Friday, June 1

silent is better

bismillahirahmanirahim...


"Prayer is the best armor against all trials".

ketidakmampuan seseorang itu sebenarnya terbatas. Dia mengetahui dia  mampu atau tidak. walaubagaimanapun kita sebenarnya tidak akan tahu selama-lamanya sejauh mana kita boleh capai sekiranya kita sendiri tidak sanggup untuk menempuhi sesuatu kesusahan dan sesuatu kegagalan. USAH TERLALU SELESA DENGAN KENIKMATAN INI. Tempuhi dengan keyakinanmu padaNya. Mulutmu mengatakan kamu percaya padaNya, dan zahirkan hal keyakinan mu dalam lubuk hatimu. Hatimu adalah raja pengawal segala tindak-tandukmu.


jangan kecawa dan jangan patah semangat, kerna Allah pasti menolongmu. DIA hanya ingin menguju mu dengan sedikit kesusahan. 


Hal ini dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

 “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan:
 Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?” 
(Surah al-Ankabut, ayat 2-3).

Ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak berupa kesusasahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan oleh-Nya bermaksud:

 “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.”
 (Surah al-Anbia, ayat 35).


the best motivater is YOURSELF!!
~monolog diri di pagi hari jumaat....penghulu segala hari, moga dpermudahkan urusan hari ini. memang tidak akan pernah kuat melainkan mendapatkan pertolongan darinya~

penat juga mendukung haziq semalam...huhu...(gambar : hiasan semata-mata)
haziq anak soleh k.syifa'...insyaallah ^^,
hilang jap ketensionan mengadap proposal PSM seharian...




No comments:

Post a Comment