Tuesday, December 2

mulut vs hati

bismillah

allahumma solli ala muhammad

lama betul x menaip

bukan tiada apa yg mahu di bicarakan

tapi hanya kelu di bibir

dan tak mampu diluahkan

sungguh hanya DIA sahaja yang tahu

tenang, kecamuk, sedih, gembira hati ini

berbicara tentang hati

sungguh aku tidak mampu nukilkan

aku serahkan hanya padaNya semata-mata

cukup

biarlah air mata ini hanya menangisi dosa2 ku yg terlampau bnyak

tutuplah hatimu yg terus menerus mencemburui makhlukNya

bukakanlah hatimu hanya untuk mencintai Allah dan kekasihNya Muhammad saw

i'allah bakal hadir interview di salah sebuah sekolah di Kemaman, dibwh kelolaan IKRAM.

moga dipermudahkan utk aku berkhidmat kepada kedua ibu bapaku..

aminn..

Mulut kata lain, hati kata lain..itulah diriku ..
moga dapat berubah.


Wednesday, September 24

baldi atau gelas kaca?

Ya allah,allah
Ya allah, allah
Ya allah, allah
Ya allah, allah

Ya rahman, allah
Ya rahman, allah
Ya rahman, allah
Ya rahman, allah

Ulanglah dengan nama2Nya..

Hanya dengan zikir yg ikhlas di dalam hati mampu mengalirkan air mata keinsafan buat diri..
Terutama utk diriku..

Kenapa baldi dan kaca gelas?
Dua benda yg berbeza tp fungsinya sama..
Yakni untuk menampung sejumlah air..

Hati mu sebesar baldi atau sebesar gelas kaca?
Sungguh, secara jujurnya hatiku hnya segelas kaca kecil..

Andai diletak sesenduk garam pada kedua2nya..
Yg mana agaknya paling masin..
Andai diminum yg mana reaksi muka akan spontan bertindak?

Ya, pasti segelas kaca kecil paling masin airnya..
Apa reaksinya
Tersembur, termuntah, menjerit??
Semua pasti ada..

Ibaratkan garam itu ujian
Gelas kaca dan baldi itu hati kmu..

Jika kecil hati menghadapi semua ujian dariNya,
Pasti kamu mengeluh, tertekan, sakit, mengeluh dll..
Kn..

Tp, jika hatimu sebesar baldi
Pasti hati mu lapang
Pasti kmu tenang dgn ujianNya
Pasti kmu dpt berfikir secara positif, 'Allah menguji pada hamba2nya yg beriman dan dikasihiNya dan Dia tidak akn mempersiakan hamba2Nya.'

jadi,
Cubalah besarkan hati kmu
Bak kata seorg sahabat, sy mahu hati sebesar lautan..
Subhanallah, hebat sungguh shbt sy ini..

Aku cuba memperbesarkan hati ini..
Langkah ku mesti terus kehadapan
Usah toleh, kalau tidak, pasti hatimu mengecil kembali..

Allahumma solli ala Muhammad
Ya muhammad, doakan umatmu ini..
Ya hayyun ya qayyum..
Ya allah, bantu lah hambamu ini..

AMINN YA RABBAL AALAMINN..




Sunday, September 21

kerjaya dan keluarga

Tiang?

Wanita tu tiang rupenye..
Agak2 kalau xde tiang bangunan tu blh kukuh x?
Atap blh blh stand kat atas x?
Dinding blh straight x?

Cube Acu Try tgk kat tmpat kmu berada..
Mst dlm rumah atau dlm sesebuah bangunan kn..
Acu tgk!!
Agak2 nampak x tiang tu?
Xkn..
Bahase binaan pnggil tiang konkrit..

Mcm tu la wanita..
Mmg xnmpk pun wanita ni buat ap..
Xnmpk..kn..
Tp ingat, dia amay berperanan dlm menegakkan sebuah negara..
Membangun sebuah negara kerana wanita yg berada di dlmnya,
Runtuh sebuah negara kerana wanita yg berada di dlmnya..

Bincang..knapa..
Skop yg lebih kecil
Keluarga..
Berjaya sebuah keluarga itu kerana wanita
Dan tidak berjayaan sesebuah keluarga itu kerana wanita di dlmnya

WANITA TIDAK HARUS CANTIK, TAPI PERLU KUAT!!

sedikit catatan perkongsian dr ustazah halimah

-wanita itu tiang agama, walau tidak nampak
-tiang itu tidak cantik, kadang2 tidak terlihat langsung, tetapi harus kuat
-sebuah rumah tangga itu bergantung pada
bagaimana wanitanya
-hati dan akal wanita kuat
-wanita boleh berbuat apa2 sahaja dalam satu masa berbanding lelaki

Ibrah dr alquran
-ibu maryam bila merasai ada nyawa yg brgerak didlm rahimnya, dia berdoa 'aku waqafkn anakku utkMu'
-saiditina hajar ( wanita biasa yg dipilih oleh Allah menjadi isteri Nabi Ibrahim. Dari susur galur saiditina Hajar lahirlah nabi teragung, Muhammad saw)
-hajar ditinggalkn ibrahin ditengah2 padang pasir yg kering kontang. Selepas berdiskusi dgn nabi ibrahim, fham lah hajar bahawa semua ini arahan dari Allah, maka hajar berkata tinggallah aku dan ank kecil ini(ismail), Allah tidak akan mempersia2kn hambaNya

-JANGAN LEPASKAN KEIKUTSERTAAN ALLAH DALAM HIDUPMU

Alhamdulillah..wallahualam...

Wednesday, September 17

famili

Alhamdulillah..
Dpt melarikan seketika dr kesibukkan kota..
Nk kata cuti pnjang, xde lah..
Ambil cuti hr isnin memandangkn selasa cuti2 malaysia :)

Kuala Lumpur
Kdng2 n ketawa jga bila tersesat ni,
Dan kdang2 jga buat sngat2 stress
Dan kadang2 jga blh buat sy menangis..
Yela bw sorang2...

Cuti 7hr berbaki lg 3 hr..
Smpai org ofis terkejut..
3 hr je lg??

