Sunday, April 27

sabar






Hadis ke 5
"assobbaru minaliman"
Sabar itu sebahagian daripada iman.

Ini hadis yg diulang bersama2 dengan pelajar pasti.
Setakai ini masuk hadis ke 6.
Untung mereka diperkenalkan keindahan islam sejak dari kecil lagi.
Alhamdulillah..

Bakal meninggalkan mereka.
Beberapa lagi i'allah akn berhijrah ke kota metropolitan.
Allah..Allah.
Agak mencabar bila hendak mencari bilik sewa.
tidak tahu bagaimana rakan serumah.

moga2 dipermudahkanNya utk segala urusan di sana..
aminn


Sunday, April 13

pilihan..

dalam kepenatan, keserabutan mengemaskini maklumat pelajar, buku-buku, kelas, aku kuat kan diri menghadiri usrah dan meeting ijtima.

di akhir meting, k.da atau lebih dikenali Ustazah Huda menyuarakan,
"ajk memerlukan 25 muslimat kawasan untuk pendaftaran pagi Sabtu, jd siapa boleh mengisi kekosongan ni?"

ya ijtima, berlangsung 2 hari, namun aku terpaksa memilih..
memilih hanya menyertai ijtima' pada sebelah petang hari jumaat.
walau pada hakikatnya, mmg boleh dikatakn dpt menghadiri sepenuhnya ijtima itu kerna hujung minggu mmg amat berkelapangan menghulurkan bantuan sbg ajk tetap, tp aku mendiamkan diri atas persoalan ustazah.

memilih berada dirumah.
kenapa?
andai keuntungan diakhirat itu boleh dinampak, sudah tentunya dilepaskn begitu sahaja.
namun, bila masa dihabiskan namun tiada 'keuntungan duniawi' aku terpaksa berundur agar tidak menimbulkan kata2 yg tidak manis.

takkala bertembung masalah prgm / keluarga, aku teringat akan kata2 Ustaz Zulkifli ketua Pondok Baitu Qura. Ustaz amat mementingkan seorg ank perlu melebihkan kedua ibu bapa mereka segala-galanya. Ustaz pernah menyatakn tidak akan menerima sebarangan orang sebagai pelajar pondok jika tidak mendapat izin atau restu dari kedua ibu bapa. sehinggakn ustaz 'suruh balik' jika ada peserta daurah tidak meminta izin untuk berdaurah.

................................................................................................................
 
jika tidak mampu buat semua, jgn tinggal semua.
kerna itu aku hanya memilih berada disana sbg ajk ameerah dun di sebelah petang.

lagi tentang pilihan..

setibanya di mukim, terus singgah di pasti menyiapkan kerja sehingga 11mlm.
badan menuntut agar berehat seketika..
mengimbas whatapps di phone..




"salam ashra..
sihat?"

"wasalam..alhamdulillah"
"knape ye sis?"
"nk tnya sedikit ashra, untuk sis membuat pilihan terbaik"
"knape ya?"

"apa ya sis jwb dulu pada phak sana?"
"maksud sis?"
"dia sudah berpunya xlg? sis khuatir dia masih menunggu"

aku terdiam seketika..untuk mengatakan apa pendapat sy setakat pemerhatian sy sbg ex-'ajk' terhadap kaum adam apabila permintaan mereka ditolak, aku rasa lebih baik tidak diberitahu.

"sis nk sy tanyakan ke? maksud sy, bg pihak shbt?"
"xpe, sis cma nk tahu apa yg sis jwb"

"sy nk ingat mmg dh lupe sis, tp xsilap sis tak terima dan sis jga menyatakan andai dia jodoh sis jga, sis akan terima jga akhirnya. n sis prefer bertemu wali sis."

yup, ini jwapan kebanyakkan kaum hawa dan pemerhatian sy i'allah tidak salah.

hawa, amat memntingkan takdir Allah yg tentukan dan wali adalah keutamaan mereka.

"xpe sis. sis buatlah keputusan yg terbaik. i'allah Allah kuriakan ketenangan utk sis terima yg mana terbaik buat sis. i'allah. sis doakan utk sy jga"

ku tutup perbualan.

............................................................................................................
siapa yg tidak mahu bernikah, tampak shj hawa itu lincah, ganas, educated, dan slamber.
namun, dihati mereka inginkn peneman yg dpt membimbing dunia dan akhirat.

hawa tidak lari dengan setia.
pernah mendengar ayah tunggal atau ibu tunggal?
susah sekali mendengar balu berkahwin lg.
(ini hanya pemerhatian, bkn itikad)

walau pertanyaan bersilih gnti
segala-galanya Allah sudah tentukan.
kerana pilihan hawa lebih memilih keluarga.
kebahagian keluarga adalah keutamaanya..
kerana dia Hawa kepada ibu bapanya ..







Friday, April 11

patient


Anggaplah masalah itu sebagai salah satu
daripada juzuk ujian yang dihamparkan
buat kita. Ujian yang dapat meninggikan
darjat kita sebagai hambaNya. Ujian yang
melorongkan kita untuk menjadi hamba
syukur ataupun kufur. Mudah-mudahan
kita menjadi hamba yang syukur.
InshaaAllah.
"Dan kerana Allah, bersabarlah!"




don't just take simple what everything happen, learn to be some one that can give benefit to others!!!

Wednesday, April 2

hati seorang kakak.


hati seorg kakak..

hati kakak mana tidak menangis, 
bila melihat adik2nya tak mengendahkan kata2 org tuanya

hati kakak mana tidak menangis,
bila melihat apa yg mereka kehendaki sering shj dituruti namun tiada sikap utk menghormati

hati kakak mana tidak menangis,
bila melihat adiknya mendahulukan kata2 kwn berbanding org tuanya

hati kakak mana tidak menangis,
apabila sering melihat status2 fb adiknya selalu menulis tentang cinta kepada makhluk berbanding cinta pada yang SATU,
 
hati kakak mana tidak menangis,
gambar adiknya berada di wall picture lelaki yg bukan muhrimnya
 
hati kakak mana tidak menangis,
bila melihat adiknya bersuka-ria dengan lelaku bukan muhrimnya.
 
sungguh,
kakak ini mmg sedang menangis.
 
disudut jauh hati ku ini cukup melihat kamu menjadi adik yg solehah dan mendengar kata ibu dan abah.
 
aminnn ya rabb..
 
 mereka keutamaan ku sekarang ini..

Tuesday, April 1

keep silent..



ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Berdoalah kepadaKu, niscaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Al-Mukmin: 60).

Firman Allah: Aku akan bersama dengan sangkaan hambaKu kepadaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan ( yakni: BUKAN dengan apa yang dia risaukan atau khuatirkan) ~ Hadis Qudsi Riwayat Thabbarani dan Al-Hakam.
  
Apa khabar wahai hatiku.. teruskan bertabah dan bersangka baik secara luar biasa dengan Allah
 
tidak mampu utk berbicara
 
moga demam ini sbg kafarah dosa2 ku ini
 
i'allah berusaha menyiapkan research proposal
rabbi yassir wala tuassir