Thursday, January 5

Budak kecil berbicara bab kawin



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Mas kahwin vs Hantaran

Tak guna belajar bab fiqh munaqahat tinggi-tinggi sebelum kahwin jika ahli keluarga majoritinya tidak memahami mengapa perlu buat sedemikian dan tidak boleh atau elakkan buat sedemikian

Masing-masing ingin menegakkan merekalah yang benar…..

“zaman sekarang mana main sikit-sikit nie…org main puluh-puluh ribu dah” aku tergamam

“nk jemput org nie. org tu erm, kira-kira seribu jga la undangan”

“akad kita buat kat sini, majlis kat kat sana”…aku mengeleng-geleng

Kakak ku dah lama memendam air matanya…(bergenang di kelopak matanya)

Aku bersuara “aki, aboh, ma….err, kalau boleh kita kurangkan…along ngan bakal pasangan tak mampu nak cari sebanyak tu…

Ibu ku diam…aku kembali menyambung tentang kepentingan keberkatanNya sebelum/semasa berumah tangga

Pada mulanya seperti dapat menerima, tetapi

“xboleh, harga sekepala dah ni..ni.. ni….barang sekarang mahal”…

Apa lg yg boleh aku tolong kakak ku…

Semalam dia mesej untuk dinasihatkan dan macam mana nk bg tahu family yang mereka berdua tak mampu nk dapatkan sejumlah wang itu….

Moga apa yg aku nyatakan padanya dpt menenangkan dan berfikir secara jernih…

“Kita yang merancang bagaimana walimah itu hendak diadakan” kata2 ku kepada along

Apa-apa pun ujian sebelum perkahwinan (merancang , merencana, menguruskan) adalah kecil jika ingin dibandingkan dengan ujian semasa alam rumah tangga nanti….

Sekadar coretan, sebab masih lagi mencari jalan yang terbaik untuk along, kakak ku

Semoga dipermudahkan urusan k.long ku dan abg rafi (tunang k.long)

Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :

إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا

Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)

Dalam sebuah hadis lain :

خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا

Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)

Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا
Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)





~Erm, time-time exam nie leh pulak fikir sal masalah munaqahat nie…adush….study2 ^^, ~

No comments:

Post a Comment