Org lain simpan cuti kot2 ad majlis tunang kr kawin ke...sy??
Haha..xde maknenye..
Cuti sy sngat bermanfaat ble bertemu famili!!! :)

 Kd driver tetap ma pun dh kira bersyukur, even kdng2 pening jga..hahaha..

Aboh??
 Biase la..kata2 org lelaki ni kasar..huhu..
Xpe..aboh dh bnyk sngt bersusah payah utk ank2 dr kecil lg..semua benda dia korbankn demi ank2 nya...
Huhu..dah nk menangis rse :'(

Kakak2 ku
Sngt2 la bnyk tolong menolong
Kmi saling topup mentopup..

Adik2..
Kmi tiga yg last ni mmg suka gaduh..
Kdang2 sakit hati jga dibuatnya
Kdang, rasa sangat kelakar pun ad..

This is my famili..

Ntah apa2 je merapu mlm2 ni...love them so much


Monday, September 1

tersungkur..

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wabarik wasalim...


Kaki ini mahu sahaja berhenti
Berhenti dari terus melangkah
Tetapi, itu bukanlah sifat seorang mukmin
Yg ingin berjaya di dunia dan akhirat.

Seperti tersungkur jatuh
Air mata tiada gunanya ia berguguran
Bertahan lah..

This is my journey
Allah has put me into it
There will be a Hikmah behind all of this
And there are advantages that i don't see it right now..

Don't give up
Even u r alone, u can do
U can survive
Bangkitlah dari tersungkur
Wahai nurul ashra!



Menyusun kembali amalan seharian..
Cuba utk istiqamah..

Witir, qobliah subuh, mathurat pagi ptg, dhuha, al-waqiah,qobliah zuhur,qobliah isyak, al-mulk..

Mungkin tidaklah sehebat shbt lain..tetapi aku cuba utk istiqsmah yg termampu..

Sunday, August 24

balik lagi!!!

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wabarik wasalim..

Alhamdulillah..selamat tiba di putrajaya jam 5.30 pagi..
Walau terpaksa menunggu bas biasa utk trun di persimpangan rumah sewa selama 45minit..

Buat keputusan last minit utk balik...keputusan last minit dr kak long ku utk balik ke kemaman..pagi selasa memandu kereta dia dari putrajaya ke damansara utk menukar tayar belakang yg bocor sebelum membuat perjalanan ke kemaman..sepatutnya ambil lebuhraya lain, yg lalu lebuhraya lain..tawakal je smpai ke x..hihi..alhamdulillah, smpai sna bg ke abg ipar then dia hntar aku ke um dahulu..pergi kerja separuh hari n apply cuti utk 3 hari...suka2 hatiii je.. :p
Memandangkan kontrak disambung selama 6 bulan, jd cuti ad lagi 7 hari..kalau x memang apply cuti tanpa gaji la..hikhik..balik kmpung lg penting dr gaji..

Sambil menyelam minum air.
Ada 2 perkara yg  lain perlu dilakukan semasa balik ke sana..

1. Hantar beberapa resume(haha..ad 4 set resume je..xckup kertas dh) ke agensi2 yg terdapat di kemaman sempena jobfair..

Moga2 dlm tempoh 6bulan ni ad yg terpanggil utk di iv dan diterima kerja disana pula...aminnnn ya rabb..
Masa jln2 ke booth jmpa la beberapa kwn lama n junior utm.. :) kemaman ni kecil je..xbesar pun..

2. Program Nisa' Circle Raya...yeaahhh...

Alhamdulillah..even ajk sorang ni terlepas di KL, dpt jga bg tenaga kerja utk prgrm ni..hihi..
Yg paling best, esknya nak prgrm mlm jam 11.00 mlm ketua nisa dimaklumkan ust riduan xdpt hadit kerana masalah kesihatan..beliau dijemput utk memberi ceramah pendek berkaitan dengan peperangan yg berlaku di gaza..
Mmg x menang tngan msg shbt2 yg berada dikemaman andai mengenali mana2 aktivis mulim care @ yayasan amal..alhamdulillah, ketua muslim  care cwgn terengganu dpt memenuhi permintaan nisa kemaman utk slot gaza itu..
(Bkn calang2 org, yb dun tepoh kmi bawakan..)

Bkn mudah utk membuat progrm menarik golongan untagged..
Backup dr ahli 'besar' sendri pun kurang..ketua nisa pernah meluahkan yg Nisa ni dikatakan buat prgrm main2 je...bkn utk meraih undian..
Ini memang cabaran kmi..untuk memahamkan dgn 'ahli2' lg payah berbanding org luar..
Ok..just let it go.. stay chill..

Gambar 'aksi' kmi selepas habis progrm..blh jd tentera al-qassam x?

Yb memberi penerangan apa yg berlaku dan tindakan kita utk membantu kemenangan di sana..

Alhamdulillah..

Muhammad Nur Qhalis Rizqi dah berumur 16 hari, hari ini...kne check dgn nurse la kot hari ni..sepatutnya hari yg ke 15..almaklum smlm kn hari sabtu, nurse di klinik desa cuti.. :)

Moga membesar dgn sihat dan soleh ya Muhammad...aunty de dah balik kL..(err..aunty?)

Barakallahulakuma wajama'a bainakuma fikhair kepada pasangan yg dah melangsungkan majlis dan bakal melangsungkan majlis..moga berbahagia hingga ke syurgaNya..

Usah khuatir yg masih blm berpunya lagi, kita ada tanggungjawab yg besar yg perlu dilaksanakan..jadilah anak yg solehah kpd kedua ibu bapa kita..gembirakn mereka selagi mana mereka masih ada..yg penting mardhotillah ^__^

Saturday, August 16

keep calm stay writing review paper..

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wabarik wasalim..

Menunggu status probation...
Tamat 4/8 bru ni..tp after that xdengar ape2 berita..
Smpai la smalam...
'Nadia, agk2 bulan ni salary masuk x? Kte xde status dah skrg, probation dah tamat...'

Then kmi mesej admin  ra,
'Sori xdpt nk btau sbb xjmpe kmu berdua...probation dilanjutkan sehingga 6 bulan...
Haaa? Ok...

