Tuesday, March 27

sharing a lyric again ^^,


just sharing lyrics ^^,

MCDBJ

Bila yang tertulis olehNya engkau yang terpilih untukku
Telah terbuka hati ini menyambut cintamu
Di sini segalanya kan kita mula
Mengukir buaian rindu yang tersimpan dulu
`Tuk menjadi nyata dalam hidup bersama

Selamat datang di separuh nafasku
Selamat datang di pertapaan hatiku

Izinkan aku `tuk mencitaimu
Menjadi belahan di dalam jiwaku
Ya Allah jadikanlah ia pengantin sejati
Di dalam hidupku…(izinkan aku)

Wahai yang dicinta telah kurela
Hadirmu temani relung hatiku
Simpanlah jiwaku dalam do’amu
Kan kujaga cintamu
Wahai yang dicinta telah kurela
Hadirmu temani relung hatiku
Simpanlah nafasku dalam hiudpmu
Kan kujaga setiamu

Apapun adanya dirimu
Ku `kan coba tuk tetap setia
Begitu pula pada diriku
Terimalah dengan apa adanya

Friday, March 23

aboh..ayoh...abah...waliq..abi.. ^^,


Sanah helwah to my lovely DAD aka ABOH.. ^^

Date of birth : 22nd march 1961
Place : Kuala Tembeling, Pahang

Hari ini ulang tahun kelahiran ayah ku yang ke 51…merupakan anak yang ke3 (like me…hehe)
He is like other ordinary men.
Even , his knowledge about religion is not like other father, he is not ‘menghalang’ me involve anything what ever I like to do..especially I’m starting change be good muslimah… ye ke..:P
He is ordinary person but in my heart he is my hero..i hope he will be a better father guidance our family to jannah..INSYAALLAH…I’M VERY LOVE HIM

Thursday, March 15

Beruntunglah Dikau Wahai Lelaki Soleh

Setiap lelaki mempunyai tanggungjawab yang besar di dunia...
Memimpin wanita menuju ke syurga...
Namun sedarkah anda lelaki soleh mempunyai ganjaran yang sangat besar di Syurga kelak...
Ganjaran yang tiada tolok banding kenikmatannya...
Sekiranya anda mengamalkan "Ammar Ma'ruf Nahi Mungkar"

Maka berbahagialah wahai lelaki soleh...
Bidadari Syurga menanti anda...
Sebagai isteri di Syurga...


Wahai lelaki soleh, tidakkan anda sedar Bidadari Syurga itu :-

Matanya bak jeli laksana permata yang tersimpan baik tidak terusik
Kulitnya putih seakan-akan telur burung unta yang tertanam elok didalam pasir tidak ternoda
Usianya yang sentiasa remaja tidak tua makan dek usia
Sekiranya anda memeluk bidadari tersebut anda akan dapat melihat wajah anda sendiri di pipi bidadari tersebut yang lebih bersih dari cermin
Bidadari ni juga suci lagi menyucikan. Mereka tidak ada tempoh 'cuti' atau period.
Dalam diri mereka penuh dengan cinta dan kasih sayang hanya untuk anda wahai lelaki soleh.
Mereka hanya akan membuaikan ucapan cinta yang tidak pernah anda dengari dimana-mana
Penglihatan mereka terjaga hanya untuk melihat anda. Tidak ada lelaki lain yang pernah melihat mereka selain anda.
Mereka sentiasa menundukkan pandangan mereka yang hanya khas untuk anda
Wangi nya tubuh sang bidadari ibarat, sekiranya mereka menampakkan diri ke bumi nescaya antara bumi dan langit dipenuhi bau wangian dari tubuhnya..
Andai mereka mengeluarkan telapak tangannya diantara langit dan bumi, nescaya semua makhluk akan terpesona dengan keindahannya.
Sekiranya wajahnya pula ditunjukkan maka kecantikannya akan menerangi antara langit dan bumi.
selagi mereka tidak berjumpa dengan anda, mereka akan sentiasa mendoakan anda semasa anda di dunia




"Ya Allah tolonglah dia dalam menjalankan agama, hadapkan dia dengan hatinya untuk taat kepada-Mu dan sampaikan dia kepada kami, demi kemuliaan-Mu waha Tuhan Maha Penyayang di antara semua orang yang penyayang"





Subhanallah,ya Allah indah nya ciptaan Mu untuk lelaki soleh...

"Tahukah anda wahai lelaki soleh, jumlah bidadari yang di ciptakan untuk seorang lelaki soleh sekurang-kurangnya dua orang bidadari sebagai isteri." ( HR Bukhari 6/230,232 dan Muslin 2834)..


