Daisypath -

Thursday, December 1

tulang rusuk yg perlu diluruskan...


LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH......


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepada Allah dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Susah dan senang rela bersama….


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan


Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah


Bolehkah jiwaku setabah jiwa umi Nabi Ismail

Menggendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya kepada Allah

Itulah wanita bernama Siti hajar


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah, harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah………

Cahaya_ashra



No comments:

Post a Comment