Sunday, July 8

sabar dan redha....

beberapa hari lagi
ramadhan akan hadir
Allah, sempatkn aku menghadapi
bulan tarbiyahmu...

tarbiyah?
ya, pendidikan berterusan
pendidikan mengajar hambaNya
erti menjadi seorg khalifah diatas muka bumi ini

sungguh
kehidupan ini penuh dengan ujian
kecil besar 
dikurniakan kepada setiap hambaNya

ujian
dititipkan dengan kesabaran
sungguh jika sebelum ini
diri ini adalah insan yg mudah marah
aku syukur,
setiap ujian yg Engkau timpakan kepadaku
mengajarku sabar dan terus sabar setiap apa yg berlaku

sabar dan redha
atau pasrah?

hanya Engkau shj yang layak
menghakimi hati ku ini Ya Rabb...

ramadhan kali ini 
pasti
mengajarku erti kehidupan sebenar

sabar dan redha dengan ketentuanMu..

Baginda bersabda:
Sesungguhnya aku hanya manusia, dan kamu sentiasa membawa kes pertikaian untuk diselesaikan olehku, dan mungkin sebahagian kamu lebih cekap berhujah daripada sebahagian lainnya, maka aku telah memutuskan hukuman berdasarkan apa yang kudengari sahaja. Sesiapa yang telah kujatuhi hukuman dan hukuman itu mengambil hak yang lain (akibat kurang cekap pihak yang benar dalam berhujah), maka janganlah kamu mengambilnya, sesungguhnya ia bakal menjadi sepotong api neraka
(riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lain-lain. Rujuk Naylul Awtar, jil.8 hlm. 632, no. 3920)


No comments:

Post a Comment