Moga dipermudahkan dan moga mendapat bnyak idea utk menulis!!!!


Tuesday, August 12

discharged

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wabarik wasalim...

Syukur x terhingga dipanjatkan kepadaNya..
Si kecil Muhammad dh kuar wad hr ni..
Alhamdulillah..

Even dh xdpt nk main dgn dia sbb dh balik rumah neneknya kat damansara, terasa sngt bhagia sbb bby Muhammad dh sihat..

Panggil dia Muhammad sbb dia xde full name lg..memandangkn dia lelaki, jd pnggilan muhammad yg tebaik kn..

Moga Muhammad jd ank yg soleh kpd kedua ibu bapanya dan seorg mujahid yg agamawan..

Dan hr ni Allah mengerakkn jari utk mndapatkn jwpn...sungguh, Allah itu Maha Adil setiap hambaNya...dan Allah itu Maha Kasih kepada hamba2nya...


Hati sangat rindu utk balik ke kemaman..msih lg mencri ruang rezeki disana...
Tawar utk kemana2 negeri, selagi Allah masih memberi pinjam nyawa ini..sangat teringin nk berbakti pada kedua ibu bapa..ma dan aboh..
Ya Allah, perkenankan..
HambaMu ini tawar utk mengejar cinta akn kemewahan dunia...izinkan aku berbakti disana ya Allah..


Saturday, August 9

menghitung..

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wabarik wasalim..

Menghitung hari.????
Xdah...menghitung detik dah ni..

Sekarang jam 1.34 pagi di hospital putrajaya...
Org xde apa pengalaman bab2 bersalin ni..
Suh je kakak g hospital...
Huhu...

Skrg ni jst tunggu..
Mak kata anak sulung lewat dari dijangkakan..
Anggar dlm 20hb Ogos...
Ntah..ambe pun xtau..huhu..

Moga selamat semuanya...aminn

Wahai para suami dan lelaki..
Hargailah isterimu, dan hargailah ibumu selebih2nya...sungguh,kesakitan melahirkan seorg insan di muka bumi ini sungguh memeritkan..takkan kmu rasai walau seketika...maafkanlah andai mereka terkhilaf melakukan sesuatu...belailah dan pimpinlah se erat2nya mereka dan zuriat2mu menuju jalan keredhaanNya..

Sungguh, kita hanya seorg hambaNya di dunia ini..
Tiada yg lebih bernilai, bermakna dan berharga melainkan berTAQWA kepadaNya...

Moga urusan kakak sulungku bersalin dipermudahkanNya..mohon doa kalian jga..


Wednesday, July 23

probation

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi walihi wabarik wasalim..



Tempoh percubaan sbg ra bakal berakhir bulan 8 ini..
Sepanjang tempoh ini aku cuba utk melepasi susah payah..
Tp aku merasai tidak mampu utk meneruskan..
Apatah lg niat dr. agar aku menyambungkan master..

Kesukaran ku adalah utk memahami pembacaan journal dengan kadar segera..
Apatah lg utk mem'publish' paper dan menghasilkan review paper..
 Berhasrat utk menamatkan tempoh percubaan ini shj..

Kuala Lumpur..
Sungguh sampai hari ini aku tidak dpt menerima kehidupan di sini..
Bersesak2 dimana2..
Persoalan yg ku lontarkan kepada ustz zaharuddin semasa fiqh wanita sering bermain difikiran..
Keharusan dan kewajiban bekerja bg seorg wanita..
Andai ada kenaikan sendiri mungkin masalah bersesak-sesak lelaki dan perempuan menaikki kenderaan awam dpt diselesaikan..
Miskipun menpunyai bura' sendiri, namun saat ini ia menjadi pengangkutan utama utk adk perempuan yg mana dia akn mengambil spm thn ini...

Ntah..
Abah pun pernah kata 'selagi xdpt kerja tetap xboleh  kawin'
Haha..membujang smpai ketua la nmpaknya..
Gurauan, namun belian yg bnyk mkn garam dr anaknya ini lagi tahu asam garam kehidupan..

Kemaman..
Hati memberontak utk kembali bekerja disana..
Terlalu bnyak industri disana..
Tp..tiada feedback dr mana2..

Nk sangat berada berhampiran dgn parent..

Moga Allah permudahkan segala urusan ku..
DIA menetapkan sesuatu pada waktu dan ketika yg sesuai mengikut kesesuaian..


#hasilcoretanluahanrasa
Sambil2 menunggu kawan menukar duit raya di bank..


Thursday, July 17

minta maaf..

sollu 'alan nabiy
allahumma solli ala Muhammad waala wabarik wasalim..

pagi, buka fb..
cm biasa..sbb berita fb paling cepat dan pantas..hihi..
abis semua facebookers post satu code.. CD***

buka la satu video..
mmg terkejut jga..

moga doakan dia terbuka hati momohon maaf

alhamdulillah, dia sendiri dah memohon maaf secara terbuka di media..



tutup kisah itu..

ya, manusia akan bertindak diluar jangkaan bila emosinya amat terganggu..
apatah lg perkara yg amat2 disayangi..

semalam..seorg makcik yg kehilangan begnya disurau terletak di kL sentral, hilang di depannya sendiri ketika dia tengah bersembahyang..sungguh, ketika ramai yg berada didalam surau itu, seorg pun tidak perasaan gerak geri wanita yg mengambil beg tangan makcik tersebut..mereka menyangka beg itu mmg kepunyaan wanita muda tersebut..
dibuat separuh tidak sedar makcik...semuanya ambil mudah. 'sy ingat beg dia'..
masih bersabar lg dgn jwpan mereka..namun, sedih tiada apa2 tindakan dr mereka yg mana rata2 mereka ada anak muda..anak muda yg masih berdarah panas yg cepat 'melenting' dan 'prihatin' dengan isu semasa..

aku bukan org baik, tp agak2 kita, rasa marah x kalau itu ibu kita sendiri dan org sekeliling buat xkisah? ada janji dengan kakak terpaksa aku belakangkan dahulu, mmg makcik membuat report di pondok polis dlm kL sentral..cma, kekesalan timbul sedikit disitu kerana makcik yg lebih separuh abad itu tidak mengingati no ic nya..jd, tiada keterangan boleh diambil melainkan makcik itu mengambil salinan icnya dirumah tumpangan..ya, aku akur..ini adalah process utk membuat laporan..

beberapa kali makcik itu merayu agar aku mengikutinya ke ampang..maafkan aku makcik..aku hnya dpt menghantar ke stesen bas berhampiran dan berharap kwan serumahnya dpt membantunya membuat report di balai polis ampang..

dgn sedikit nasihat dan doa agar Allah membantu makcik, aku memberi no phone ku kepadanya andai ada apa2 yg dia ingin tanyakan..

