Friday, June 24

iman itu tidak boleh di warisi..

bismillahirahmanirrahim...

segala pujian kepadaMU...alhamdulillah masih lagi di beri kenikmatan islam dan iman ini..syukur ya Allah...

iman dan dosa itu tidak boleh di warisi...

ya, tidak semestinya anak-anak yang di lahirkan dalam keluarga biasa-biasa tidak boleh menjadi ustaz ustazah...

ya, tidak semestinya anak-anak yang dilahirkan dalam keluarga majoritinya adalah ustaz ustazah anak-anak mereka akan menjadi seperti mereka juga

anak-anak adalah permata keluarga...permata yang Allah kurniakan sebagai amanah kepada sesiapa sahaja yang telah bergelar suami isteri...

AMANAH!!!!

ibu bapalah yang menentukan anak-anak mereka

Rasulullah SAW bersabda:

Mafhumnya: “Setiap anak yang dilahirkan adalah berkeadaan fitrah( suci) tetapi ibubapa nyalah yang menentukan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi ( Riwayat Ahmad).


sesunggunya hidayah itu milik Allah...

jangan kamu merasa hina atau rendah diri jika di lahirkan dalam dunia yang biasa-biasa..

sesungguhnya kamu adalah insan yang bertuah...kerana dipilih olehNYA untuk menikmati nikmat ISLAM dan IMAN ini..

Alhamdulillah..

kepada yang dilahirkan dalam dunia yang biah solehah telah didik sejak lahir, kekalkan ia dalam diri dan kehidupan kamu..sesungguhnya kamu insan yang amat beruntung....

sayangi ibu bapa kamu..

ringankan bebanan mereka di akhirat sana...jangan kerana kesalahan kita, kita sendiri yang menarik mereka ke azab yang pedih..nauzubillah...

"Ya Allah, KASIHI KEDUA IBU BAPAKU sepertimana mereka mengasihiku sejak aku kecil sampai aku dewasa ini"..AMEEN YA RABB...

No comments:

Post a Comment