Friday, July 27

bersyukurlah wahai muslimah...

kedatangan ramadhan merupakan pesta ibadah kepada sesiapa yg tidak sabar menanti kehadirannya...
seperti kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya dan tidak sabar untuk menyediakan makanan terbaik untuk keluarga yg dicintainya....
seperti sang kekasih menunggu si dia untuk meluahkan segala-galanya..
bak kata pepatah, tidur tak lena, mandi tak basah...ternanti-nanti akak kehadirannya...

namun, bagi seorang muslimah yang biasa...sepertinya ada waktu yang mengharamkan untuk melakukan sesuatu ibadah wajib pada waktu tertentu...
sesuatu yang wajib dilakukan, tapi haram dilakukan dlm keadaan tertentu..
org kata 'Allah bg cuti'...



memang tidak dinafikan, ada sesetengan muslimah kekandang tidak sedar mengeluh akan ketetapan yang Allah telah kurniakan bg kami yakni muslimat...


Bagi muslimah yang menyedari hakikat ini, kedatangan ‘tempoh bercuti’ setiap bulan sangat tidak diharapkan pada bulan Ramadhan. Sering terdengar keluhan dari mereka yang haid kerana sedih merasakan tidak mampu merebut pahala ibadah di bulan ini, terutamanya sekiranya ‘ia’ datang ketika tempoh 10 malam terakhir.Malah, ada yang sanggup mengambil ubat penghalang datangnya haid semata-mata untuk memanfaatkan sebulan Ramadhan. Namun,ubatan sebegini kadang kala tidak memberikan kesan yang diharapkan malah lebih mengganggu kestabilan hormon.

Saidatina Aisyah R.A sendiri pernah menitiskan air mata kesedihan kerana merasakan hilangnya peluang beramal dengan kedatangan haid. Namun, haid sebenarnya bukanlah satu perkara yang buruk, bukan jua satu kekurangan yang patut ditangisi, kerana disebaliknya masih ada peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
Mari kita lihat,bagaimana Rasulullah S.A.W menangani perasaan Aisyah apabila beliau menangis kesedihan ketika didatangi haid ketika menunaikan haji.Baginda S.A.W bersabda yang bermaksud: “Ini adalah suatu yang ditetapkan Allah ke atas anak-anak perempuan Adam, maka tunaikanlah apa yang ditunaikan oleh orang yang melakukan haji kecuali janganlah kamu bertawaf di Baitullah sehinggalah kamu telah mandi (suci dari haid)”. (Riwayat Muslim)



ada terbaca buku Cinta Tiga Rasa karya Ustazah Haslinda isteri kepada Ustaz Dr Zaharuddin, kenangan beliau ketika ingin menunaikan haji :

dimana beliau meminta pandangan dari doktor untuk mengambil ubat tahan haid ketika ingin menunaikan haji, namun doktor menasihatkan agar mengelakkan untuk mengambil ubat tersebut kerana  ada kesan sampingan. Dan doktor tersebut menasihatkan agar berdoa dan bertawakal kepada Allah. yakin dengan pertolonganNya...(ayat edit sendiri)

walaubagaimanapun, tiada dalil melarang pengambilan ubat tersebut bahkan Dr. al-Qardawi juga memfatwakan keharusan pengambilan ubat untuk menangguhkan kedatangan haid dengan alasan. Para ulama muktahirin juga membenarkannya.

Syeikh Muhammad bin Salih al-Utsaimin berpandangan :
"dlm masalah ini saya berpandangan bahawa hendaklah wanita tersebut tidak melakukan sedemikian. Sebaliknya hendaklah dia menjalankan ketetapan Allah yang telah digariskan ke atas setiap wanita. Kebiasaan datang haid setiap bulan di sisi Allah memilikki hikmah yg amat banyak jika kita mengetahuinya........"




antara amalan yg boleh menggantikan ibadah puasa adalah :-

  •  memperbanyakkan berzikir dan bacaan tasbih
  • sentiasa beristighfar
  • melipatgandakan doa
  • membantu menyediakan juadah berbuka 
  • menolong kerja2 yang agak berat agar org yg berpuasa boleh berehat.
  • dll yg dilakukan semata2 niat kerana lillahitaala...

Last but not least ...

Akhir kata, sebelum datangnya tempoh haid anda, perbanyakkanlah amal ibadah, semoga Allah tetap memberikan ganjaran bagi amalan yang kita terhalang dari melakukannya disebabkan haid. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sekiranya seorang hamba muslim sakit atau bermusafir, (tetap) ditulis baginya apa yang dahulunya dia lakukan ketika dia sihat dan bermukim.”(Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi).
Maka, barangsiapa yang terpaksa meninggalkan suatu amal ibadah disebabkan halangan yang syar’ie, Allah Yang Maha Pemurah akan tetap memberikan kita ganjaran sepertimana kita melakukannya.


No comments:

Post a Comment