******************************************************************
kerana kita manusia, leka dengan harta dunia..
lemah bila kehilangannya..
ya Allah, ampunilah kami..ampunilah kami, ampunilah kami..





Thursday, July 3

ramadhan 5

ramdhan ke-5

allahumma solli ala muhammad wala alihi wabarik wa salim

alhamdulillah..

seorg model kembali kepada agama fitrah..she so beautiful person..apa yg dpt disimpulkan, dia seorg yg jujur..she talk from her heart about hijab n islam..

alhamdulillah got a news from junior that they will get married..
alhamdulillah..even he not invite officially at fb yet, from his chating with other his's friends in our group whatsapp i get this such beautiful news..

muda tidak menghalang pasangan itu mendiri rumah tangga..asal mereka tahu syariat yg telah digariskan dalam islam.. :)

dlm group anak terengganu/kemaman pun sama...semua dpt invitation dr adk junior2 muslimin..
hehe..
i'allah, senior2 akan dtg memenuhi jemputan itu..

what i got after wish him for his becoming wedding:
doakan aku dpt jd suami yg baik n bukan suami dictactor ya..
owh ya, n aku nk mintak maaf, sbb tym belaja ak panngl ko kelawar..sbb so mystrious n menakutkan.

me : never mind...haha..

>> dh mmg dr sekolah cm tu..tu la panggilan bdk2 lelaki kat aku..singa, dracula, kelawar..huhu..xambik hati pun..
lagi best :)
only who know me, actually know how i act..terutama muslimat :P


^_^




Friday, June 27

this worldly life

salam penghulu hari ..
sollu alan nabiy :)

How beautiful, is this worldly life
But not a soul shall remain
We’ve all come into this world
Only to leave it one day
I can see that everything around me
Rises then fades away
Life is just a passing moment
Nothing is meant to stay, oh
This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever

So many years, quickly slipping by
Like the Sleepers of the Cave
Wake up and make a choice
Before we end up in our graves
O God! You didn’t put me here in vain
I know I’ll be held accountable for what I do
This life is just a journey
And it’s taking me back to You
This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever
So many get caught in this beautiful web
Its gardens become an infatuation
But surely they’ll understand at the final stop
That its gardens are meant for cultivation, oh
This worldly life has an end
And it’s then real life begins
A world where we will live forever
This beautiful worldly life has an end
It’s just a bridge that must be crossed
To a life that will go on forever



"Apabila kamu meminta dari Allah swt, mintalah dengan hai yang yakin bahawa DIA akan makbulkan"

jika dulu ada sahabat yg boleh sy berkongsi rasa dan cerita, tp mungkin kini tidak. really feel that they were so far from me.

once air dah keruh, cuba utk dijernihkan seperti sukar. harap perkara yg sy sedar atau tidak sedar what that i hve done , they will forgive me.  

once mereka menjadi shbat  sy, selama-lamanya tetap menjadi shbt sy dunia akhirat.

Thursday, June 5

2

Allahumma solli ala Muhammad wala alihi wabarik wasalim

2??
apa tu???
jeng jeng jeng...

saya dah ada dua org brother in law..
huhu..
erkk..
sedih ??
mestila..
kakak dah diambil orang..huhu..
xpe2..
kne gembira sbb mereka dah sempurnakan sebahagian iman mereka..hehe
alhamdulillah..

sy???
lariiii.....
satu persatu pertanya ini diterjah kepadaku semasa majlis kakak..
huhu...

sob ba ro..
berjuang dijalan Allah kiranya dah menyempurkan iman la kan..
betul x??

kan..kan :) 
smile..

bak kata my sahabiah, letakkan syurga di dalam hatimu..
i'allah tiada kerisau tentang duniawi..

yakin padaNya,
andai tiba waktunya Allah akan permudahkan
bila?
tidak tahu
dengan siapa pun 
tidak tahu
hanya Allah shj yg tahu
DIA telah tetapkan segalanya sejak ruh kita ditiupkan didalam rahim ibu kita lagi
kan..
kita semua sebenarnya dah tahu..
sje je syaitan ni duk terjah2..

aihhhhh...lempang kang..hehe

laju je menaip petang ni, 
apa xnya duk kat u je
tunggu kakak ambil..
i'allah akan pulang malam ni
esk i'allah nk bermusafir dengan family
bekwoh kat sana pula..

barakallahulakuma buat angah n izat
senior n junior time mrsm dungun..
ish2, budak2 mara ni sibuk cr pasangan ekk time belajar..haha
bukan la...
dah memang Allah dah jodohkan mereka
seorang belajar kat planet pluto, sorang lagi kat zuhal ke
dah kalau mmg dh jodoh Allah akn pertemukan jga
:)
seperti adam dan hawa la gitu... :P

dah merepek dah
actually it hard to say that 
payah gak nk sambung study ni.
nk menangis tiap2 hari pun  ada
i'allah
moga Allah permudahkan..
aminnn 

titipan doa buat sahabat2 yg saya sangat rindui. :'(

Friday, May 16

2 weeks

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi wabarik wa salim

sudah masuk 2 minggu
berada di bandar kota metropolitan ni
secara jujur
masih lagi sukar untuk adapt suasana persekitaran
Rabbi yassir wala tuassir

keluar rumah 
naik rapid
naik ke menara kejuruteraan
balik rumah
thats my routine in every day

my probation is 3 months
dalam tempoh ini perlu siapkan proposal dan presentation

bila kawan tanya
sambung master ke?
hanya mampu menjawab, wallahualam
based on result proposal n presentation
is not i will ra at that centre

my supervisor
Dr Bushroa
sy bila dah mulakan sesuatu, sy takkan undur belakang
bagaimana/cabaran sekalipun sy perlu tempuhi
she inspire me a lot
she very kind person
but i will not persiakan kebaikannya
i'allah i will do the best !!



got a few good news from sahabiah2
barakallahulakuma shbt2.
it not my time yet
only HIM knows about it
whenever in this world or at jannah
just pray for it



Doakan saya :)

Sunday, April 27

sabar






Hadis ke 5
"assobbaru minaliman"
Sabar itu sebahagian daripada iman.

