Wednesday, December 14

shut up!!!!



salah satu perkara yg masih lagi boleh boleh berubah....
telah bertekad untuk berubah , tapi masih lagi tak dapat melaksanakannya....
terlalu banyak bercakap dalam sesuatu majlis....

ingin ku jadi seperti gadis lain, yang sopan..
berkata-kata bila perlu...
indah bila dapat menjadi seperti itu...

pernah seorang ustaz berkata, berbicaralah ketika nafsu berbicaramu tiada atau berkurang....
kerna dikhuatiri, akan timbul rasa tidak berpuas hati atau sebagainya dalam perbicaraan itu....
dan hari ini telah menjelaskan padaku, masih lagi perlu diperbaiki...
akhlakku...astaghfirullah...diri masih lemah mengabdikan padaMu Ya Rabb...

Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda. Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril,

"Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

No comments:

Post a Comment