Saturday, April 21

doa..


ameen....

Isteri Solehah (STUDIO VERSION)


repost...

sudahkah menjumpainya...
andai belum, teruskan mencari..usah berputus asa...
andai sudah adakah dia benar-benar akan menjadi milikkmu?
walaupun antum mencari muslimat yg solehah yg bakal mencari ibu kpd anakmu nnt,ingatlah..bahawa muslimat tersebut terlalu banyak kelemahan sebenarnya...perlu banyak menuntut ilmu....perlu banyak belajar mengawal emosinya...yang pasti semua itu perlukan bimbingan yang sudi membimbingnya nanti dengan ikhlas....insyaallah, semua itu telah ditentukannya...semuanya terletak pada usaha dan doa para pecinta itu...

wahai pencari cinta bahtera...wahai nakhoda yang bakal mengepalai bahtera itu...
usah terlalu melihat luarannya kesolehannya sahaja...kenalinya dengan rakan-rakan disekelilingnya...lebih tepat daripada keluarganya...
dia juga seperti wanita yang lain, yang banyak kelemahan...mungkin kerana pemakaiannya begitu, ramai yg memanggil mereka@dia 'muslimah'..
'muslimah' itu pada asalnya bukanlah seperti yang disangkakan....jika dibandingkan antara kapas dan arang, sebenarnya hati 'muslimah' itu seperti arang....walaupun pada luarannya tampak putih seperti kapas...hatinya tidak seperti kapas itu wahai syabab...

wahai pencari cinta sejati...
tetapkanlah hati...
usah gundah dengan ketentuanNya...
namun, usah membiarkan waktu berlalu begitu shj...usaha, doa dan tawakal perlu seiring..
ilmu, persiapan juga perlu di cantikkan...secantik syurga yg diidamkan..

dan ingatlah,
muslimah itu bukanlah seperti bidadari ainul mardhiah, secerdas kekasih Rasulullah yakni aisya humaira, dan tidak seperti khadijah yang sanggup berkorban segala-galanya...dan seperti srikandi-srikandi yang lain..

tetapi
muslimah itu cuba menjadi seperti mereka...
walaupun pada hakikat disekelilingnya bukan dipenuhi hembusan embun pagi yang senantiasa menyegarkan taman-taman bunganya, tetapi dikelilingi padang pasir yang amat gering dan memerlukan titisan-tistisan air hujan untuk tanah itu untuk kembali segar dan berusaha mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan hijau dan bunga-bunga yang akan memberikan pandangan yang begitu indah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isteri Solehah (STUDIO VERSION) (<------klik pada link ini utk mendengar lagunya)

lagu nie, dikenalkan oleh k.ummu...best...thanks kak ^^,

lirik lagu
Dalam doaku mencari-cari

Wajah kasih suri hidup ini

Namun masih belum ku temui
Kasih hati cinta hakiki

Rindu hati ingin berjumpa
Siapa dia isteri solehah
Teman hidup dikala duka
Ubat tawar dua jiwa

Ya allah kurniakanlah padaku isteri solehah
Temani tika gelisah
Merawat hati yang gundah

Tidak ku tagih setia hawa
Jua rindu bagaikan laila
Yang ku harap terima seadanya
Setia cinta isteri solehah

jauh di lubuk hati seorg muslimin ingin isteri yang solehah, dan jauh juga di lubuk hati seorg muslimah inginkan suami yang bukan sahaja yang soleh tapi merupakan seorang rijal pada agama....kerna cinta yang berputik bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata tetapi cinta ku pada nya hanya kerana Lillahitaa'la..... ameen ya rabb


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara dua pasangan…mengertilah bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya ana akan berusaha semampunya untuk membahagiakan calon imamku kerana walau apa yang berlaku, calon imamku tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang diperjuangkan kini…keberitahuan segala hal ini terlebih awal kerana tidak ingin terjadi kekesalan jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal calon imamku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga pasti ada senda guraunya..dan pasti juga perselisihan itu akan berlaku....



Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, insyaallah akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..ana tidak mengharapkan calon imamku seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika calon imamku sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan ana menerima risikan kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.

Cukup bagiku mencintainya dalam diamku.....