Ada juga hadis yang menyatakan jumlahnya mencecah 72 orang untuk setiap lelaki soleh..

"Wahai lelaki soleh ingatlah di Syurga anda akan dilayan sekurang-kurangnya 80,000 orang pelayan dan 72 orang isteri." (Hadith Abu Sa'id Al-Khudri r.a).

Sekiranya isteri anda di dunia tidak patuh pada arahan anda setelah anda mendidik nya dengan baik maka, isteri anda di syurga akan mendoakan kecelakaan terhadap isteri anda didunia tersebut.

Tidak kah anda mahu bidadari syurga seperti itu.Yang diciptakan khas untuk anda.

Kenikmatan yang anda miliki di syurga, tidak akan sama kenikmatan di dunia bersama isteri anda.

Malah lebih hebat lagi kenikmatan nya bersama isteri anda di syurga kelak...

Berusahalah wahai lelaki untuk menjadi lelaki SOLEH.

Kerana anda perlu berjumpa dengan isteri anda sang Bidadari Syurga yang telah Tuhan ciptakan khas untukmu.

Sesungguhnya cemburunya wanita dunia dengan Bidadari Syurga yang lebih sempurna untuk anda...

- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nur Maria merupakan seorang graduan UKM dan kini bekerja di Bank Islam. Beliau berkongsi karya di lamanhttp://www.mariacamelya.blogspot.com.

rabbana hablana....

Bismillahirahmanirrahim





Kelu sebenarnya…
Tapi ku cuba sedaya upaya…
Kerana secara kebiasaannya aku pantas sekali mentafsir seseorang
Tapi kali ini…entah…mungkin aku terlalu mengfokuskan hal lain..

Wahai insan yang bakal menjadi pemimpinku
Usah khuatir apa yang telah diputuskan
Selagi mana doa tidak pernah putus dipohon kepadaNya…
Selagi itu ikatan ini terus berkekalan..insyaallah

Izinkan aku mempersiapkan diri
Menjadi suri muslimah penyejuk mata kepada orang disekelilingnya…

Monday, March 12

alhamdulillah...berjalan dengan lancar..



alhamdulillah...hari ini kali ke2 handle program bijaksifir kaedah sifutaj....walaupun kali ini berseorangan tanpa sahabat lain, tapi ana amat bersyukur dapat berkerjasama dengan En.Syahiid dan Pn.Siti Hafsah. walaupun kami sebenarnya tidak pernah bertemu mahupun membuat perjumpaan untuk berbincang sesuatu, tp flow hari menunjukkan kami tiada masalah untuk berkomunikasi...

Pada awalnya agak sedih sebenarnya sebab Ustazah Nurul(isteri kepada sifutaj)tidak turut serta dalam program ini kerna bertindan dengan program syarikat Qulhaq di Melaka...agak kekok untuk berinteraksi bersama dua orang lelakim yang bekerjaya (SifuTaj dan En.Syahiid)pada awalnya, tetapi sebelum Pn Hafsah hadir, ana meminta sahabat untuk temankan...

Alhamdulillah. sedikit demi sedikit hilang rasa kekok (bahasa biasa agak segan)...sebenarnya memang tidak mengetahui akan menjadi salah satu fasilitator, dan memang ana menyediakan bahan-bahan untuk siapakan assignment ^^
last-last, the whole program starting 9am until 5pm i be one of the fasilitator in this workshop...

whatever, i go through with my pleasant...^^
alhamdulillah, sambil-sambil menjadi fasi, ana dapat belajar macam mana sifu menggunakan kaedahnya untuk mengajar adik adik ini...

dan sepanjang tempoh program ini, ana amat teruja dengan sikap adik-adik ini...lebih menggagumkan ana seorang adik lelaki berusia 8tahun kalau tidak silap amat cekap menggunakan sifir...subhanallah...

setiap program yang ana sertai pasti adik-adik ini tidak terlepas memanggil ana ustazah...tapi xpelah, dan ana memang berusahan menggunakan ana sebagai akak agar mereka boleh menerima teguranjika kiraan sifir mereka salah...

penat juga, tapi bila melihat karenah mereka rasa sangat terhibur ^^

syukran jazakillah kathiran pada yang membantu :)

Tuesday, March 6

you are created for me..






usaha dan tawakal...andai itu yang tidak disukai selepas diijab kabul..cubalah untuk menjadi yang terbaik sekarang..
















p/s : masih belum habis menonton video2 diatas..insyaallah setiapnya akan diulas mengenai apa yang telah disampaikan..

Monday, March 5

internships @ LI ?




Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi
Wa Sallim...

selawat dan salam keatas junjungan baginda Muhammad s.a.w , keluarga baginda dan para sahabat-sahabatnya...


applying the internships area kemaman and kuantan...

sedikit sebanyak amat merisaukan hati...mendengar pengalaman-pengalaman seniorku yang berLI disyarikat besar amat mencabar apatah lagi seorang muslimat yang akan berkecimpung di area plant2 yang besar...

ada yang kena memanjat plant, control the processing and so on...huish, kalau tersilap sikit abis la jawabnya.. :P

baru-baru ini ada sebuah company yang reply my application, but she said in progressing...berharap sangat dapat tempat tu, sebab try search kat internet...last-last jumpe blog seorang sahabat yang pernah berLI di situ..menurut penceritaan dan pengalamannya, agak terjaga suasana disitu..bak kata sahabat 'suasana biag solehah tu ada kat tempat ni'...insyaallah

moga2 dpermudahkan syarikat tu memproses agar dapat berLI disitu...ameen ^^,

Sunday, March 4

payahkan berlaku adil??


diambil dari : www.iluvislam.com


Sepasang adik-beradik yang merupakan seorang Dr. Pakar Otak dan seorang Dr. Falsafah Pengajian Islam pengkhususan Fiqh dan Usul berdiskusi setelah lama tidak berjumpa.


Dr. Pakar: Kenapa murung sahaja, ada apa-apa masalah?

Dr. Falsafah: Tidak ada apa-apa, sedang fikir mengenai sesetengah golongan yang berpendapat Islam dan ilmu-ilmu khusus seperti pengeluaran fatwa dan penghuraian dan pentafsiran terhadap al-Quran dan hadis tidak wajar diekslusifkan kepada para sarjana dan ulama yang berlatar belakang ilmu Islam sahaja.

Dr. Pakar: Apa yang menjadi masalahnya?

Dr. Falsafah: Memang diperakui Islam adalah agama yang inklusif, namun ilmu-ilmunya yang cabang, bermula daripada Ulum al-Quran, Usul al-Tafsir, Ulum al-Hadis, Fiqh dan Usul al-Fiqh memerlukan disiplin yang khusus dan ketat bagi memahami dan beramal dengannya, justeru tidak wajar bagi ilmu-ilmu ini dibincangkan dengan sewenang-wenangnya dan menyebabkan salah faham kepada sumber ilmu Islam dan Islam itu sendiri.

Dr. Pakar: Ya, saya juga berpendapat dengan kamu. Perkara-perkara asas tidak wajar dieksklusifkan, namun bagi ilmu-ilmu khusus pastinya ia memerlukan suatu disiplin pengajian dan pemahaman yang panjang dan memakan masa. Sama juga seperti doktor perubatan yang pakar dalam bidang yang khusus, seperti saya dalam bidang otak, makanya saya pakar dalam penyakit otak. Bukan sahaja orang awam, malah dr-dr junior dan bukan pakar dalam penyakit otak wajar menghormati kepakaran dan pendapat saya.

Dr. Falsafah: Itulah, saya harap mereka menghormati saya dalam mendapatkan pendapat dan fatwa agama sebagaimana mereka menghormati kamu apabila mereka mahu otak mereka dibedah oleh kamu.


Dr. Pakar: Tapi itu tidak bermaksud si pakar sentiasa betul, kadang-kadang mereka boleh sahaja melakukan kesilapan.

Payahkah berlaku adil?

Pada pendapat saya, apa yang paling penting adalah adil dalam menyokong dan menentang. Sikap yang wajar diambil pula; apabila kita rasa berada dekat dengan kebenaran tidak semestinya orang lain semua salah, dan apabila orang lain salah tidak semestinya kita betul.

Ulama perlu diperakui, dihormati kealiman dan ketokohan mereka dalam disiplin dan pengkhususan pengajian mereka, namun dalam masa yang sama tidak dapat tidak kita tidak boleh nafikan sumbangan barat, so called orientalis dalam memberikan perspektif baru kepada sudut pandang Islam dan ilmu-ilmunya yang menyebabkan umat Islam perlu bekerja lebih keras bagi mengatasi mereka. Ini adalah suatu perkara yang positif.

Perlu difahami, pembahagian ilmu fundamental Islam hinggalah kepada ilmu-ilmu cabang tidak lepas daripada dua bahagian besar ini. Menurut Prof. Dr. Syeikh Yusuf al-Qaradhawi dan ulama-ulama semasa dengannya ia terbahagi kepada dua iaitu:
1. Ilmu Riwayah
2. Ilmu Dirayah

Ilmu Riwayah adalah umum kerana skop perbincangannya adalah lebih berkisarkan sejarah, susur galur, proses, teknikal dan sebagainya.

Perkara-perkara kulit dan illmu ini saya fikir tiada masalah sesiapapun mahu membincangkannya.

