Tuesday, October 25

kurniaanNya…bercuti bersama famili

Alhamdulillah….syukur kepadaNya kerana hujung minggu baru-baru ini dapat ‘spend’ masa bersama family tercinta….ya Allah, hanya DIA shj yang tahu betapa gembira dapat bersama-sama dengan aboh, ma, along, angah, mimi dan edy…

Pada mulanya agak berat juga untuk ke shah alam di sebabkan ada hal yang penting yang perlu di selesaikan bersama sahabat-sahabat seperjuangan….

Tapi, daku memilih bersama keluarga...kami sebernarnya dah lma tak pergi keluar bermusafir bersama-sama…boleh dikatakan sejak kecil lagi…ye la, bila bekerja jadi orang biasa di dalam sector kerajaan , untuk bercuti bersama keluarga di kurangkan….walauapapun , kami sekeluarga bersyukur kerana memahami antara ahli keluarga…

Sebaik je tamat ‘Test Seperation’ , bersiap-siap ke sri putri…Alhamdulillah, kakak ku sorang nie(Nurul Ajila) yg snggup hantarkan adik nya yg comot nie ke stesen bas….syukran ya ukhti

Apa lagi, naik je bas terlelaplah kerana kepenatan memerah otak dimedan perjuangan masa test tadi….

Jam 4.00pagi (anggaran) sampai di stesen bas shah alam dan aboh dah lme menunggu..ye la, call2 anaknya ini tak angkat2…tidur smpai xsedarkan diri…

Sampai di rumah tumpangan, dapat rehat diri sebelum bersiap ke Uitm….

Kabut jga pagi tu nak bersiap..yela, masing-masing jarang tidur dalam bilik ‘air-cond’ , xmau keluar dibuatnya…hehe…

Subhanallah…sangat ramai hamba Allah yang bergraduasi pada hari itu….

Tak sabar rasanya nak bergraduasi jga..(2thun lg…)

Bnyak jga adegan yg mencuit hati sepanjang tempoh tersebut….

Dengan bunga konvo, belon Angry Bird, MC penyampai nama2 graduan…mcm2…

Penat jga layan karenah org bergrad nie…jadi photographer jap even camera biasa je…(ye la, yg dtg semua pegang DSLR, cukuplah kita pegang cmera digital yg kecil comel)…

Mlmnya berkurung di bilik sejuk menatap nota-nota, yg lain berjalan rumah abg.Rafi(tunang along)…ye la, test hari isnin(nk berjln sngat la katakan)…

Dan kali ini, dengan berbesar hati family nak hanta balik ke skudai….kalau kanak2 dah melompat sakan J

Dan kmi bermalam sehari di Scholar Inn....mcm xnk bagi balik..dah jadi umah sendri dah…

Lepas bersarapan pagi bersama di Meranti, dengan hati yang sayu(nasib baik dpt thn air mata keluar), kereta yang dipandu Aboh menyusur keluar dari pintu gerbang UTM….

Inilah aktiviti hujung minggu yg amat bermakna…

>>2 minggu lagi insyaallah dapat lagi berjumpa dengan famili








muka kepenatan..hehe...gambar mesti kne ada jga
along, ma, angah(graduan farmasi) dan aboh


sebaik shja keluar dewan...bersama abg rafi dan ayahnya



teddy bear yang setia menunggu utk di sunting...hehe

kawan2 angah...graduan farmasi..


kuntuman mawar mekar...selepas dibuka pembalutnya dan disiram dengan renjisan air (itulah hakikat wanita)








Nabi Muhammad SAW bersabda: "Empat macam sebagai syarat kebahagiaan seseorang iaitu jika isterinya solehah, anak-anaknya taat, kawan-kawannya orang-orang yang soleh dan penghasilan rezekinya di dalam negerinya."


.
Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata: "Tujuh macam yang dapat diterima pahala sampai sesudah matinya iaitu: Siapa yang membangunkan masjid maka tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang di dalamnya; Siapa yang mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya; Siapa yang menulis mushaf, ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya; Orang yang menggali perigi, selama masih ada orang menggunakan airnya; Siapa yang menanam tanaman, selama dimakan oleh orang atau burung; Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajarinya; Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan dan membaca istighfar baginya, yakni jika mendapat anak lalu diajari ilmu dan Al-Quran, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri, sebaliknya jika dibiasakan berbuat maksiat, fasik maka ia mendapat dosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri."



Sebagaimana riwayat Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad SAW bersabda: "Jika telah mati anak Adam, maka terhenti amalnya kecuali tiga macam iaitu Sedekah yang berjalan terus; Ilmu yang berguna dan diamalkan; Anak yang soleh yang mendoakan kebaikan baginya."

Wallahua'lam.




No comments:

Post a Comment