Daisypath -

Monday, December 30

renjis-renjis ..

barakallahulakuma fi khair ^^,

seorang shbt telah menjejakki tngga seterusnya 
alhamdulillah shbtu Farhana Rapani selamat menjadi suri hati yg halal kepada suaminya
alhamdulillah
^__^

smpai utm, ada pulak yg mainkan lgu ni


best!agak lama jgak la xdgr lgu2 cm ni..
boikot?? hehe
xde lah...xnk hati terus melayan perkara yg bgku xpasti..

boleh dikatakan pergi kemana2 shj pasti bab kawin menjadi perbualan..
cikgu2 pasti yg bru ku kenal dan ada berumur sebaya dan ada juga umur bawah ku bakal mengadakan walimah pada tahun depan..
nmpaknya mmg berseorgan lagi la.. :p
alhamdulillah jodoh mereka dah  smpai..

bila geng stu batch menyakat menayakan bila empunya diri ni nk buat majlis..
yg mampu ku berikan smiley shj :)
biarlah ia menjadi rahsia..
tidak mahu BM menjadi penghalang utk mereka..
bgku ada pro dan contranya..



 tertarik dengan tajuk kedua2 buku ni..
xtaulah blh dptkan kat jb x?
duit oket cukup2 je utk 3 hari :p
hehe..

seorg junior ada juga menanyakan tentang BM..
ringkasku jwb..
'akk bkn la org yg pakar bab2 nie, tp bnyakkan membca buku yg dikarang2 novelist muslimat..i'allah serba sedikit akn mempelajari bgaimana hati seorg muslimat tersebut.. :) '



 tertarik dengan kisah shbt yg bru jga dikenali..
sudah bertunang tp tidak pernah menghubungi antara mereka..
no phone pun xde dlm senarai panggilan..
subhanallah..
moga Allah menjaga ikatan mereka..
aminn ..

:) bnyak pula celoteh...next need to fokus iv, pasti dan tuisyen..
nak xnk kne jga jga budak lepas abis kelas pasti..
2014 datang dengan amanah..
siiru ala barakatillah

Wednesday, December 25

dizzy



Yaa Hayyu Ya Qoyyum Birahmtika Astaghiitsu

"Ya Allah, Yang Maha Hidup lagi Maha kekal, dengan rahmat Mu aku mohon pertolongan."

 

Wednesday, December 18

speechless words..


Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.



Fitrah Wanita Perlu Di Tegur

Sudah menjadi fitrah kejadian, untuk menjadikan seorang wanita itu baik mereka perlulah ditegur dan selalu diingatkan tentang kebaikkan. Menegur bukan sahaja untuk memperbaiki, tetapi lebih daripada itu adalah sebagai salah satu langkah untuk menjadikan isteri sebagai isteri yang terbaik di dunia dan akhirat.

Oleh sebab itulah Baginda SAW telah berpesan kepada golongan suamiberkenaan perihal ini.
Sabda Nabi SAW:

“Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu biarkan sahaja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah tentang wanita.”

(Hadis riwayat Bukhori dan Muslim)
 



Tuhanku..
Aku tidak mengetahui nasibku di hari-hari mendatangkan
Namun memadai bagiku keyakinan bahawa engkau tetap bersama ku...




 Don't depend on people to pick you up when you're down. Pick yourself up to pray, and Allah will lift your soul.

Omar Suleiman


 Gunakan segala kekuatan kita untuk mendapat bantuan Allah.

Namun jangan lupa berdoa kepada Allah untuk membantu kita meraih bantuanNya.

Kekuatan kita, hanya mengaku lemah di hadapan Allah. Dengan kelemahan itulah akan diberi kekuatan Allah untuk mendapat bantuanNya.

Ya Allah, jangan serahkan diri kami sendiri walaupun sekelip mata. Aaameen.



p/s : all the sentences i'm copies from many pages..yup, these week i'm speechless :(




Thursday, December 12

bukan rezeki..


Allahumma solli ala Muhammad waala wabarik wasalim..




“Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti), lagi al-Basir (Maha Melihat).” – [Surah Al-Israk:30]



Barang siapa yang bertaqwa kepada ALLAH s.w.t nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberikannya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.Dan barang siapa yang bertawakal kepada ALLAH s.w.t nescaya ALLAH s.w.t akan mencukupkan (keperluan) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t melaksanakan urusan (yang dikehendakin) nya.Sesungguhnya ALLAH s.w.t telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(Surah AT-TALAQ : Ayat 2-3) - See more at: http://islam-suci.blogspot.com/2012/11/maksud-ayat-seribu-dinar-dalam-rumi.html#sthash.8aWgKhZf.dpuf

 “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”







“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]


Bila diuji, bersabarlah.. dan senyumlah..


Tuesday, December 10

derma





Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar



sumbangan derma dari kanak2 yg berusia 11 thn..
kita???

flooding..



muslimat itu...


cik cahaya itu tidak mampu..
bila terdapat perbezaan idealogi di bwh satu bumbung yg sama..
cik cahaya itu tidak mampu lg untuk menderhaka kpd insan yg terlalu istimewa buatnya..
biarlah khidmat cik cahaya utk islam disampaikan kpd insan yg cik cahaya amat sygi..
cik cahaya itu bertekad untuk mecari rezeki di negeri lain..
aminn ya rabb...

Tuesday, December 3

....









Dari Abu Darda' ra,
Bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
"Doa seorang Muslim kepada saudaranya dengan tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab;
                         pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan :
"Semoga Allah mengabulkan & untukmu juga seperti itu."

(Riwayat Muslim)


.The Beauty of Islam. 
 
 

a drop of tears

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi wabarik wasalim

Sahabat


Di sini kisah kita bermula,
Memaut mahabbah indah tak terkira,
Ukhwah ini bagi mencari redha Yang Esa,
Menempuh segala peristiwa bersama-sama..

Sahabat,
Suatu ketika dahulu,
Mungkin kita ibarat kanak-kanak riang,
Mesra bergurau senda,
Saat manis dikongsi bersama..

Suatu ketika dahulu,
Kita mula memperoleh tarbiyyah,
Ta'aruf terhadap Cinta Tuhan Pemilik Jiwa,
Tazkirah di kelas menjadi amalan,
Mengisi hati yang sentiasa kegersangan,
Didikan dari guru,ikhwan akhowat tersayang..

Sahabat,
Kini kita masih bersama,
Mungkin jua Akan terpisah akhirnya,
Namun itu bukan erti perpisahan yang sebenarnya,
Kerana hati dan jiwa,
Masih terikat dengan nama Yang Kuasa..

Kini kita kian matang,
Mendepani ranjau duri dalam kehidupan,
Tanda kasih dan sayang dari Tuhan,
Mula bisa melakar rasa,
Mengerti makna ukhwah yang terbina,
Moga rabitah ini akan terus subur berbunga..

Sahabat,
Andai ada khilaf yang menoreh jiwa,
Kata yang menusuk di hati yang terluka,
Cara yang tak kena pada rasa,
Bukankah kemaafan itu cara yang terbaik buat kita,
Bagi membersihkan segala prasangka..

Sahabat,
Takkan pernah terbunggar segala memoir,
Tetap tersemat di sanubari yang paling dalam,
Kerana di mana lagi kita akan cari ganti,
Segala kenangan di bumi waqafan tercinta..



sahabat...
segala bait tidak dpt ku ungkapkan..
bait di atas aku petik dr blog shbt..
ya..
kini, ku kehilangan mereka..
mungkin dulu melepaskan seseorg demi sahabat 
snggup ku utamakan..
pedih itu diketepikan..
tapi
kehilangan shbt2 yg telah bnyak
mendorong dan membimbingku 
ke jalan ini tidak mungkin 
dapat ku lepaskn..
tapi,
mungkin segalanya tinggal kenangan..
Allah..moga hati ini redha atas ketentuanMu..

tidak ku ketepikan mungkin juga dtg dari kekhilafan ini..
andai bibir tak terucap kemaafan..
cukuplah sekadar hati mu memaafkan mu..
ku syg shbt2 ku kerana Allah..lillahi

ciptaan Allah :)


subhanallah, alhamdulillah, allahu akbar..
Allahumma solli ala Muhammmad waala alihi wabarik wasalim..


gmbar pilihan bulan ini..comel kn ^^,