Tuesday, January 31

tidak mampu mengukir senyum

apabila melihat sesuatu yg xpasti, senyuman tidak mampu ku ukir dibibir..
terlalu banyak pengalaman yang dikutip, yang diambil dari kisah kehidupan orang lain menyebabkan senyuman itu sukar untuk diterjemahkan..
retorik? tidak, senyuman itu tidak mampu menipu..
kerna hati dapat menilai senyuman yang diukir itu..

ku harap, senyuman ku ini dapat diukir kembali
oleh insan yang amat rapat dengan ku setelah ahli keluarga ku
moga dia tabah mengharungi segala ujian hidup ini

akak, kamu seorang wanita yang amat kuat, cekal dan tabah
kisah kehidupanmu amat mengajar erti sebenar hidup ini..

harap sangat kamu sihat walaupun pada hakikatnya kamu tetap seperti itu..
air mata ku tidak dapat menahan ketika berinteraksi denganmu..

~sesungguhnnya setiap yang beriman itu akan diujiNYA~


Sunday, January 29

cinta dan rinduku makin membara..



sesudah satu perkara dilaksanakan, masih ada lagi satu perkara perlu ku selesaikan...ya, menuntut ilmu!!! yakni ilmu yang paling wajib pada diri setiap muslim itu.... walaupun pada hakikatnya aku tidak mampu menahan titisan airmata dan sebak ketika berbicara dengan ibuku....

redhaMu insyaallah membawa ku ke syurga nanti...akan ku cuba sedaya upaya bersama-sama kalian di syurga jannah nanti.... walau ku tahu ku patut pulang seawal mungkin, tapi apa yang ku lakukan bukan untuk kebaikan ku sahaja, akan tetapi aku cuba bermusafir untuk mencari/menuntut ilmu.....ya, bukan untuk ku shja..akan tetapi untuk keluarga ku, masyarakat dan paling utama untuk ISLAM ini sendiri....

ma (Ruziah bt Abd Razak) dan aboh(Md Rosly bin Ani) , redhai lah apa yang anakmu ini lakukan...aku amat dan tersangat mencintai dan merindui kamu...

ibuku yg sedang mengangkat tangan

aboh, panggilan dari kami..garang ke?? hehe..hatinya lagi lembut dari anak-anak perempuannya

Ya Allah, kasihani dan redhailah kedua ibu bapaku...kasihani mereka sepertima mereka mengasihani ku sejak dari kecil sampai kini aku dewasa mentaati perintahMu...amenn ya rabb

ana wa anti/ta




merasai sakit, sedih, gembira bersama-sama dengan sahabat...

saya adalah kamu
kamu adalah saya
kami adalah satu ruh
yakni dalam satu jasad




'uhibbukifillah abada abadan jilul08'


Sunday, January 22

nex step..


melangkah walaupun berat..

Saturday, January 21

seorang pendakwahkah aku?


Diriku ini tersangat tidak sempurna,
Rasanya baru tersekian diriku terasa,
Kerana tingkah hambamu disana,
Seorang daie kah aku?
Mencari pahala mentarbiyah manusia.

Begitu mudah hati ni merasa,
Tersentuh tatkala kemahuan diri tidak dituruti sama,
Bukankah menjadi seorang da'ie itu perlu bermujahadah,
Itsar sebagai senjata utama kekuatan ukhuwah.

Namun diriku bukan begitu,
Masih ada karat jahiliyah yang bersisa dalam jiwa,
Belum! Belum cukup hebat diriku,
Hati ku belum mampu ku sucikan seperti sesucinya hati kekasihMu.

Sukar sekali menerima ketentuanNya terhadapku,
Mungkin belum cukup tarbiyah pada diri,
Sehingga perasaan cinta dunia masih menebal dalam diri,
Di manakah silapnya pentarbiyahanku?

Memang aku bukan an-nisa’ hebat atau muslimah luar biasa,
Memacu kuda dimedan dakwahNya,
Apalagi untuk digelarkan mujahidah,
Yang amat jauh untuk aku mengapainya!
Akan dengan secebis ilmu,
Ku ingin berkongsi akan indahnya keagunganMu.

Mengenang murabbi kita mendidik kita,
Dengan kesungguhan dan kebijaksanaan mereka,
Aku bangga, biar syukur sahaja datang bertamu,
Dan kekuatan muncul untuk meneruskan pentarbiyahanku,
Disisi Allah aku pasrah akan segalanya,
Dan syurga itu adalah ganjaran RahmatNya buat pejuangNya



the old mat...



alhamdulillah...
Allah menjenihkan fikiran dan hati ini

insyaallah, mungkin perkongsian di dua laman ini
tidak akan dikongsikan segala rasa isi hati
dan keyakinan tempat pengaduanku
hanyalah padaMu Ya Rabb
~syukur kerna Engkau masih menyayangiku Ya Allah~

Friday, January 13

speechless????

in heart..


adhock ke sana ....

alhamdulillah.....

sampai juga di pantai batu layar untuk kali ke-2
entah, macam-macam perasaan ada
gembira, sedih, rindu dan segalanya...

tapi, apa-apa pun
gembira bersama sahabat...
ke'excited'an kami disambut dengan angin senja yang kuat...

