Friday, June 24

iman itu tidak boleh di warisi..

bismillahirahmanirrahim...

segala pujian kepadaMU...alhamdulillah masih lagi di beri kenikmatan islam dan iman ini..syukur ya Allah...

iman dan dosa itu tidak boleh di warisi...

ya, tidak semestinya anak-anak yang di lahirkan dalam keluarga biasa-biasa tidak boleh menjadi ustaz ustazah...

ya, tidak semestinya anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga majoritinya adalah ustaz ustazah anak-anak mereka akan menjadi seperti mereka juga

anak-anak adalah permata keluarga...permata yang Allah kurniakan sebagai amanah kepada sesiapa sahaja yang telah bergelar suami isteri...

AMANAH!!!!

ibu bapalah yang menentukan anak-anak mereka

Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah( suci) tetapi ibubapa nyalah yang menentukan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi ( Riwayat Ahmad).


sesunggunya hidayah itu milik Allah...

jangan kamu merasa hina atau rendah diri jika di lahirkan dalam dunia yang biasa-biasa..

sesungguhnya kamu adalah insan yang bertuah...kerana dipilih olehNYA untuk menikmati nikmat ISLAM dan IMAN ini..

Alhamdulillah..

kepada yang dilahirkan dalam dunia yang biah solehah telah didik sejak lahir, kekalkan ia dalam diri dan kehidupan kamu..sesungguhnya kamu insan yang amat beruntung....

sayangi ibu bapa kamu..

ringankan bebanan mereka di akhirat sana...jangan kerana kesalahan kita, kita sendiri yang menarik mereka ke azab yang pedih..nauzubillah...

"Ya Allah, KASIHI KEDUA IBU BAPAKU sepertimana mereka mengasihiku sejak aku kecil sampai aku dewasa ini"..AMEEN YA RABB...

Thursday, June 23

aku redha....aku rindu


tidak pernah terfikir....

Ya, dulu aku budak biasa-biasa
Budak-budak yang di kira agak nakal, suka bermain sana sini tapi pendiam

pendiam???...

Ya, aku dulu dikira budak pendiam
Sejak berpindah di tempat baru memang aku tiada ramai kawan
Boleh dikatakan aku tiada kawan
Bermain dengan adik beradik sendiri

Disekolah sahaja aku ada kawan
Kawan-kawan yang tempat tinggal mereka agak jauh dari perumahan yang aku diami
tak mengapa, aku gembira kerana di sekolah masih ada lagi rakan-rakan
Dirumah aku mempunyai adik-beradik yang aku sayang..

didikan...

Sejak berasrama baru aku tahu apa itu solat, menutup aurat, itu, ini tentang agama
Tak banyak, cuma yang basic...
Tapi alhamdulillah, Allah hadiahkan semua keinginan itu dalam hatiku..
Alhamdulillah

sekolah menengah atas..

sedikit demi sedikit aku tertarik dengan keindahan sebagai orang Islam..
walaupun aku ketika itu masih lagi dikatakan agak jahil tentang itu dan ini lagi
bermain gurau senda yang berlebihan
handle program yang ada juga tidak mengikuti syak
ya, terlalu banyak..
bila di taklifkan satu jawatan yang agak tinggi dalam satu organisasi yang boleh dikategorikan hanya golongan yang baik-baik saja, aku jadi memberontak...
tiada apa-apa yang dapat membantu aku ketika itu..
'terpaksa' lakukan ini dan itu
tapi.

alhamdulillah, masih ada lagi pengisian dari pengajar yang sanggup memberi tazkirah walaupun itu bukan bidang dia di sekolah
hatiku terisi
sedikit demi sedikit aku terima kerja 'itu'

bila di pra u..

aku tiba-tiba tekad untuk tidak join 'golongan itu'
tiap-tiap hari aku di isi dengan aktiviti biasa-biasa
biasa-biasa yang orang lain jalani..
main, belaja, makan, tidur..
itu aktivitiku..

hilang..

satu sem aku merasakan kehilangan..
entah..
tak tahu hilang apa...

jom, join saya..mesti best

join??
dah lama aku tinggalkan
aku nak join lagi..
tapi
aku gagahkan
aku join usrah kembali
usrah yang di pegang ketua blok aku sendiri
ya..
memang aku merasakan sesuatu nikmat yang tidak dapat di ungkapkan dengan kata-kata..
dalam usrah itu aku terisi
hatiku terisi..

rupanya aku mengetahui apa yang hilang..

Ya, aku hilang pengisian rohani dalam jiwa dan hatiku
Hatiku keras
Alhamdulillah masih lagi boleh di lenturkan dan di lembutkan
Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...
Allah masih lagi membukakan pintu hatiku untuk join usrah sebelum aku memghabiskan sisa-sisa pengajian ku di tempat itu..

pesanan ustazan sebelum kami menjejakki alam universiti..

kamu bila dah masuk u nanti,
perkara pertama yang perlu kamu lakukan
joinlah mana-mana persatuan yang membawa islam
itu paling penting

Sebab di u itu nanti, sekuat mana kamu jaga diri kamu,
kalau tiada sahabat yang solehah di sisi kamu
kamu pasti akan terjerumus dengan keseronokan di alam kampus
dimana ramai remaja-remaja kini rosak dengan keseronokan tersebut

alhamdulillah..

syukur kehadrat Illahi,
sekarang sudah 2 tahun aku berada di alam kampus
alhamdulillah dengan nasihat yang ustazah berikan dulu
kini aku bersama-sama sahabat yang solehah di persatuan islam ini
alhamdulillah
banyak yang aku pelajari...
ya, kadang-kadang kita tidak sangka perkara itu akan terjadi pada kita
tapi YAKINLAH ALLAH MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT KITA..

WALLAHUALAM...