Friday, October 7

Give ur heart...

Serahkan hatimu padaNYA...


"hati tak tenang,, ibadah tak terjaga,,study pun tak fokus,,

ruang memori dalam otak ni macam banyak kosong je.. cuba nak

isi,, tapi tak terisi..

nak exam esok,, tak tahu nak jawab apa,,sebab macam tak ingat apa-apa je...

Lemah sungguh iman

Rapuh sungguh hati

Murah sungguh air mata

baca quran,,solat..tapi tak dapat ketenangan..

Tak tahu nak buat apa dah..

Call mak,abah..

Semua harap lulus exam kali ni,,tapi entahlah..

Macam akan menghampakan mak ngan abah je.."

Tentang hati yang tak tenang. Hati yang merapuh..

Hati inilah punca ibadah yang tak terjaga.. hati inilah yang memudarkan semangatmu bersungguh-sungguh dengan tuntutan study.. kerana kita yang bernama manusia, menjadi manusia pada sebuah jiwa, pada sekeping hati dipanggil roh yang ALLAH titipkan pada penciptaan seorang manusia. Jiwa ini jugalah yang menikmati sakit manis perjalanan kehidupan sempit dunia ke akhirat yang luas berkekalan.

Kadangkala dalam menjalani kesibukan harian, kita terlupa menata hati. Kita terlupa membersihkan hati. Kita terlupa menyentuhkan hati ini dengan 'makanan dan minumannya' hingga hati berasa letih, kosong dan kering.

Mulut berzikir menyebutNYA telah menjadi rutin selepas solat, atau mulut berzikir bila disiplinnya diri dengan zikir pagi dan petang, namun hati tidak merasa terhibur sedangkan zikrullah adalah penghibur yang terbaik (minuman hati).

Pagi dan petang kita mendirikan solat, namun solat itu tidak menghubungkan jiwa yang satu ini dengan ALLAH Ar Rahman Ar Rahim. Solat sekadar kewajipan yang kadangkala berat dan lewat kita melaksanakannya. Masa tidak terjaga, kusyuk kurang pula. Lalu solat tidak meleraikan keresahan jiwa sedangkan solat adalah medan komunikasi intim dengan ALLAH, buat manusia menghamparkan cinta, duka lara dan hatinya yang selalu alpa(menjadi makanan hati).

Hati tidak tenang kerana hati itu sering dibawa berlari merentasi kesulitan dan kesibukan urusan harian, namun jarang sekali hati itu dipimpin pada indahnya rahmah dan aturan tuhan.

Hati tidak tenang kerana titis-titis dosa yang meresap ke dalam hati tidak selalu dibersihkan dengan istighfar yang berterusan, tidak bertaubat dengan kerendahan perasaaan. Malah mungkin merasakan diri maksum tanpa kesalahan.

Mungkinkah hati tenang jika hati dibiarkan lama terputus dari merasai hakikat kehidupan, terputus dari keikhlasan sebuah pengabdian. Mungkinkah hati tenang jika hati seringkali tersasar dari tujuan hati ini diciptakan..

Ayuh kita kembali meneruskan ibadah yang tak terjaga.. Kita solat, mujahadah lah agar hati kusyuk menghadap tuhan. Dalam doa di sujud-sujud yang panjang kita mohon rawatan dari tuhan, hati ini kita mohon dbersihkan. Jiwa ini mohon dikuatkan. Perasaan ini mohonkanlah agar kembali mengenal kasih sayang tuhan.

Ayuh bawa hati ini pulang pada tuhan, dengan zikrullah yang penuh penghayatan, dengan tahajjud di malam sepi untuk membasahkan jiwa yang kegersangan.

Berusahalah menangiskan hati.. adukan pada Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui, bahawa hati ini terkadang lemah, bosan dan alpa. Hati ini sering merasa kepayahan menunaikan kewajipan, hati ini terkadang amat lelah dalam perjuangan menjadi baik. Hati ini terkadang kalah penilaian, kalah dengan tipudaya syaitan.

”Bantulah kami untuk merindui pertemuan dengan MU ya ALLAH. Bantulah kami untuk sentiasa mengingatiMU.. ” begitulah antara rangkai kata doa yang Rasul SAW ajarkan pada umat yang dicintai baginda ini.

Menata hati ini semestinya bukan sekali, bukan dua kali, bukan seratus kali.. Namun hati ini berulang kali tanpa henti perlu disucikan, didoakan, diisi ilmu, dikuatkan dengan kalam tuhan selagi nyawa tidak berpisah dari badan.

Dalam diri mengejar pencapaian, menunaikan kewajipan, mencari hiburan – jangan sekali-kali hati ini dilupakan.

Ada kata-kata menyebut 'Alangkah hairannya melihat manusia yang bersedih dengan kematian, menangisi perpisahan, sedangkan dirinya tidak menangisi jiwanya sendiri yang telah lama kematian, hanya jasadnya bergerak untuk segala keperluan. Sedangkan manusia itu mulia dengan jiwanya yang membezakan dari haiwan..'

Jiwa itu mati bila tidak dibersihkan, tidak disucikan, tidak dibawa pada ketaatan dan penyerahan pada Sang Pencipta.

Menata dan membersihkan hati bukanlah senang, kerana hati itu bersih dengan kepayahan, mujahadah, perjuangan meninggalkan godaan nafsu syaitan. Hati itu teguh dalam keberterusan sebuah ketaatan. Hati itu tidak disucikan dengan ketawa dan kegembiraan berlebihan, namun hati itu bersih dengan tangisan dan rintihan yang membelah perasaan.

Teruslah kita mencari ketenangan , dengan membawa dan menyerahkan jiwa ini pada tuhan....

Ya Allah pimpinlah hati-hati ini…Ameen Ya Rabb…



http://sisi-kehidupan.blogspot.com/2010/03/serahkan-hatimu-padanya.html

No comments:

Post a Comment