong dengan hebahan majlis ilmu..
hati meronta-ronta kesedihan..

KU TERUS BERSABAR...

agak excited apabila mendapat tahu ijtima' akan dia adakan..
smpailah ke hari ini, masih buntu untuk memberi atas alasan apa ke sana..
sejak diketahui diri ini menyertai 'pas', abah agk tidak suka..
ku dengar perbualan mereka tentang 'kerajaan negeri tidak akan memberi "hadiah" pada pengundi Pr'
dia seakan2 kecewa yg anak dia seorg ini seorg pembangkang..
ku terus bersabar...

MOGA KU MAMPU HADAPI HALANGAN2 INI.
MOGA AKU BUKAN DIKALANGAN AMILIN YG FUTUR!!
AMIN YA RABB...


Kisah di Sekolah...

Melihat kerosakkan remaja2 di sekolah hati ini lebih sakit dengan kerajaan yg sedia ada...
Kejyaan akademik di asah2kan , namun pembentukkan aklak tiada sama sekali..
Pelajar yg pintar terus pintar, pelajar yg terkebelakang terus ke belakang..
Allah..bgaimanalah generasi akan dtg..
Tidak hairan jika ada segelintir ibu bapa tidak menghantar ank mereka ke sekolah..
Adalah lebih elok mereka belajar di rumah..

Mungkin tips kpd bakal ibu bapa,
ambilah sedikit waktu untuk meninjau2 sekolah yg terbaik buat anak2
bukan ku tidak setuju membiarkan ank2 belajar di rumah, namun mereka jga perlu di asah utk bersosial dgn org sekeliling...bersosial dgn cara yg dibenarkan dlm Islam..


PMR sedang dijalankan ...SPM bakal tiba..

ku masih mencari cara yg terbaik utk pelajar ku membuat karangan yg baik..
mungkin pelajar kelas hadapan tidak menjadi kerisauan ku..
ada segelintir pelajar di kelas agak belakang menjadi kerungsingan..
'cikgu, semua n xperlu belajar la..nnt nk kerja bkan guna pun semua ni'
salah seorg dr mereka meluahkan...aku bertambah kesal dgn mentaliti sebegini telah diterapkan dlm fikiran mereka...
moga dibukakan pintu hati mereka agar lebih mencintai menuntut ilmu..
amin...

Saturday, September 21

unstable...

allahumma solli ala muhammad waala alihi wasobihi wasalim..

teaching is not easy like a b c
but
teaching needs you teach what is a, what is b and what is c..

actually,
that is not i want to tell,

minggu lepas amat menguji ku sebagai guru kelas..
jika sebelum ni masalah gejala sosial hanya dikhabarkan di dada akhbar
tapi
berlaku pada student ku..
agak kecewa kerna pada awalnya pelik knapa ada yg bertnya tentang student tersebut..
eskny bru tahu apa yg terjadi..
dan esknya pula buku register kelas is missing..
tension :(

ujian buatku di tempat baru..
dan pada awalnya ku dikhabarkan perkhidmatan smpai hujung bulan ini shj kerna kekurangan peruntungan kerajaan negeri,
namun
alhamdulillah
sebelum cuti minggu bru ni aku dikhabarkan semula perkhidmatan disambungkan smpai bulan 10 @ habis persekolahan..


dlm keadaan unstable, keputusan yg dilakukan kdang2 tidak boleh diterima..
namun, Allah masih sygkan hambaNya agar terus belajar dr kesilapan..
Allah dtgkan ujian dan sesuatu perkara itu utk hambaNya mengambil iktibar..


p/s : dh jadi cikgu bm ni ntah xtau nk conteng ape.. :P

setiap hujan yg turun pasti ada pelangi yg akan menceriakan..bila? biarlah Allah yg tentukan..
doa itu senjata mukmin...


Saturday, September 7

cikgu cikgi akak :)

Allahumma solli ala Muhammad waala alaihi wabarik wasalim...

Alhamdulillah..dpt juga menconteng setelah lama membiarkannya...

