Daisypath -

Wednesday, September 21

hakikat kehidupan seorang hambaNYA

Bismillahirahmanirahim…

Tika mujahid dan mujahidah bersiap ke medan jihad

Diri ini masih lagi mancari jawapan

Mencari jawapan yang tidak kunjung tiba

Masakan ia dapat berkunjung, jika hati ini penuh dengan dosa, maksiat dan kelalaian

Apa pun itulah hakikat dan fitrah seorang manusia, hambaMU yg hina ini

Taubat dan istighfar sentiasa menjadi pendamping tika sepi dalam kegelapan menyapa


Pintaku ,

Agar kesabaran ini menjadi mengukuhan hati-hati ini padaNYA

Diamku tidak bermakna menolak dan diamku tak bermakna tiada kata putus

Diamku mencari yang pasti agar tidak di cemari nafsu semata-mata


Kata-kata itu

Diri ini mencari jalan bagaimana kata-kata itu dapat ku luahkan

Agar jawapan yang pasti itu adalah kata-kata dariNYA

Dan kata-kata itu adalah jawapan ku…



No comments:

Post a Comment