Sunday, April 15

i'm not ustazah..



Quote from FB : TUDUNG LABUH LITUP

Kisah benar yang terjadi pada seorang rakan facebook kita. Baru terjadi Februari 2012.

"Bulan lepas saya mengikuti kursus motivasi agama selama dua hari. Saya sebagaimana biasanya mengenakan tudung biasa yang ringkas, tapi masih lagi menutup aurat, masih tutup dada dengan baik. Pada hari terakhir kursus tersebut, habis sahaja sesi yang pertama, dalam keramaian hadirin tiba-tiba saya terpandang satu kelibat. Orangnya kecil molek dan bertudung labuh.

Hati ini tiba-tiba rasa kuat tertarik dengan kelibat tersebut. Seakan-akan dari susuk tubuh tersebut menghasilkan aura yang sangat kuat. Cukup untuk menggamit hati saya untuk menyelidiki siapakah gerangan orang itu. Dalam kesibukan hadirin yang berhimpit-himpit, saya cuba menyelit untuk mendekati beliau. Akhirnya, saya nampak beliau tengah pakai kasut, lepas tu pergi macam tu sahaja. Rasa sedikit hampa kerana tidak berjaya untuk menghuraikan persoalan 'siapa' dengan lebih lanjut.

Sesi kedua kursus bermula, saya langsung tak fikir lagi atau ingat tentang orang misteri tadi. Sedaya saya cuba fokus pada slot kursus. Slot motivasi yang disampaikan betul-betul terkesan di hati, lantas jiwa wanita ini tidak lagi mampu menahan takungan air mata dari terurai jatuh ke pipi. Cepat-cepat saya mengelap air mata dan mengalihkan pandangan ke sebelah kiri.

Saya tergamam. Allahuakbar!

Ada someone di sebelah kiri saya. Kelibat yang saya nampak tadi. Kelibat yang sama. Kecil bertudung labuh dan yang paling memeranjatkan saya adalah rupanya saling tak tumpah seperti saya. Seiras dan sama! Seratus percents!

Bezanya, beliau memakai cermin mata dan wajahnya redup berseri-seri. Sehingga terpacul dari bibir saya "Subhanallah..sucinya wajah." Badan saya terus menggigil dan saya menangis tersedu-sedan dalam dewan tanpa mempedulikan mata-mata yang melihat.

Dua minggu lepas tu, hati ini nekad.

Saya berhijrah. Dari tudung biasa ke tudung labuh. Tambah pelik, rupa-rupanya dulu saya ada buat pemeriksaan mata di hospital tapi mungkin saya lupa dan minggu lepas doktor call inform saya ke sana untuk mengambil cermin mata yang telah siap. Sekarang, bila saya lihat ke cermin, sayalah gadis yang bercermin mata dan bertudung labuh tempoh hari.

Saya bukanlah pelajar sekolah agama atau dari aliran agama. Tudung labuh yang menggantikan tudung biasa ini, bukan hanya sekadar tudung labuh. Tetapi lebih dari itu, ia adalah hidayah dari Allah SWT. Bukan sahaja menggantikan penutup kepala saya, tetapi juga hidayah Allah ini menghadirkan suatu perasaan baru dalam jiwa saya, yakni perasaan untuk lebih mencintai Allah. Hebatnya hidayah Allah ini. Allah.."






sejarah lama...

dulu...sme cm org lain...tudung?? biasa je...siap silang lagi..nk lepaskan ke bawah? xde maknanya...nakal kn...memang selalu je DIA mencampakkan dalam hati nie perasaan malu...tapi, degil...sekejap je...lepas tu jadi biasa balik...

sama sekali tidak mahu salahkan mereka...ya, walaupun jika ditakdirkan tidak menutup aurat ini tidak menjadi satu kesalahan pada famili(nauzubillah min zaliq)....namun, DIA masih mencampakkan perasaan itu pada hatiku...malu..pada peringkat pertama diperkenalkan dgn seorang kakak yang sangat baik...masa tu baru form 1...Allah, malu sgnt, sbb bnyak snagt dosa-dosa lepas....nk jadikan cerita sebenarnya takut nak masuk asrama masa form 1...yela, kene solat..terukkan...hari-hari sebelum mendaftarkan diri kat asrama tu, punyalah susah nak hafal doa qunut..dengan bacaan solat lain terumbang-ambing..subhanallah...jahilnya ketika itu (sekarang pun sme jga ssb bnyak lagi ilmu yg xtahu)...alhmdulillah nasib ku baik sbb kakak tu sudi jadi sahabat...banyak mengajarku ketika itu...kira form 1 terjaga sikit sebelum berpindah ke sekolah lain masa form 2..

