Saturday, April 21

Isteri Solehah (STUDIO VERSION)


repost...

sudahkah menjumpainya...
andai belum, teruskan mencari..usah berputus asa...
andai sudah adakah dia benar-benar akan menjadi milikkmu?
walaupun antum mencari muslimat yg solehah yg bakal mencari ibu kpd anakmu nnt,ingatlah..bahawa muslimat tersebut terlalu banyak kelemahan sebenarnya...perlu banyak menuntut ilmu....perlu banyak belajar mengawal emosinya...yang pasti semua itu perlukan bimbingan yang sudi membimbingnya nanti dengan ikhlas....insyaallah, semua itu telah ditentukannya...semuanya terletak pada usaha dan doa para pecinta itu...

wahai pencari cinta bahtera...wahai nakhoda yang bakal mengepalai bahtera itu...
usah terlalu melihat luarannya kesolehannya sahaja...kenalinya dengan rakan-rakan disekelilingnya...lebih tepat daripada keluarganya...
dia juga seperti wanita yang lain, yang banyak kelemahan...mungkin kerana pemakaiannya begitu, ramai yg memanggil mereka@dia 'muslimah'..
'muslimah' itu pada asalnya bukanlah seperti yang disangkakan....jika dibandingkan antara kapas dan arang, sebenarnya hati 'muslimah' itu seperti arang....walaupun pada luarannya tampak putih seperti kapas...hatinya tidak seperti kapas itu wahai syabab...

wahai pencari cinta sejati...
tetapkanlah hati...
usah gundah dengan ketentuanNya...
namun, usah membiarkan waktu berlalu begitu shj...usaha, doa dan tawakal perlu seiring..
ilmu, persiapan juga perlu di cantikkan...secantik syurga yg diidamkan..

dan ingatlah,
muslimah itu bukanlah seperti bidadari ainul mardhiah, secerdas kekasih Rasulullah yakni aisya humaira, dan tidak seperti khadijah yang sanggup berkorban segala-galanya...dan seperti srikandi-srikandi yang lain..

tetapi
muslimah itu cuba menjadi seperti mereka...
walaupun pada hakikat disekelilingnya bukan dipenuhi hembusan embun pagi yang senantiasa menyegarkan taman-taman bunganya, tetapi dikelilingi padang pasir yang amat gering dan memerlukan titisan-tistisan air hujan untuk tanah itu untuk kembali segar dan berusaha mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan hijau dan bunga-bunga yang akan memberikan pandangan yang begitu indah...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isteri Solehah (STUDIO VERSION) (<------klik pada link ini utk mendengar lagunya)

lagu nie, dikenalkan oleh k.ummu...best...thanks kak ^^,

lirik lagu
Dalam doaku mencari-cari

Wajah kasih suri hidup ini

Namun masih belum ku temui
Kasih hati cinta hakiki

Rindu hati ingin berjumpa
Siapa dia isteri solehah
Teman hidup dikala duka
Ubat tawar dua jiwa

Ya allah kurniakanlah padaku isteri solehah
Temani tika gelisah
Merawat hati yang gundah

Tidak ku tagih setia hawa
Jua rindu bagaikan laila
Yang ku harap terima seadanya
Setia cinta isteri solehah

jauh di lubuk hati seorg muslimin ingin isteri yang solehah, dan jauh juga di lubuk hati seorg muslimah inginkan suami yang bukan sahaja yang soleh tapi merupakan seorang rijal pada agama....kerna cinta yang berputik bukan hanya berlandaskan nafsu semata-mata tetapi cinta ku pada nya hanya kerana Lillahitaa'la..... ameen ya rabb


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara dua pasangan…mengertilah bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..pernikahan jua adalah jalan untuk melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..sememangnya ana akan berusaha semampunya untuk membahagiakan calon imamku kerana walau apa yang berlaku, calon imamku tetap suamiku tika itu..namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang diperjuangkan kini…keberitahuan segala hal ini terlebih awal kerana tidak ingin terjadi kekesalan jika perkara ini benar-benar terjadi..kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan mencari yang terbaik untuk dirimu..kerana cukuplah Allah bagiku..mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal calon imamku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumah tangga pasti ada senda guraunya..dan pasti juga perselisihan itu akan berlaku....



Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, insyaallah akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..ana tidak mengharapkan calon imamku seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika calon imamku sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan ana menerima risikan kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku.

Cukup bagiku mencintainya dalam diamku.....


No comments:

Post a Comment