..........................................................................................................

sempat kami bergambar bersama-sama
kebanyakkan sahabat akan menjejakki last sem utk sem hadapan
sepertinya, hati mengetahui betapa sunyinya utk kami pada tahun hadapan..
sunyi melakukan gerak kerja bersama-sama...

pelbagai perkara telah di lalui bersama..
sejak diri ini mula di usrahkan oleh seorang kakak senior ku,
ku mengetahui
perjalanan hidup seorang hamba Allah bukan semata-mata kehidupan biasa
aku menerima ia secara perlahan...

ya, sakit, benci, geram, dipulau, dicaci...
tidak akan lari dari diri seorang yang ingin membawa panjiNya

dan mereka akan ditapis dari satu tahap ke tahap
dimana, adakah kamu bersedia dan mampu untuk melangkah ke peringkat seterusnya
dimana mehanah dan tribulasinya bukan sekadar sanggup di pinggir bibir
tetapi kamu merasainya sendiri....

adakah aku bersedia menepuhi semua itu??
subhanallah....subhanallah...subhanallah
sesungguhnya aku hanya seorang an-nisa yang lemah di akhir zaman ini.....

Thursday, January 12

selawat tafrijiyyah


moga dipermudahkan segala urusan dengan izinNya..insyaallah...

Sunday, January 8

amin ya rabb...



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Selawat dan salam keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga baginda dan sahabat-sahabat baginda



"Rabbana hab lana min azwajina wa dhuriyyatina qurrata A'yunin waj'alna lil-muttaqina imama"

~Begitulah hakikat seorang yang beriman. Pabila nikmat menyapa, syukur pasti di kata. Andai ujian datang menduga, redha itulah ubatnya~






Friday, January 6

feeling in this week


Subhanallah walhamdulillah wala illaha illallah allahuakhbar…

Allahu Rabbi….rindu sangat pada keluarga saat ini….

Segala rasa ada ketika ini…tak mampu untuk diluahkan…..

Hanya Engkau sahaja yang mengetahui…

satu-satunya hero kat umah

Apa yang best bila balik rumah…

Nak tahu sangat perkembangan Edy (MUHAMMAD HAMIDI) . first time bila masuk sekolah baru..

Macam-macam cerita baru Ma cerita…

Jalan kaki sorang-sorang balik rumah…(jauh jgak sekolah tu dari rumah…sampaikan aboh tak tahu nk cari kat mana… “sape lah yg ambil edy nie..nk menangis aboh di buatnya….” ….aboh walaupun mukanya tampak garang tapi hatinya sangat lembut :)


2nd nak cerita semuanya pada ma…

Allahu Rabbi, allhamdulillah Allah masih bagi padaku tempatku mengadu yg ke2 selepasNYA…

Iaitu Ma..(ibuku yg tak pernah putus-putus harapan membesarkan anak-anaknya)

Walaupun ibuku hanya orang-orang biasa tapi jauh di sudut hatinya, dia ingin melihat anak-anaknya lebih baik darinya….


3rd nk jmpa shbat2 kawasan…

Rindu nk jmpa mereka ^^,

Thursday, January 5

Budak kecil berbicara bab kawin



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mas kahwin vs Hantaran

Tak guna belajar bab fiqh munaqahat tinggi-tinggi sebelum kahwin jika ahli keluarga majoritinya tidak memahami mengapa perlu buat sedemikian dan tidak boleh atau elakkan buat sedemikian

Masing-masing ingin menegakkan merekalah yang benar…..

“zaman sekarang mana main sikit-sikit nie…org main puluh-puluh ribu dah” aku tergamam

“nk jemput org nie. org tu erm, kira-kira seribu jga la undangan”

“akad kita buat kat sini, majlis kat kat sana”…aku mengeleng-geleng

Kakak ku dah lama memendam air matanya…(bergenang di kelopak matanya)

Aku bersuara “aki, aboh, ma….err, kalau boleh kita kurangkan…along ngan bakal pasangan tak mampu nak cari sebanyak tu…

Ibu ku diam…aku kembali menyambung tentang kepentingan keberkatanNya sebelum/semasa berumah tangga

Pada mulanya seperti dapat menerima, tetapi

“xboleh, harga sekepala dah ni..ni.. ni….barang sekarang mahal”…

Apa lg yg boleh aku tolong kakak ku…

Semalam dia mesej untuk dinasihatkan dan macam mana nk bg tahu family yang mereka berdua tak mampu nk dapatkan sejumlah wang itu….

