Friday, March 2

teSt over dA liFE

Selawat keatas junjungan baginda Muhammad S.A.W, keluarga dan sahabat-sahabatnya yang dijanjikan syurga...

"cukuplah Allah bagiku", "kurniakanlah kami husnul khatimah dan matikanlah kami dalam Islam" merupakan zikir yang ringkas yang boleh kita amalkan...

dan beristighfarlah , kerna dengan senantiasa beristighfar insyaallah Allah akan permudahkan segala urusan tanpa jalan yang tidak disangka-sangka...

dan kuatkanlah hati mu dengan melazimi qiamullail...insyaallah, insyaallah...segala pasti tetap hanya keranaNya...

selangkah demi selangkah mara kehadapan mengharungi perjalanan hidup ini, terlalu banyak yang dapat dipelajari..

bebarapa kisah hidup telah ku selami dan hayati...subhanallah...ternyata ujian setiap hambanya amat berlainan setiap hambaNYA tidak mengira beriman atau sebaliknya..

tetapi bersyukurlah andai ujian itu lebih mendekatkan kamu kepada penciptaNYA...

Allahumma ya Allah...


"...Sesungguhnya semakin seseorang itu kuat iman dan taqwanya, pasti akan semakin besarlah juga ujian dan dugaan yang Allah kurniakan buat dirinya.."

Bukan tanda Allah sengaja ingin membebankan dirinya, namun Dia mahu hambaNya itu semakin hampir dan erat denganNya. Kerana itulah Allah meletakkan pelbagai ujian yang getir dan berat kepada kekasihNya iaitu Para Rasul dan Ulama' sebagai tanda kasih sayangNya..

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

"Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah."

[Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]

"...Diujinya dengan musibah dari Allah Ta'ala bukan tanda dibenciNya.. Diberinya nikmat dunia juga bukan tanda dikasihiNya.."

Sesungguhnya musibah dan nikmat itu adalah bentuk Ujian Allah Ta'ala.. Semakin 'hebat' seseorang itu disisiNya, semakin hebatlah juga ujian yang diberikan kepada dirinya..

Maka beruntunglah sesiapa yang sentiasa diuji dan diduga, kerana itulah tanda Allah sedang mengasihinya..

No comments:

Post a Comment