Ini hadis yg diulang bersama2 dengan pelajar pasti.
Setakai ini masuk hadis ke 6.
Untung mereka diperkenalkan keindahan islam sejak dari kecil lagi.
Alhamdulillah..

Bakal meninggalkan mereka.
Beberapa lagi i'allah akn berhijrah ke kota metropolitan.
Allah..Allah.
Agak mencabar bila hendak mencari bilik sewa.
tidak tahu bagaimana rakan serumah.

moga2 dipermudahkanNya utk segala urusan di sana..
aminn


Sunday, April 13

pilihan..

dalam kepenatan, keserabutan mengemaskini maklumat pelajar, buku-buku, kelas, aku kuat kan diri menghadiri usrah dan meeting ijtima.

di akhir meting, k.da atau lebih dikenali Ustazah Huda menyuarakan,
"ajk memerlukan 25 muslimat kawasan untuk pendaftaran pagi Sabtu, jd siapa boleh mengisi kekosongan ni?"

ya ijtima, berlangsung 2 hari, namun aku terpaksa memilih..
memilih hanya menyertai ijtima' pada sebelah petang hari jumaat.
walau pada hakikatnya, mmg boleh dikatakn dpt menghadiri sepenuhnya ijtima itu kerna hujung minggu mmg amat berkelapangan menghulurkan bantuan sbg ajk tetap, tp aku mendiamkan diri atas persoalan ustazah.

memilih berada dirumah.
kenapa?
andai keuntungan diakhirat itu boleh dinampak, sudah tentunya dilepaskn begitu sahaja.
namun, bila masa dihabiskan namun tiada 'keuntungan duniawi' aku terpaksa berundur agar tidak menimbulkan kata2 yg tidak manis.

takkala bertembung masalah prgm / keluarga, aku teringat akan kata2 Ustaz Zulkifli ketua Pondok Baitu Qura. Ustaz amat mementingkan seorg ank perlu melebihkan kedua ibu bapa mereka segala-galanya. Ustaz pernah menyatakn tidak akan menerima sebarangan orang sebagai pelajar pondok jika tidak mendapat izin atau restu dari kedua ibu bapa. sehinggakn ustaz 'suruh balik' jika ada peserta daurah tidak meminta izin untuk berdaurah.

................................................................................................................
 
jika tidak mampu buat semua, jgn tinggal semua.
kerna itu aku hanya memilih berada disana sbg ajk ameerah dun di sebelah petang.

lagi tentang pilihan..

setibanya di mukim, terus singgah di pasti menyiapkan kerja sehingga 11mlm.
badan menuntut agar berehat seketika..
mengimbas whatapps di phone..




"salam ashra..
sihat?"

"wasalam..alhamdulillah"
"knape ye sis?"
"nk tnya sedikit ashra, untuk sis membuat pilihan terbaik"
"knape ya?"

"apa ya sis jwb dulu pada phak sana?"
"maksud sis?"
"dia sudah berpunya xlg? sis khuatir dia masih menunggu"

aku terdiam seketika..untuk mengatakan apa pendapat sy setakat pemerhatian sy sbg ex-'ajk' terhadap kaum adam apabila permintaan mereka ditolak, aku rasa lebih baik tidak diberitahu.

"sis nk sy tanyakan ke? maksud sy, bg pihak shbt?"
"xpe, sis cma nk tahu apa yg sis jwb"

"sy nk ingat mmg dh lupe sis, tp xsilap sis tak terima dan sis jga menyatakan andai dia jodoh sis jga, sis akan terima jga akhirnya. n sis prefer bertemu wali sis."

yup, ini jwapan kebanyakkan kaum hawa dan pemerhatian sy i'allah tidak salah.

hawa, amat memntingkan takdir Allah yg tentukan dan wali adalah keutamaan mereka.

"xpe sis. sis buatlah keputusan yg terbaik. i'allah Allah kuriakan ketenangan utk sis terima yg mana terbaik buat sis. i'allah. sis doakan utk sy jga"

ku tutup perbualan.

............................................................................................................
siapa yg tidak mahu bernikah, tampak shj hawa itu lincah, ganas, educated, dan slamber.
namun, dihati mereka inginkn peneman yg dpt membimbing dunia dan akhirat.

hawa tidak lari dengan setia.
pernah mendengar ayah tunggal atau ibu tunggal?
susah sekali mendengar balu berkahwin lg.
(ini hanya pemerhatian, bkn itikad)

walau pertanyaan bersilih gnti
segala-galanya Allah sudah tentukan.
kerana pilihan hawa lebih memilih keluarga.
kebahagian keluarga adalah keutamaanya..
kerana dia Hawa kepada ibu bapanya ..







Friday, April 11

patient


Anggaplah masalah itu sebagai salah satu
daripada juzuk ujian yang dihamparkan
buat kita. Ujian yang dapat meninggikan
darjat kita sebagai hambaNya. Ujian yang
melorongkan kita untuk menjadi hamba
syukur ataupun kufur. Mudah-mudahan
kita menjadi hamba yang syukur.
InshaaAllah.
"Dan kerana Allah, bersabarlah!"




don't just take simple what everything happen, learn to be some one that can give benefit to others!!!