Moga apa yg aku nyatakan padanya dpt menenangkan dan berfikir secara jernih…

“Kita yang merancang bagaimana walimah itu hendak diadakan” kata2 ku kepada along

Apa-apa pun ujian sebelum perkahwinan (merancang , merencana, menguruskan) adalah kecil jika ingin dibandingkan dengan ujian semasa alam rumah tangga nanti….

Sekadar coretan, sebab masih lagi mencari jalan yang terbaik untuk along, kakak ku

Semoga dipermudahkan urusan k.long ku dan abg rafi (tunang k.long)

Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا

Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)

Dalam sebuah hadis lain :

Ø®َÙŠْرُÙƒُÙ†َّ Ø£َÙŠْسَرُÙƒُÙ†َّ صَدَاقًا

Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)

Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا
Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)





~Erm, time-time exam nie leh pulak fikir sal masalah munaqahat nie…adush….study2 ^^, ~

Wednesday, January 4

Aku Cuma An-Nisaa (entering 2012....)



Ya Allah..

Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah

Sehingga dirinya digelar afifah solehah

Dialah wanita pertama

Tiada ragu mengucap syahadah

Pengorbanan bersama Rasulullah

Susah senang bersama

Walau hilang harta kerana berdakwah

Walau dipulau 3 tahun 3 bulan

Imannya sedikit pun tak berubah

Mampukah aku setabah dirinya?

Andai diuji sedikit sudah rebah..

Baru dihina sudah mengalah

Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..


Ya Allah..

Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah

Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya

Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda

Anak yang semulia peribadi baginda

Tangannya lah yang membersihkan luka

Tangannya jua yang membersihkan cela

Pada jasad Rasulullah tercinta

Gagahnya dirinya pada dugaan

Mampukah aku sekuat Fatimah?

Saat diri terluka dendam pula menyapa

Saat disakiti maki pula mengganti

Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..

Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah

Tukang sisir yang beriman

dan Keluarga Yasir yang bertakwa

Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia

Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan

Mampukah sabarku seperti mereka?

Tatkala digoda nafsu dunia..

Entah mana hilangnya Iman di dada

Ya Rahman..

Kuatkan Imanku seperti Masyitah

Terjun penuh yakin bersama bayi ke kuali mendidih

Kerana yakin Allah pasti disisi

Sabarkan aku seperti sumaiyah

Biar tombak menusuk jasad..

Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..

Jadikan aku semulia Ummu Sulaim

Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman

Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah

Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami

Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud

Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah

Ya Allah..

Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya

Tingginya nilai cinta pada harga Iman

Mampukah aku menatap cinta itu?

Sedangkan rupa yang menjadi pilihan

Ketulusan Iman diketepikan

Ya Allah..

Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...

Jadikan aku sehebat Aisya Humaira

Isteri termuda Rasulullah

Biar dilempar fitnah

Dia tetap teguh pada ketetapanNya

Isteri sejati yang memangku Nabi

Pada saat terakhir baginda

Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan

Betapa hatimu seorang mujahidah

Ya Allah..

Mampukah aku contohi dirinya?

Pada fitnah yang melanda

Diri mula goyah dan putus asa

Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..

Teringat diri pada Khansa

Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH

Dia meratap tangis..

Anak sulungnya syahid

Anak keduanya turut syahid

Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid

Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta

Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad

Ya Allah..

Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?

Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab

Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah

Berikan aku kekuatan sepertinya..

Agar bersedia pada akhirat.

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..

Diriku bukan setabah Ummu Khadijah

Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah

Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah

Mahupun sehebat Ummu Sulaim

Dan tidak seteguh Aisya Humaira

Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman

Dimana Aurat semakin dibuka terdedah

Dimana syahadah hanya pada nama

Dimana Dunia yang terus dipuja

Dimana nafsu fana menjadi santapan utama

Dimana batas sentiasa dileraikan

Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa

Kita cuma An-Nisaa

Para pendosa yang terbanyak di neraka

Lantas walau tak setabah para Mujahidah

Namun Tabahlah pada ketetapan Allah

Kerana padanya ada Syurga!

Walau tak semulia para wanita sirah

Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara

kerana padanya ada Pahala!

Walau tak sesabar para wanita solehah

Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa

Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam

Bukan untuk ditindas kerana lemah

Tapi untuk dilindungi kerana Indah

dan Indah apabila tertutup terpelihara

Kerana disitulah terjaganya Syahadah

Bak mekarnya wanita dalam sirah

Tuntunlah kami ke arah syurga..

Bicara dari An-Nisaa yang hina..

Makbulkan doaku..

Aamiin..