Alhamdulillah, diberi kesihatan yg xternilai dariNya sehingga hari ini..alhmadulillah..

lepas semua umat Islam menyempurnakan kewajiban berpuasa pada bulan ramadhan, kmi sekeluarga tidaklah menyambutnya seperti org lain...cukup melakukan apa yg kebiasaan seperti sebelum ni...

rumah??
lagi lah. xhias pun.
sbb time tu berkemas2 untuk berpindah rumah...
mmg agak kosong..
seperti biasa aboh akan memecut beraya di kuantan dan di temerloh sekali..dalam satu hari shj..
anak2 dia nie dh terbiasa la..
cuma kali ini along je la xde...dia beraya diKL dulu...
tahun nie along, thn depan??
hmm...aku plak la jadi anak sulung dlm rumah..
besar tanggungjwb sbg anak sulung..

abis raya seminggu, malam yg esknya buka persekolahan, aku dapat panggilan..
cam biasa la..kalau no xkenal mmg xkn angkat..
sekali msg masuk..
panggilan dr ppd (pejabat pendidikan daerah)..pegawai guna no sendiri..ciss
esk pagi awk daftar di SMKA Al-Falah, nnt tolang print surat dari ppd bw ke pejabat sekolah..
huh..mmg kabut la...bru nk btau esknya dah kne daftar..dah la printer xde...xprepare apa2 pun utk masuk kelas...
pagi2 lagi dah ada depan kedai printer..kak, bukak xlg kedai?
nk print ke? mengangguk..masukla..
alhamdulillah...

nk pendekkan cerita..kna mengajar bahasa melayu tingkatan 4 dan 5..
nmpak senang..sebenarnya tak!!! sebab next week nya dah nk trial ...
kesian mereka..
aku tawakal..mohon pertolongan dariNya..

pada 1hb baru ni, kmi berpindah ke rumah baru..
penat jga..xabis lagi pening di sekolah..berpindah pula ke rumah baru...
nasib baik x jauh..dekat je...
cuma kalau dulu rumah agak berhampiran dengan pusat bandar, kali ni agak jauh sikit..
dalam 20minit baru sampai..
xpelah...syukur sbb dah lama kmi menyewa, kali ni aboh ngan ma dapat jga memilikki rumah sendiri..
alhamdulilah..kmi adik beradik xmerungut pun dibesarkan didlm rumah yg kecil.. :)
tp seminggu sebelum berpindah muhammad hamidi demam panas..makan ubat xkebah2..
2 kali pergi hospital...kali ke2 tu sikit lagi darahnya mencapai tahap utk ditahan dihospital..
mcm2 ikhtiar keluarga dah buat..
buntu jga..ku berikhtiar mohon doa dari shbt2..
kerna ku punyai shbt2 yg baik dan solehah, ku mohon doa dari mereka..
alhamdulillah, seminggu lepas tu muhammad hamidi dah boleh ke sekolah

kiranya dh tiga minggu jd guru ganti
dan dlm minggu nie, bru tahu tahap keupayaan kebanyakkan pelajar tingkatan 4..
ada diantara mereka xmahir dlm menulis..
cuba untuk mencari alternatif lain utk mereka..
mohon doa dariNya..
agar dipermudahkan...

nampaknya cikgu nurul kna mengajar smpai peperiksaan spm la.. :)
apa2 pun kne prepare subjek kimia dan fizik pula pas ni :P
masa first2 perkenalkan diri, banyak tersasul guna panggilan akk utk diri ni..dah terbiasa dlm usrah, dlm kelas pun usrah jga kan ... ^^,



Friday, July 26

menconteng diramadhan...