Wednesday, April 2

hati seorang kakak.


hati seorg kakak..

hati kakak mana tidak menangis, 
bila melihat adik2nya tak mengendahkan kata2 org tuanya

hati kakak mana tidak menangis,
bila melihat apa yg mereka kehendaki sering shj dituruti namun tiada sikap utk menghormati

hati kakak mana tidak menangis,
bila melihat adiknya mendahulukan kata2 kwn berbanding org tuanya

hati kakak mana tidak menangis,
apabila sering melihat status2 fb adiknya selalu menulis tentang cinta kepada makhluk berbanding cinta pada yang SATU,
 
hati kakak mana tidak menangis,
gambar adiknya berada di wall picture lelaki yg bukan muhrimnya
 
hati kakak mana tidak menangis,
bila melihat adiknya bersuka-ria dengan lelaku bukan muhrimnya.
 
sungguh,
kakak ini mmg sedang menangis.
 
disudut jauh hati ku ini cukup melihat kamu menjadi adik yg solehah dan mendengar kata ibu dan abah.
 
aminnn ya rabb..
 
 mereka keutamaan ku sekarang ini..

Tuesday, April 1

keep silent..



ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Firman Allah: Aku akan bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan ( yakni: BUKAN dengan apa yang dia risaukan atau khuatirkan) ~ Hadis Qudsi Riwayat Thabbarani dan Al-Hakam.
  
Apa khabar wahai hatiku.. teruskan bertabah dan bersangka baik secara luar biasa dengan Allah
 
tidak mampu utk berbicara
 
moga demam ini sbg kafarah dosa2 ku ini
 
i'allah berusaha menyiapkan research proposal
rabbi yassir wala tuassir

Monday, March 24

HE knows 2.

                                                                                                              


Dia tak akan tahu kalau kita tak beritahu.
Kita selalu menganggap orang lain tahu apa yang kita tahu.
Tetapi kita silap.
Kadangkala kita kena beritahu, barulah orang itu tahu.

~konflik sering berlaku apabila orang sekeliling tidak memahami perasaan kita. Salah faham dan salah tafsir menyebabkan kita menghukum orang sekeliling kita tidak berperasaan tetapi sedarkah bahawasanya orang tersebut sebenarnya tidak tahu pun apa yang kita tahu dan rasa. Oleh sebab itu kita sepatutnya kena luahkan, insyaAllah pasti keadaan menjadi lebih baik selepas orang tu tahu~

did u get something?
yes, i'm keep it silent.
only i talk to HE, even HE knows every what in my heart.
 stopp...

will be have an iv at um. hmm, gatal sngt tangan tnya tajuk project.
nie ha.. erkk..
rabbi wala tuassir.. :(



Sunday, March 23

only HE knows

Allahumma solli ala Muhammad waala alihi wabarik wasalim..




Tatkala kamu dukacita, letih, kecewa, rasa gagal, insaf, merasa berdosa, bermuhasabah diri, INGATLAH ayat ini dan menangislah kepada Allah..Dia TIDAK LUPAKAN dirimu selagi kita tidak melupakanNya.

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى
وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى
وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu,
Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan.
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu, lalu (hati) kamu menjadi puas lagi redha ( Ad-Duha : 3-5)


o Allah, may i stop from continue for hoping? :'(

Saturday, March 1

ber'kpo'

alhamdulillah wa syukurillah..

Seperti biasa balik kerja jam 5.30. Plan ke kuantan sejurus selesai solay asar, tp terpaksa dianjakkan kerna adik ada latihan netball. Ke kuantan hanya untuk menukar kereta. Exora > Myvi

Esok yakni hari jumaat perlu bergegas ke Marang untuk program kpo. Atau lebih dikenali Kursus Pengurusan Organisasi. Terpaksa dianjakkn jadual bertolak ke Marang atas faktor perlu hadir untuk mengajar tuisyen darjah 6. Amanah.

Sayang yg teramat kerna pada sebelah pagi dan tengah hari ada munaqasah bersama pimpinan pusat di Markaz Kuala Ibai. Sedih

KPO secara rasmi bermula jam 3.00, iaitu taujihat bersama muslimat pusat, Ustazah Dr Mariah. Slot 1.

bnyak pesanan dan nasihat yg disampaikan oleh beliau.
  • masa muda/bujanglah waktu yg sesuai memberi komitment pada jemaah. Usah sia2kn waktu ini.
  • bersyukur kerna mengenali jemaah pada usia muda
  • pada yg sudah berkahwin, for sure keterlibatan dengan jemaah agak terbatas. jadi para ibu muda perlu mempelajari bagaimana 'berpolitik dlm berumahtangga'.

Selesai program di kuala ibai, bergerak ke chalet Yunie. Program kpo yg selebihnya di adakan disana. Memandangkan dr kemaman lg aku membawa seorang kakak bersama ank2nya, kmi perlu menginap di chalet yg lain. Tidak jauh dr chalet yunie.Alhamdulillah.

Slot 2. Ice Breaking bersama K. Wyder :)
siapa k.wyder? hehe..k.wyder adalah Ketua Nisa Malaysia.
Tgk sekali akk nie, eh dia org malaysia ke? ckp slang melayu pun mcm ok2 je..hehe..
skali k.wyder btau umur dia, sudah 35thn...my first impression n ada yg bru mengenali k.wyder pun ingat dlm 25-27thn. Game yg kmi main tulis nilai sen yg di tetapkan di jari masing2. hehe..mmg pecah dewan nk dibuatnya :P
pernah main game ni, xsilap masa tahun 2 di u. Kem Mantop LTKS. dulu main biase2 je, kali ni sbb main dgn muslimat je mmg jd gempak. tgk siapa yg dpt bertahan jadikan group smpai nilai terakhir diberikan. from this game, apa yg saya nampak semua muslimat yg dicampakkn kemana2 pun tidak akn mengalami masalah untuk mengerakkan kerja bersama2.


Slot 3. Soft skill, Public Speaking with Ustazah Mastura, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Pusat.

dlm slot nie ustazah mastura aau lebih dikenali k.mas berkongi bagaimna nk face audiens yg ramai. 1st, baca surah al-hasyrs (on da way to stage), look patiently the audiences, than talk from your heart. Don't talk perkara yg teori yg kita tidak pernah praktikkan. Dh k.mas jga ada menunjukkan satu situasi yg amat sering berlaku dlm jamaah ni.

