Tuesday, December 3

a drop of tears

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad waala alihi wabarik wasalim

Sahabat


Di sini kisah kita bermula,
Memaut mahabbah indah tak terkira,
Ukhwah ini bagi mencari redha Yang Esa,
Menempuh segala peristiwa bersama-sama..

Sahabat,
Suatu ketika dahulu,
Mungkin kita ibarat kanak-kanak riang,
Mesra bergurau senda,
Saat manis dikongsi bersama..

Suatu ketika dahulu,
Kita mula memperoleh tarbiyyah,
Ta'aruf terhadap Cinta Tuhan Pemilik Jiwa,
Tazkirah di kelas menjadi amalan,
Mengisi hati yang sentiasa kegersangan,
Didikan dari guru,ikhwan akhowat tersayang..

Sahabat,
Kini kita masih bersama,
Mungkin jua Akan terpisah akhirnya,
Namun itu bukan erti perpisahan yang sebenarnya,
Kerana hati dan jiwa,
Masih terikat dengan nama Yang Kuasa..

Kini kita kian matang,
Mendepani ranjau duri dalam kehidupan,
Tanda kasih dan sayang dari Tuhan,
Mula bisa melakar rasa,
Mengerti makna ukhwah yang terbina,
Moga rabitah ini akan terus subur berbunga..

Sahabat,
Andai ada khilaf yang menoreh jiwa,
Kata yang menusuk di hati yang terluka,
Cara yang tak kena pada rasa,
Bukankah kemaafan itu cara yang terbaik buat kita,
Bagi membersihkan segala prasangka..

Sahabat,
Takkan pernah terbunggar segala memoir,
Tetap tersemat di sanubari yang paling dalam,
Kerana di mana lagi kita akan cari ganti,
Segala kenangan di bumi waqafan tercinta..



sahabat...
segala bait tidak dpt ku ungkapkan..
bait di atas aku petik dr blog shbt..
ya..
kini, ku kehilangan mereka..
mungkin dulu melepaskan seseorg demi sahabat 
snggup ku utamakan..
pedih itu diketepikan..
tapi
kehilangan shbt2 yg telah bnyak
mendorong dan membimbingku 
ke jalan ini tidak mungkin 
dapat ku lepaskn..
tapi,
mungkin segalanya tinggal kenangan..
Allah..moga hati ini redha atas ketentuanMu..

tidak ku ketepikan mungkin juga dtg dari kekhilafan ini..
andai bibir tak terucap kemaafan..
cukuplah sekadar hati mu memaafkan mu..
ku syg shbt2 ku kerana Allah..lillahi

No comments:

Post a Comment