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wasalim

Alhamdulillah..
lebih kurang sebulan dah berada dirumah..hmm..semalam dapat berbuka puasa dengan famili besar belah ma di kuantan...huh, mmg ramai, ingat xsempat sampai..jem teruk..org ganu kate jem kreng...hehe..terpaksala makan sambil beribakan si edy...apa xnya, mmg kemestian tiap kali berbuka puasa beramai-ramai, pasti kedai ikan bakar jadi tumpuan..kteorg mmg on je la sbb pakcik izan n isterinya(makcik ayu) yg belanje.. :P
abis semua makan dan solat semua bersedia nk balik,
"brape lme lg blaja?" soal makcik ayuku
"dah abis, tengah tanam anggur sekarang nih" aku tergelak2..
la..makcik ayuku sambut " kalau camtu cik ayu nk 2kilo anggur" ..kmi tergelak sama..
ma yg dengar perbualan kami, " bibi ni duk umah mmg, mcm dipam2...dia duk jauh je jd kurus sikit"
huhuhu...
mmg dah jd kebiasaan, term 'tembam, berisi' ditujukn pada ku...mmgku xnafikanlah...nk turun berat badan dalam sebulan dua baru boleh turun... kalau nk naik, erm 3 hari cukup la...haha..
tp kali ini, mmgku jga betul permakanan..xmkn bnyak dan manis...sbb ku teringat akan program ziarahku dengan skuad ameerah bersama k.anis..mmg majority org melayu meninggal disebabkan penyakit 3 serangkai..(kencing manis, darah tinggi, kolestrol)...mmg kematian Allah dah tentukan...dan penyakit itu menjadi asbab sahaja..namun, Allah xperintahkan kita menzalimi diri badan kita sendiri..
so, mmg tiap kali makan, sekepul nasi je yg akan ku ambil..

hari ni dapat tengok result penuh..
alhamdulillah..berakhir pengajian ju di utm..alhamdulillah walau dalam kelas kedua(rendah) aku tetap bersyukur...apa xnya, bagai nk apa ambil kos nia ~_~... alhamdulillah, at least dpt satu sijil dekan utk sem lepas..ada la juga kenangan..xmcm org lain berkeping2...kte 1 keping pun dah cukup ^^

pernah cakap kat ma xpayah lah dtg konvo nnt..bibi bukan pandai cam angah pun..
ma ckp xkisah...ma ngan aboh nk pergi jga..dalam hati, agak kecewa jga sbb anak dia yg sorang ni xdpt perform yg baik dalam u...boleh dikatakan perform ku jatuh time SPM lg... :'(
xpelah, yg lepas, sudahla..
move forward ya!!! jadikan yg lama itu sebagai pengajaran dalam hidup...

stop sini dulu ...dah lme sngat xconteng kat blog..nex time pula... :)



Tuesday, July 2

done with jpj test ^^

allahumma solli ala muhammad, wa ala alaih wabarik wasalim...

alhamdulillah..
impian ku untuk berdaurah di baitul qura' tercapai..
walaupun pada mulanya terpaksa bermusafir seorang diri (kalau diikutkan dari segi hukum, muslimat perlu ditemani mahram atau shbt2 perempuan yg thiqah utk bermusafir)
kali ini, aku tidak putus utk memohon keampunan dariNya atas kekhilafan membuat keputusan utk bermusafir seorang diri..
bila bertembung 2 perkara yakni mudharat dan haram..
haram terhadap individu dan mudharat akan menjejaskan keturunan keseluruhannya..

kerana menuntut ilmu fardhu ain itu wajib, dan jika tidak menuntutnya rosaklah keturunannya..
ada perbahasan yg lain lagi seperti haram seorg perempuan melalui dan berada di dalam masjid, namun apabila ada talaqi ilmu fardhu ain, wajib baginya menuntut ilmu tersebut....

mmg daurah kali ini agak berbeza dari yg sebelumnya..
boleh dikatakan aku telah berada dalam kalangan minority..
dalam kurang 10 org y berumur 23-25..
70 peserta daurah muslimat yang lain dalam kalangan umur 19-22 tahun..
asal je nak perkenalkan dir, aku pasti mulakan dengan 'akak'

seperti mana yg pernah ku tulis sebelum ni, campak la kat mana2 pun jasad ini, insyaAllah pasti boleh berdikari..alhamdulillah..

huh..kalau cerita mmg xabis..tp mmg best kat sana..