form 2? kamilah senior yang paling tua dalam sekolah tu...sekolah baru buka time tu..ada form 2 dan form 1 shj..xde nk guide kami...berlalu lah 2 tahun disana dgn ntah ape2 perangai..but, sangat bersyukur DIA masih memeliharaku dari terjebak perkara2 yang tidak diingini..cuma nakal je la...

setakat nie, pemakaian ku macam biasa..tudung bawal, tudung biasa2 dikedai..even bertukar sekolah masa form 4 pun biasa lagi..sekolah nie ada la senior...ntah, alergic pada senior time 2 sangat2 tinggi..ditakdirkan masa form 5 dilantik s/u BADAR(badan agama dakwah dan rohani)..sangat2 memberontak...nk kata banyak berlakon pun ada...
ditakdirkan ke KMPh...terus boikot term naqibah, usrah, surau ke...semua yg seerti dgnnya...'berlagak' kononya...nk jadi kn citer, pada sem 2 hati yg kosong nie diajak oleh Ketua Blok (ketika tu jadi s/u) join usrah dia...mmg nk dekat abis sem..tapi itulah..perancangan DIA..tetap memeliharaku walaupun ketika itu menjadi hmba yg sombong..kata ustazah sana menjentik hati ku 'menutup aurat bukan sekadar menutup atas dan hadapan..tetapi paras nya sama di tepi dan belakang juga..dan afdhal memanjangkan tudung dibelakang kamu'...'kamu di u nnt cari shbat2 baik..cari persatuan islamik..sbb disana kamu mudah terpengaruh..pilihan ditangan kamu sendiri'..
melihat sahabat2 naqibah lain tunduk sayu mendengar kata2 ustazah...aku??? ya aku kena berubah...

>>bukan dalam planning pakai tudung bidang besar pun masa pendaftaran...sbb ada masalah terpaksa labuhkan tudung tu...alhamdulillah, masa pendaftaran ramai akak bertudung labuh menegurku...alhamdulillah rupanya tidak bersendirian...ya, bertekad untuk berubah ^^,kira2 dah dua tahun setengah mengenakan tudung labuh litup...insyaallah Dia membantuku untuk istiqamah dan memerlukan pembimbing untuk terus membimbing sampai ke syurgaNya... --> berkat bersahabat dengan sahabat yang baik..


sahabat ke syurga

Saturday, April 14

ceriakan hati ^^,


disebalik senyuman itu pasti ada maknanya

sama ada memang gembira
senang hati
ada prihal yang mencuitkan hati

namun ada juga yang mengukir senyuman kerana
merawat hati

merawat hati yang
resah
sedih
sakit
marah

tapi sebenarnya, tiada salah kalau kita meneruskan senyuman itu walau dalam keadaan mana sekalipun hati ini
insyaallah, kerana andai kita menyenangkan insan lain disekeliling kita akan kembali dapat merasai nikmat itu...

Thursday, April 12

jst a small thing..




Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu perkara kebajikan, (salah satunya ialah) walaupun kamu bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang menyenangkan.


senyum membuatkan hati menjadi tenang dan gembira,dan juga boleh membuatkan org lain turut berasa gembira dan senang hati

Tuesday, April 10

alhamdulillah...

alhamdulillah...pagi td buka email dapat reply dr sebuah syarikat...
Rex Plastics Snd Bhd....di Shah Alam..
bUt still not reply yet the acceptance...
my mum just said, 'ok dah tu...sama dalam bidang ambil kat u kan'..
call kawan dia dapat department lain...tp syarikat sama..erm, confusing yo make decision... :(



Monday, April 9

the favourite since i'm child ^^,

watching the cartoon...hehe...asal cuti sekolah mesti bangun awal tengok citer karton...entah la..xleh tinggal sampai sekarang....someone said that, the person who likes watching the cartoon actually she/he is creative...its? but me not :P





barbie is one that i love most...banyak lagi :)
patutla perangai cam budak2 nakal...