Group A : para jemputan yg terdiri no, 1, 2, 3 n 4
Group B : penganjur
Group C : peserta

pernah atau tidak Group A berada di kerusi atas pentas, jemputan yg no 2 memberi ucapan. Sedang jemputan no 2 bg talk other jemputan berborak atas pentas, ada yg sibuk dgn whatapps nyer n so on..tidak bersama-sama dengan group C memberi fokus apa yg jemputan 2 sampaikan.

yg lebih sangat terbiasa, group B sendiri tiada di dalam dewan untuk mendengar bersama2 dengan gol group C.

DIMANA WEHDATUL FIKR, WEHDATUL AMAL DALAM BERJEMAAH?

keep calm :)

dalam pergisian k.mas ada jga persoalan dr peserta, secara keseluruhan dlm slot pertanyaan ni jgn risau dengan audiens kita di hadapan. even yg dicakapkn perkara yg sama, usah takut. manusia ini kan kna sering diingat-ingatkan. bila bermesyuarat bersama kaum muslimin jgn takut untuk bg pandangan dan jgn fedup feedback yg diberikan.

slot 4 dan ke 5, bersama ajk gen3 malaysia.

slot ini lebih kepada pembentangan jop scope ketiga-tiga entiti, iaitu nisa', ameerah dan briged. dan slot seterusnya pengursan dlm berorganisasi. memandangkan kesemua ajk gen 3 malaysia adalah bekas2 mahasiswa, apa yg dibentangkan sma seperti pembentangan di kampus :)

yg paling bersyukur dlm mendengar sendiri perkongsian ilmu dr k.shuhada shuib mantan pimpinan gamis. tahun bila xingat. kepetahannya bercakap seperti mendengar utz syaari iaitu zauj k.shuhada sendiri memberi ceramah di radio :)

slot ke 6, xsempat hadiri..perlu bergegas balik ke kemaman. almaklum kereta pinjam, kakak nk guna p kerja mlm pula..biasa kemaman marang 3 jam je, tp sbb bw bdk2 kecil dlm kereta dop leh laju..

ALHAMDULILLAH :)




























Saturday, February 15

rasa.

bismillah..

DIA masih menguji rasa ini.
takala sudah buntu memikirkannya, ku mencari 'kaunselor'
walaupun bukan utk menyelesaikan
cukup sekadar mendengar.

teruskan menyibukkan dirimu.
ia memerlukan masa.
i'allah pasti Allah membantu.
Allah itu tidak pernah zalim terhadap hambaNya.
DIA sentiasa mendengar.


the power of submission..

Allah..

Hasbunallahu wa ni` mal Wakil



Friday, February 14

mail

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala wabarik wa salim.


dah berbulan yahoo mail tidak berbuka.
last buka xsilap 5 bulan lalu, yahoo minta password ditukar.
alamatnya, tak ingat passwd yg ditaip sbb sangat panjang dan bercampur huruf besar, kecil dan nombor.

segala email Dr dan Supervisor ada dlm yahoo.
:'(

Thursday, February 13

putri.

bismillah..

kerana dia hanya hamba Allah yg amat biasa sekali.

Putri..

Itu nama yg diberi. dia seorang gadis yg biasa-biasa. Kehidupan yg dijalaninya amat biasa sekali. Kalau bukan kerana DIA, Putri tidak mampu menjaga dirinya sendiri.

.......................................................................................................................

Setelah terlena akibat esakan tangis yg teruk, dia ke bilik air. Memandang ke cermin yg ada,
'mata bengkak sangat..'

Esok dia akan ke sekolah seperti biasa. Dia cuba menahan daripada terus menangis. Bagi Putri, jarang sekali dia menangis seteruk begini.

Putri, sabar. Dia monolong sendirian.

'tak payah la nk keje situ lagi, berapa je gaji dapat.'

'ok la. dlm 600'

'dapat gaji, habiskn beli minyak jgak'

'tak.  ada lagi, selalu dapat tambahan 200 dan tak kira lagi gaji guru tuisyen.' , jawapan ini tidak mampu diluahkan lagi. hemburan kata-kata awalan ayahnya cukup membuatkannya terasa hati. Amat.

Bagi Putri, dia gembira apa yg dia lakukan sekarang. Mungkin sumbangan jihadnya tidaklah terlalu besar seperti orang lain, tp dia gembira. Di samping sentiasa berasa bersama orang tuanya, serta adik beradik yg kecil dimana dia boleh tengok-tengokkan sehari-hari.

Walaupun dia sendiri tidak tahu apa yg akan terjadi pada kehidupannya pada masa akan datang, yg penting dia dapat berkhidmat kepada keluarganya terutamanya ibu bapa Putri.

Jika hendak dibandingkan dengan gaji kakaknya sebagai salah seorg pegawai di hospital yg mencecah 4ribu, mmg julatnya amat beza dengan gaji Putri sekarang. Namun, dia sedaya upaya memberikan semampu dari gajinya kepada ibu. Separuh lagi untuk simpanan dan separuh lagi membayar pinjaman kos pembesaran rumah. Walaupun peratusan pinjaman kos pembesaran rumah bnyak ditanggug oleh kakak, tp kami telah berpakat untuk sma2 membayar pinjaman mengikut tahap gaji yg diperolehi.

Mungkin apa yg dilihat oleh ayah, segala kos pembesaran rumah ditanggung sepenuhnya oleh kakak.
Tapi xpelah. Putri hanya berdiam bila ditanya, 'ada ke duit nk byar pinjaman?'


 Tapi, kata2 ayahnya seperti memperkecilkan pekerjaannya sekarang amat menguris hati Putri.
Dia tidak mampu untuk menahan lagi, dia terus ke bilik dan menangis. Tangisan yg mmg tidak dpt dihentikan. Hati Putri amat-amat terguris.

Memang seorang anak tidak layak langsung untuk 'makan hati' dengan kata2 org tuanya, tp Putri hanya insan biasa yg jga mempunyai seorg perasaan sbg seorg anak yg amat memerlukan sokongan dari kedua ibu bapanya.

Boleh dikatakan, ayah Putri berdiam diri sejak dia mengajar disitu.

Ayah Putri bangga dengan Putri yg mempunyai sifat yg suka mendidik, cma bila mengajar disitu ayahnya tidak pernah 'mengiktiraf' Putri mengajar di Pasti. Itu yang setepatnya.