....

last but not least
1/7/2013 jam 12.00 test bahagian 1..
dalam litar..
cikgu2 lain risau , dan mereka tanya..
ada buat kelas x sebelum nk retest ni..
aku jwb 'xde'

dalam hati, ya allah permudahkannya..bukan aku yg berhak kawal kereta ini, Engkau lah yg sebenarnya menggerakkan kereta ini..

alhamdulillah lulus!..
cma kene tunggu lesen siap baru dapat balik kampung..



what i planned after this, hmm
xde jwpan lagi..yg penting nk balik dulu :)




Wednesday, June 12

parking oh parking...

syukur, 10hb bru nie dah melalui test jpj...alhamdulillah..

tapi...
.
.
.
.
parking fail!!!

hihi..terlanggar tiang..kenapa??
gelabah sbb masa nk masuk parking bru perasan kaki xsampai nk control clutch dengan sempurna
xtengok kedudukan tayar betul x b4 reverse
konfius kne pusing berapa kali disebabkan dah lme xmain dlm litar selepas ambil QTI b4 exam..

mmg kne datang johor la nmpak gayanya..
bru je set xnk dtg johor dah..hmm

kita hanya merancang, Allah yg tentukan segalanya..
bersangka baik yang luar biasalah pada Allah..ingat tu Ashra!!!..

nnt dtg just repeat yg parking je..i'allah lepas daurah..
doakan ^^, 


best jga sebenarnya, sbb dpt berborak dengan chinese perempuan yg dia pun fail parking..
alhamdulillah, even berniqab, chiniese tu xrasa kekok pun utk berbual dengan ku..dia pun nervous jga time buat parking ^^, 
moga Allah permudahkan urusan dia jga..amin..


Saturday, June 8

4th year with a lot of stories..

 ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻭﺍﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﺍﺟﻤﻌﻴﻦ


alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
syukur tak terhingga ku panjatkan padaNya..
alhamdulillah, setakat nie johorlah paling jauh tempat ku merantau
dan paling lama..
walaupun since dari form 1 duduk hostel..

tak tersangka tamat jga pengajian..
moga segalanya baik sahaja dan i'allah dengan izin Allah bakal grad bulan 10 nnt..
i'allah..i'allah..

masa nk face final exam sempat lg ku menjadi fasi kepada anak2 soleh dan solehah..
pada mulanya agak keberatan ingin menyertai, tp tiada apa yg dapat dibalas jika dibandingkan ilmu yg diberikan oleh mudir pondok kami .

ya, kami yg berlainan backgroud alhamdulillah sangat gembira berada dalam satu keluarga pondok..
walau pada hakikatnya keadaan pondok masih dalam pembinaan, dan masih memerlukan peruntukkan yang banyak...i'allah kem ini akan dilanjutkan utk mencari dana pada pondok namun objektif utama utk melahirkan anak soleh dan solehah yg benar2 soleh dan solehah tidak akan lari..

yg  paling best time pru..
bru ku tahu kebanyakkan akak2 dan pakcik2 dipondok sebelumnya ini bukanlah penyokong dan pendokong Pas sebenarnya..ada dikalangan mereka sebenarnya ahli kuat Umno..namun semuanya boleh berubah setelah memdapat kefahaman yg jelas..
berbekalkan ilmu aqidah yg dipelajari, mereka yakin akan perjuangan gerakan islam ini..
alhamdulillah..sangat seronok mendengar kisah hidup mereka..

ya, perjalanan hidup ini sangat mencabar..andai tanpa ilmu yg benar maka lemaslah kita dengan tipu daya dunia.

anak soleh yg comel

suka tengok gelagat si comel ini..

nk kenal sy?? nama saya adam maarif..
ini kali ke2 join kem..

adam ini yg paling memikat hatiku..bru shaja berumur 7thn..
perwatakan yg baik dan pandai manage diri sendiri tnpa bantuan org lain..
kecuali kalau ada baju kotor, dia akan letakkan dlm pastik dan bersedia utk  bagi pada ummi (isteri ustaz)
'ummi, ummi..ini baju'...seronok tengok dia..