Sunday, April 8

from fb..Raudhatul Jannah (Taman Syurga)


~✿>> Carilah bakal IBU untuk anak-anakmu, bukan isteri buatmu..apa yang pernah lakukan pada hari ini akan menjadi BAJA yang menyuburkan/merosakkan anak-anak nanti, anak yang soleh akan lahir dari ayah dan ibu yang soleh dan solehah..

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan SUCI BERSIH. Ibu bapalah BERTANGGUNGJAWAB mencoraknya anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” ♥(Bukhari dan Muslim)♥

:: Anak itu dilahirkan dalam FITRAH, maka didiklah dia mengikut ACUAN Allah iaitu ISLAM ::

Saturday, April 7

brotherhood


Bismillah...........

dakwah dibangun oleh ukhuwah,

tanpa ada rasa egois, yang ada hanyalah rasa saling menyayangi dan mengerti,

bukankah karena ukhuwah bahu ini menjadi lebih kuat menahan beban dakwah?

bukankah karena ukhuwah kaki ini menjadi semakin tegar melangkah?



sungguh ironis sahabat

kita sibuk menyerukan dakwah kesana kemari

pikiran sibuk bergulat dengan permasalahan dakwah

namun terkadan sikap kita mendzalimi saudara seperjuangan kita



bukankah kita saudara sahabat?

bukankah kita sama-sama berjuang di jalan-NYA?

bukankah mimpi kita untuk tegaknya Islam pun sama?

bukankan beban dakwah ini pun kita pikul bersama?



Allah memerintahkan kita bersikap lembut pada sesama muslim

apalagi saudara seperjuangan kita di jalan dakwah

saudara yang sama-sama menyeka peluh setelah kerasnya berjuang

saudara yang sama-sama berjalan menyusuri kehidupan dakwah



ukhuwah itu tidak akan menyakiti sahabat

ukhuwah itu tidak mendzalimi

ukhuwah itu rasa kasih sayang yang pernah pudar

ukhuwah itu lisan yang tak pernah henti mendoakan saudaranya



Ukhuwah itu menguatkan

bukan saling meyudutkan



Ukhuwah itu toleransi

Bukan saling berperasangka buruk



Ukhuwah itu menghargai

Bukan saling MENYALAHKAN!

Yaa Allah

Engkau mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta kepada-Mu

bertemu dalam taat kepada-Mu

bersatu dalam da’wah kepada-Mu

berpadu dalam membela syariat-Mu

Yaa Allah, kokohkanlah ikatannya

kekalkanlah cintanya

tunjukillah jalan-jalannya

Penuhilah hati-hati ini dengan cahaya-Mu yang tidak pernah pudar

Lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepada-Mu

dan keindahan bertawakal kepada-Mu

Hidupkanlah hati kami dengan ma’rifat kepada-Mu

Matikanlah kami dalam keadaan syahid di jalan-Mu

Sesungguhnya Engkaulah Sebaik-baik Pelindung dan Sebaik-baik Penolong

(Doa Rabithah)

Thursday, April 5

Tuesday, April 3

frendz...

sahabat..'sahabat' sebenarnya mengenalkanku kepada DIA...yang Maha Pencipta...mungkin tanpa 'sahabat' diriku dihanyut dengan tipu daya dunia....alhamdulillah



Sahabat......
Ingatlah.....kemesraan terjalin antara kita.......
Sedarlah.......kebahagiaan......kejayaan kita kecapi bersama......

Sahabat.......
Sabarlah......dugaan yang melanda merencam jiwa.......
Tabahlah.......segalanya.......itu hanya bukti kesetiaan kita.....

Ketika......kesunyian.....engkau menemaniku di kala resah.......ku pasrah.....pada Allah.......dan tanda kasihku yang abadi.....

Hanya dirimu.... selama ini....menjadi....teman sejati....kerana...ukhuwah yang terbina.....ooo...

Ikatan ini... ikatan suci......yang terjadi atas namanya.....bersama hingga ke akhirnya.....oooo....