Bagi Ilmu Dirayah yang memfokuskan mengenai tafsiran al-Quran dan hadis, istinbat hukum berdasarkan keduanya ditambah dengan pengalaman dan fatwa (atsar) para sahabat Rasulullah, tabien, tabi tabien dalam menginstinbatkan sesuatu hukum, pastinya memerlukan seorang yang pakar dan tinggi ilmunya sementelah dalam Islam, maqam bagi seseorang digelar ulama itu sangat ketat syaratnya.

Ala kulli hal, hakikatnya, bagi merealisasikan sebuah praktikaliti dalam sebuah plural civil society sebagaimana di Malaysia, ulama harus ditampung profesionalis dan profesionalis harus dibimbing oleh para ulama. Saling melengkapi.

Bak kata Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor, "Memprofesionalkan ustaz dan mengustazkan profesional."

Saling melengkapi dan saling bergantungan antara satu sama lain demi dakwah Islam.


p/s : pada pandangan yang biasa ini, setiap manusia perlu bersederhana dalam kehidupan....menurut seorang ustaz, 'berada ditengah-tengah' tapi bukan bermaksud berada diatas pagar....yang dimaksudkan tidak terlalu melebihi dan tidak terlalu berkurang...setiap manusia ada kekurangan dan kelemahan..dan inilah perlu dilengkapi dalam sesebuah kelompok..

Namun harus diingatkan, persederhanaan bukan juga bermaksud tiada pendirian...boleh bersatu tetapi bukan membentuk perpaduan pada yang tidak menjadikan Quran & Hadis sebagai perlembagaan utama dalam sesebuah sistem..

will continue ulasan : 'Ilmuan agama dan Profesionalis' ..insyaallah

perkenankan...insyaallah..

"Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku." [Ibrahim ayat 40]


Semoga Allah mengurniakan kepadaku isteri dan zuriat keturunanku yg mampu menyejukkan mata, mendinginkan hati dan juga mententeramkan jiwa, insyaAllah..





“....Carilah bakal ibu untuk anak-anakmu, bukan hanya semata-mata mencari bakal isteri buatmu. Apa yang pernah kita lakukan pada hari ini akan menjadi punca yang memberi kesan kepada anak-anak kita nanti. Anak yang baik akan lahir dari ayah dan ibu yang baik.”

Sungguh beruntung seorang LELAKI memiliki CINTA PERTAMA seorang WANITA. Dan sungguh beruntung seorang WANITA memiliki CINTA TERAKHIR seorang LELAKI...

Wallahualam..sekadar perkongsian

Friday, March 2

teSt over dA liFE

Selawat keatas junjungan baginda Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat-sahabatnya yang dijanjikan syurga...

"cukuplah Allah bagiku", "kurniakanlah kami husnul khatimah dan matikanlah kami dalam Islam" merupakan zikir yang ringkas yang boleh kita amalkan...

dan beristighfarlah , kerna dengan senantiasa beristighfar insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan tanpa jalan yang tidak disangka-sangka...

dan kuatkanlah hati mu dengan melazimi qiamullail...insyaallah, insyaallah...segala pasti tetap hanya keranaNya...

selangkah demi selangkah mara kehadapan mengharungi perjalanan hidup ini, terlalu banyak yang dapat dipelajari..

bebarapa kisah hidup telah ku selami dan hayati...subhanallah...ternyata ujian setiap hambanya amat berlainan setiap hambaNYA tidak mengira beriman atau sebaliknya..

tetapi bersyukurlah andai ujian itu lebih mendekatkan kamu kepada penciptaNYA...

Allahumma ya Allah...


"...Sesungguhnya semakin seseorang itu kuat iman dan taqwanya, pasti akan semakin besarlah juga ujian dan dugaan yang Allah kurniakan buat dirinya.."

Bukan tanda Allah sengaja ingin membebankan dirinya, namun Dia mahu hambaNya itu semakin hampir dan erat denganNya. Kerana itulah Allah meletakkan pelbagai ujian yang getir dan berat kepada kekasihNya iaitu Para Rasul dan Ulama' sebagai tanda kasih sayangNya..

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."

[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

"...Diujinya dengan musibah dari Allah Ta'ala bukan tanda dibenciNya.. Diberinya nikmat dunia juga bukan tanda dikasihiNya.."

Sesungguhnya musibah dan nikmat itu adalah bentuk Ujian Allah Ta'ala.. Semakin 'hebat' seseorang itu disisiNya, semakin hebatlah juga ujian yang diberikan kepada dirinya..

Maka beruntunglah sesiapa yang sentiasa diuji dan diduga, kerana itulah tanda Allah sedang mengasihinya..