ank yg soleh lahir dari ibu bapa yg soleh dan solehah..

melihat dan bersama mereka hilang segala masalah yg ada dlm fikiran..


i'allah bakal beruzlah dua minggu di melaka bermula 13 jun..
kemungkinan besar ke sana seorg diri..
sungguh, kalau diikutkan muslimat tidak digalakkan bermusafir seorg diri tanpa mahram
moga allah ampunkn dosaku ini atas niatku ingin menuntut ilmu mu..ameen..
doakan agar selamat smpai dan pulang nnt..


p/s : agak kabut utk mengemas kertas2, report2 yg perlu complete dan test jpj 10hb nie..doakan ^^,

Tuesday, June 4

....



everything is clear..
hasbunallah wanikmal wakil..
mugkin selepas ini, perkara yg dapat mengembirakan hati adalah menyertai 
program bersama adik2 kecil..

biarlah semuanya menjadi rahsiaNya..
mengakui, aku sudah penat memikirkan hal itu lg..
hanya DIA tempat ku berserah segalanya..

usahaku berdoa padaNya..

kami bagaikan satu keluarga ..alhamdulillah..
suka duka kami dikongsi bersama..

Saturday, June 1

inni akhafullah..



inni akhafullah :'(

o Allah, please guide the truth path ..

Wednesday, May 29

bertarung..




sudah hari yg kelapan...bertarung dengan paper final..
moga ia menjadi kafarah dosa2 ku..ameen

Thursday, May 23

contengan di petang hari..


Alhamdulillah, ini mungkin last celebration di utm...syukrn jazakumullah pada sahabiah2 raudhah yg tercinta..
sungguh diri ini banyak kelompangan dan tidak mampu menjadi sahabat yg terbaik..
syukur ya Allah Engkau kurniakan aku sahabat2 syurga..

Alhamdulillah..

diri ini telah memasukki umur 23..cakap seorg shbt, dah dewasa..haha..ye ke??
cm budak2 lagi adalah... :P
moga Allah menjagaku dari fitnah dunia..

Muslimah itu bukanlah seperti bidadari ainul mardhiah, secerdas kekasih Rasulullah yakni aisya humaira, dan tidak seperti khadijah yang sanggup berkorban segala-galanya...dan seperti srikandi-srikandi yang lain..

Tetapi
muslimah itu cuba menjadi seperti mereka...
walaupun pada hakikat disekelilingnya bukan dipenuhi hembusan embun pagi yang senantiasa menyegarkan taman-taman bunganya, tetapi dikelilingi padang pasir yang amat gering dan memerlukan titisan-tistisan air hujan untuk tanah itu untuk kembali segar dan berusaha mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan hijau dan bunga-bunga yang akan memberikan pandangan yang begitu indah...




/#/ : bakal pulang sempena pernikahan kakak sulung..entah, mcm susah lak nk bg kakak kat org lain...ye la, ketaatan seorg wanita akan beralih selepas berkahwin...dan kemungkinan juga, my 2nd sis will have her wedding next year? xpasti lagi..apa yg dpt ku katakan padanya, usah lama2..

Sunday, May 19

rahmatilah, berkatilah, dan redhaillah






Sampai suatu ketika nanti,
Nafasku terhenti,
Apakah yang akan berlaku?

Sampai suatu saat nnt,
tiba waktu jemputan dari Ilahi,
Apakah diri bersedia pergi?

Allah, Allah, Allah..

Ku ingin bertemu denganMu
Dengan pengakhiran yang baik..

Ameen ya Rabb..


Ya Allah, Engkau rahmatilah, berkatilah, dan redhaillah umurku ini.. ameen :'(
sungguh, hari ini terasa amat sebak..

Tuesday, May 14

mencari kekuatan..


