Daisypath -

Thursday, September 3

kemerdekaan?????


Salam
Artikel ini baik dibaca untuk kita hayati erti kemerdekaan sebenar


Salam Kemerdekaan (Oleh Us. Azizie)
Salam perjuangan buat anak watan..
Hari ini genaplah 52 tahun kita menyambut
sambutan kemerdekaan negara tercinta, Malaysia. Kemerdekaan dari siri-siri
penjajahan demi penjajahan bermula dari Portugis, Belanda, British, Jepun dan
Komunis.
Betapa banyak nyawa yang terkorban, berapa banyak
wang ringgit yang hangus demi membebaskan negara dari cengkaman penjajah.
Hakikat yang perlu kita fahami dan akui bahawa penjajah datang bukan sahaja
menyerang dari aspek fizikal tetapi juga dalam bentuk serangan pemikiran (al-ghazwul
fikri). Serangan para penjajah adalah merupakan rentetan gerakan
salibiyyah antarabangsa untuk menggugat dan menghancurkan dominasi Khilafah
Othmaniyah dan ketuanan kerajaan Islam yang berpusat di Turki dan tidak
terkecuali rantau Melayu.
Kesan dari al-ghazwul al-fikri telah membawa
kepada peleburan identiti umat Islam. Identiti (hawiyyah) sebagai seorang
muslim yang memiliki kesetiaan yang teguh terhadap agamanya (at-tamassuk bid
deen) dan mengambil sibghah allah ( neraca Allah) dalam setiap urusannya. Ini
adalah impak yang nyata dari serangan bertubi-tubi dan episode panjang
penjajahan.
Ia bukan sahaja melebur identiti Islam tetapi
juga identiti bangsa sebagai ummah Melayu. Dalam kata yang lain, jasad dan kulitnya
Melayu tetapi akal dan jiwanya keinggerisan (kebaratan). Mereka bertutur dalam
bahasa Melayu- Slangga, berbangga dengan bahasa barat, berbudaya dengan budaya
hedonistic, berfikir dalam kotak ciptaan Barat. Muncullah fahaman-fahaman baru
yang menggugat ketuanan Islam dan ketuanan Melayu seperti Liberalisme,
Sekularisme, Pragmatisma dan sebagainya.
Pemikiran ini telah menular dan menjalar kepada
generasi pasca Merdeka. Mereka mendewa-dewakan aliran pemikiran ini dan
mempopularkan ke dalam masyarakat Malaysia atas nama kesaksamaan, hak asasi
manusia, demokrasi dan lain-lain lagi dengan menggunakan pelbagai jenama
politik dan NGO.
Pelbagai tulisan dan artikel ditulis , pelbagai
idea dan buah fikiran dicanang-canangkan yang membawa penyimpangan dari maksud
Islam yang sebenarnya hasil rekaan dan ciptaan pemikiran-pemikiran kebaratan
ini. Yang pelik, ia turut diperjuangankan oleh gerakan Islam Liberal, Sisters
In Islam dan lain-lain lagi.
Lihatlah kenyataan-kenyatan mereka terhadap isu
Kartika, isu persamaan gender, isu feminisma,pelaksanaan rang undang-undang
Syariah berkaitan Undang-Undang Kekeluargaan. Mereka menempelak dan
mempertikaikan hak –hak yang telah ditetapkan oleh syariat Allah.

Tambahan
pula, hari ini muncul kelompok Melayu yang hilang rasa izzah (bangga dan mulia)
pada agama dan Melayunya. Mereka pula membiarkan ketuanan bangsa mereka
dipermain-mainkan oleh musuh-musuh Islam, dirobek-robek satu demi satu hingga
terburai ikatan Islam dan ikatan Melayu. Melayu sama melayu boleh bercakaran
sesama sendiri, hilang ruh ukhuwwah islamiah bahkan politik Melayu sudah
menjadi politik tuduh menuduh, fitnah memfitnah, cerca mencerca, adu domba dan
hilang fiqh al-ikhtilaf.
Kita seharusnya bertanya pada diri kita, apa
makna kemerdekaan pada saat dan ketika ini.
Apa makna kemerdekaan jika tanah air kita
tergadai pada bangsa lain?
Apa makna kemerdekaan jika kuasa ekonomi kita
berada pada bangsa asing?
Apa makna kemerdekaan jika agama dipersenda ?
Apa makna kemerdekaan jika anak-anak muda
berpeleseran siang dan malam ?
Apa makna kemerdekaan jika Islam diperlekehkan ?
Apa makna kemerdekaan jika ketuanan bangsa kita
diancam ?
Apa makna kemerdekaan jika kenegaraan bangsa
digugat?
Apa makna kemerdekaan jika jiwa kita hina dina?

Inilah perkara yang perlu kita nilai dan lakukan
introspek dalam kita menganjak ke hadapan membina negara bangsa.Kemerdekaan
bererti kita harus membebaskan diri kita dari belenggu konkongan hawa nafsu
yang menjadikan kita rasa lemah, hina kepada manusia yang mempunyai harga diri
( izzah).
Dengan izzah inilah memungkinkan kita menerajui
perubahan dan pembangunan sebagaimana para sahabat R.A. Renungilah ungkapan
Rubi’ b. ‘Amir kepada panglima Rustam :
“Nahnu qaimun ibta’athallahu li nukhrijan
an-nas min ibadatil ibad ila ibadatillahi wahdah, wa min jauril adyan ila
‘adlil islam, wa min dheekqin ad-dunya ila siaatihi..”
[kami adalah satu umat yang dibangkitkan Allah
untuk mengeluarkan manusia dari perhambahan sesame manusia kepada perhambaan
kepada Allah yang satu, dari kezaliman sistem ciptaan manusia kepada keadilan
Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan]
Misi kemerdekaan inilah menjadi KPI kepada satu
perubahan besar kepada dunia sebagaimana telah dimulakan oleh tokoh kemerdekaan
insan dan Negara iaitu Baginda Rasulullah SAW.
Marilah kita jadikan tempoh 52 tahun ini untuk
kita memperbaharui tekad dan azam mengembalikan kesetiaan bangsa , mengangkat
harakat umat dengan mengimbau sejarah perjuangan generasi silam, membina jiwa
merdeka, menerjah ke depan, membangun ketuanan umat mempelopori satu
kebangkitan.

Pejuang kemerdekaan, Dr. Burhanudin al-Helmy
pernah berkata :
“ Di atas robohan kota Melaka…
Kita bina jiwa merdeka…

Dipanjangkan oleh Cikgu Jamil

No comments:

Post a Comment