...............................................................................................................................

kira-kia dalam jam 3.00 petang setelah membersihkan pingan dan cawan pelajar-pelajar transit, Putri bersedia untuk mengajar Iqra'.
Putri, mengambil handsetnya. Terdapat satu mesej masuk daripada ayah Putri.

"putri, ayah minta maaf. ayah tak tahu yg kata ayah semalam buat putri terasa hati. ayah minta maaf ye"...

sekali lagi, pipi Putri dibasahi air mata.........................

********************************************************************
bersabarlah wahai Putri, jika DIA menginginkan kamu disini. Disini lah tempat terbaik buatmu pada saat dan ketika ini..




Wednesday, January 29

mask.



Allah does not withhold to withhold...




Friday, January 10

lau kana bainana..

Allahumma sollu alan nabiy..

hati terus berasa untuk menaip..
khuatir terlupa..
khuatir hilang rasa rindu ku pada kekasihku sy satu..

Nabi Muhammad saw..

Alhamdulillah..PU Hafiz dinobatkan sebagai juara pencetus ummah.
ya, bukan itu pointnya..
tapi pengisian beliau membuatkankan hatiku sangat-sangat
ya, sangat-sangat merindui Nabi Muhamaad saw..

Allah..Allah..Allah..
tak kala sedang menaip ini air mataku ingin mengalir sepuas2nya..

kenapa?
sebab pasti baginda kecewa dan hampa mempunyai umat sepertiku..

mencintainya bukan setiap detik dan saat..
hanya berwaktu..
nauzubillah min zaliq..


Ya Rasulullah, maafkan umatmu ini..
umatmu ini tidak mampu menunjukkan akhlak yg baik,
umatmu ini tidak mampu istiqamah dalam perkara sunah mu,
umat mu ini terlalu takut dengan kritikan manusia.
Allah..Allah..
ya, sejak berada di halaman ini,
kaki ku payah sukar utk menjejakki majlis2 ilmu,
terlalu memikirkan kesukaran dan halangan,
ya, 
cemburu ku berputik, 
bila shbt2 menyebarkan majlis2 ilmu disekitar mereka,
detik dihatiku,
jauhnya..
sedih dengan keadaan ku sekarang, 
hari deni hari, 
entah hati ini makin mengering,
kering seperti tadahan air yg kering kontang 
di musim kemarau, 
terdapat rekahan-rekahan dosa yg semakin membesar.
Allahumma solli ala Muhammad.
 disudut jauh terpendam dihatiku,
Ya Allah, 
andai Engkau panjangkan umurku di dunia ini,
ku amat2 bermohon dan meminta agar Engkau mengurniakan, 
aku seseorang peneman hidupku, 
pembimbing hidupku, 
ke syurgaMu.
Seseorg yg mencintaiMu dan mencintai kekasihMu
Muhammad saw.
 Seseorg yg berusaha membawaku ke majlis2 ilmu
utk terus mencintaiMu dan baginda Muhammad saw.
Dan terus hidup berlandaskan syariatMu 
yg dipenuhi dengan kurniaan sakinah, mawadah dan rahmat dariMu.
aminn..aminn..aminn..ya rabb..

Saturday, January 4

cg nurul :)

Pusat Asuha Tunan-Tunas Islam :)

Alhamdulillah pada pertengahan bulan 12 selesai menjalani kursus guru-guru baru Pasti di Kemaman.
Belajar teori mmg mudah. Membuat lakonan sebagai guru dan guru-guru lain berlakon sebagai anak murid mmg mudah. Tiada karenah.

Realitinya??
hew..hew..
inilah 1st time handle kelas 5tahun..
kalau dulu time kem motivasi mmg mudah..
sbb syarat utk hantar anak2 mereka biarlah yg sudah pandai mengurus diri..

1/1/2014
kelas bersama anak2 5 tahun..
kalau mempunyai anak seramai 27 org mmg org terkejut..
tp itulah bilangan pelajar 5 tahun di Pasti Darul Yakin.

hari ke2 mereka dibahagikan kepada 2 kelas.
Cg Nurul memegang seramai 14 org..

2hari ini mmg masih dlm suasana utk menarik mereka berada dildalam kelas.
ada yg menangis ada yg kna belajar dgn parent ada disisi..
hehe..
apa taknya..mmg kalut la cg dibuatnya..

tak masuk lg ada yg menangis smpai basah seluar dan lantai dibuatnya..
nk x nk kena melayan mereka..

esk hari ke 3, even ada jadual yg telah disediakn masa kursus pada tempoh hari, masih xdpt dipenuhi.
i'allah, masih dlm stage belajar lg.

2014 merupakan agak mencabar..krana cuba utk memenuhi segala waktu dengan sebaiknya.
8pg hingga 12 tengah hari waktu persekolah di Pasti, dan dilanjutkan transit smpai jam 5 ptg..menjaga beberapa pelajar yg mana ibu dan bapa mereka yg msih bekerja smpai ptg.
xpelah guru masih single lg, guru2 yg dah berkahwin mmg xdpt nk ambil time transit..
last week ank2 tu diminta mandi, makan dan tidur..
i'allah esk bermula kelas mengaji utk mereka.







gelagat mereka ni mmg kelakar tp penat jga..
5 tahun shj dah 27, cmpur lg pelajar 4thun dan dan 6 tahun.
mana x penatnya..



jadual thun ni ditambah pula dgn tuisyen pada mlm hari dan hari minggu.
entahlah, mmg aku bkn jenis berkira dgn gaji.
suka melakukan kerja2 seperti ini..

tapi..
mmg tidak dinafikan..
ma dan abah selalu menanyakan sal gaji yg mereka byr..
yup, luka sendiri, sendri kena pujuk..
alhamdulillah, 
i'allah, kerja yg dilakukan hanya kernaMu
kecil atau besar tidak dipandangNya
yg penting kita kna ikhlas..

dan bg tidak menghampakan mereka,
aku jga berusaha memohon pekerjaan yg ada dipaparkan dilaman web.
i'allah, ada rezeki, adalah..
rabbi yassir wala tuassir..aminn..