Hidup ini..
Rintihan demi rintihan..
Dalam jatuh..bangun muhasabah
Mencari KEKUATAN DIRI.




terlalu lama tinggalkn kuliah.. :(
bakal menghabiskan study..
adakah berpeluang ke majlis ilmu bersama sahabat2 syurga lg..
beratnya nk tinggalkan..sob3


Wednesday, May 8

alhamdulillah..

1hb...
sedih juga nak meninggalkan shbt2 muslimat yg diamanakan oleh ketua utk kmi bergerak dibwh satu kawasan. segala pahit manis sbg pic muslimat sedikit sebanyak mengajarku erti sabar..sabar yg berganda..
bertambah dengan final year yg boleh dikatakan malam kami adalah hanya utk discussion..

walaupun sebelumnya agak sedikit sedih disebabkan terpaksa mengorbankan rutin malam utk menadah ilmu kitab, tp apa maknanya hanya menuntut tp tidak mengamalkannya...bukan untuk mendabik dada kerna kaki menuntut ilmu, tak sama sekali..ku akui, kejahilanku yg menuntutku agar menadah ilmu2 agama agar apa yg ku lalui dan apa yg ku landasi kini adalah benar dan tidak mudah luntur jika dikecam dari sedut mana sekalipun.

tepat selepas asar, bersalaman dengan shbt hatiku tersentuh...ya allah, permudahkan urusan shbt2 ku dan permudahknku sampai ke destinasi utk ke sambung akan perjuangan ini...aku tekad, tibanya ku di kampung, bukanlah utk aku beristirehat..tp membantu sedaya upaya ku selagi hari itu masih lagi berbaki..ya 5 mei..


esknya...
shbt kawasan meminta ku memaklumkan pada kawasan tentang kepulangan dan kebersediaan ku utk bertugas..
pagi itu DIA mengujiku dengan keberadaan ayahku dirumah...ustaz, sahabat semuanya memasukki panggilan telefon dan satu pun tidak ku angkat..memandangkan rumah agak kecil, segala percakapan mesti akan didengari..
maaf, ana xdpt angkat..

alhamdulillah, selepas zohor mendapat mesej dr k.long, sahabat ameerah yg akan menjemputku di rumah..memang dari dulu, utk melancarkan ku turun ke kwsn , ku pinta agar ada muslimat yg menjemputku dari rumah agar ibuku (ma) percayai dengan siapa ku bersahabat.

kelisa merah melintasi depan rumah, lagi specifiknya, kereta merah yg ada bendera P** memasukki kuarters kmi..
errr, dalam hati..ya allah, engkau lindungi ku...
mungkin ketika itu, ma yg biasa menunggu di depan rumah, agak terkejut akan kedatangan kereta itu..
tapi ku biasakan..salam sebelum pergi..

ku pinta k.long menghantarku pulang kira2 bila nak masuk magrib..ku tahu rutin makcik2 di kuarters pasti duduk bersembang lagi ketika itu..walaupun pada asalnya ingin berada di bilik gerakan sampai malam, atas nasihat yg dikenali pok mat, dia memintaku pulang memandangku statusku anak polis.(i'allah, doakan moga dibukakan pintu hatinya)
setibanya pulang kerumah.. "bibi pergi kempen ye?" ma bersuara.."x..hanya buat kerja sikit" ku memberi penjelasan..ku tidak mahu berselindung dengan ma..ku tahu, ma tidak boleh terima anaknya menipu..."ma tak kisah, cma bibi masih belajar...kna jga2 diri..ma takut nnt jd apa2...kerja nnt susah"..
hati ku mengiakan apa yang diperkatakan ma...benar, kebanyakkan ibu merasakan susah hati jika anaknya membuat kerja2 ini..
"i'allah ma, xde apa"..ku yakinkan pada ma..

keesokkannya lagi, ku meminta izin utk keluar ke tempat sama...ma tidak menghalang..alhamdulillah, syukurku padaMu ya allah...


ntah, pada hari keberapa ma minta ku fikirkan baik2 siapa yg perlu ku pilih..mungkin ini pesanan dari aboh..ini maknanya aboh dah tahu anaknya ini ahli P**??
ku terdiam..

5hb..
mlm sebelumnya telah ku minta izin dari ma yg aku akan bertugas esknya..dan xpasti akan pulang jam berapa..ma izinkn..
aina, junior senegeri dari kampus utara dan aku ditugaskn menjaga khemah atau pondok panas..ya, pondok tersebut lebih kurang 500 meter dari rumah..
memang pada awalnya tidak menyangka dapat bertugas sampai ke tahap ini..maklumlah, ank kerajaan kn :P

tapi sudah ku maklum pada ma, bukan lah politik semata2 ku perjuagankan...yg mana menolok al-quran dan sunah itu memang terang2 ku TOLAK! kita memilih parti yg memang meletakkan al-quran dan assunah sebagai perlembagaannya..dan PAS adalah jemaah itu..mungkin bnyak lagi ingin ku perkatakan pada ma, tp hanya itu lah yg ku katakan dahulu sebelum berangkat utk memulakan tugas..ma terdiam seperti memahami..

agak maghrib juga menunggu keputusan di upu sendri..kali ini alhamdulillah, pada saluran tua dan pertengahan Pas menguasai...kmi meminta pulang dahulu sebelum mengetahui saluran anak muda..

alhamdulillah, mendapat msg dari k.long yg upu kami menang besar jika dibandingkan dengan pru12...lebih2 lagi saluran anak muda yg majoritynya agak besar..namun, di dun kami bukan hanya ada satu upu, terdapat dalam 8 hingga sepuluh lagi upu...dan lebih dari separuh upu yg berada di felda-felda..yg, dun kami kalah dengan biru...namun, kmi mendapat berita, saluran anak muda kesemuanya pr menguasai..alhamdulillah, mungkin DIA meminta kami bekerja lagi untuk menyampaikan kebenaran pada mereka..I'ALLAH..!

pada malam menunggu keputusan di tv3 (mmg tv3 suku, sbb lambat sangat, whatapps jgak cepat), aboh pulang dari menjaga pusat pengundian dan pengiraan.."mesti bibi pangkoh PAS",abohku bersuara..."mestilah" jawabku dalam senyuman..

alhamdulillah, kini tiada rahsia lagi dalam keluarga..kini ku istiharkan 'Saya adalah ahli Pas'..alhmadulillah..


p/s : agak mencuit hati bila ayah sedara kirimkan beberapa helai baju yg ada nama N****, mmg famili xperlawa pun utk saya mengambilnya :P









Sunday, April 28

rutin..



 rutin ku ...
sakit sendiri, rawat sendiri..
sentiasa memperingatkan diri, andai ada kelopangan dalam persahabatan,
kesalahan itu datang dari diriku sendiri..

ini bukan masanya utk ku menyimpan apa rasa yg kurang baik terhadap sahabat..
mereka adalah sahabat dunia dan akhiratku..
ketika ini , perjuanganNya perlu ku fokus kan..

moga dipermudahkan urusan sahabat2 ku yg ikhlas memperjuangkan agamaMu ini ya Allah..
ameen ya Rabb..
doakan utk ku jua..


nota kecil : : :hujung minggu nie dpt bergerak kerja dengan shbt yg biasa2, bkn ditarbiyah dikampus..
tapi mrk sedia membantu..
ada yg bertanya, A brape, aku terus menyampuk..
kak, mane ada A... :)
oh, A dlm spm la..haha..kmi cover2 kn diri..haha..

moga Allah memberikan istiqamah pada mereka( rina n najidah) utk membantu perjuangan ini semata-mata mendapatkan redhaNYA..





Thursday, April 25

Friday, April 19

meow..






minta maaf yea kalau sy ada buat salah dan silap T_T

kadang-kadang dalam bersahabat, xsedar kita ada melukakan hati mereka..
perasaan bila ia x semesra seperti biasa..
maafkn ku shbt..
terlalu bnyak kekurangan dan tidak sedar akan kesilapan yg dilakukan..

ya Allah, rahmatilah dan lindungilah sahabat2 ku..