hari ini..
.
.
.
dik, hari ni last daftar...esk dah tutup..
terdengar kerani fppsm maklum pada salah seorang mahasiswi disini..eh, dah tutup ke..fkk tutup esk..monolog ku dalam diri...
mana tidak penat dan tension..dari hari khamis cuba untuk menyelesaikan subjuk umum u...sepatutnya subjek tersebut diambil sem lepas terpaksa di anjak pada sem ini atas lecturer...kata lecturer subjek ni setiap sem akan dibuka..
dik xboleh daftar...sbb subjek nie xde di fakulti ni...kalau nk kne pergi fakulti fppsm ambil tanda tangan lecturer...nk dipendekkan cerita, shbt2 kelas yg lain ambil subjek lain..memandangkan subjek yg ditawarkan clash dengan subjek core fakulti, kmi terpaksa ambil apa2 shj subjek yg lain asal kan UHS..ketika itu lega sikit, sbb d bagi peluang..
segala senarai nama lecturer, bilik mereka dan no. tel phone disalin...di cari satu persatu bilik lecturer2 tersebut..tiada..dari ptg khamis sampai tgh hari isnin..namun semua tiada dibilik..dan kmi call seorg2..namun semuanya mengataku full dan overloaded...
monolog : perlu extend sbb sbjek umum? Allah permudahkan urusan hambaMu ini
teringat kisah Dr Muslih dalam buku Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu..
dr scene nyaris tertinggal flight sampailah terpaksa menjaja satu persatu bas (ada 5 buah bas) untuk pulang atasa urusan yg penting...walau sudah keempat2 bas mengatakan tidak ada kosong, seperti sudah dapat mengagak bas kelima akan memberi jawapan yang sama..namun, Allah tidak suka hambaNya berputus asa...Dr. Muslih mengatakan walau dapat menjangka jawapan konduktor bas yg ke5 dia mesti perlu ber usaha untuk bertanya lagi...dan berdoa, "andai dia adalah jodohku, permudahkannya urusan ini ya Allah"..dia membulatkan tekad.."encik, ada kosong x lagi bas ni"..menunggu jawapan dengan penuh harapan, "ada2, naiklah..ada satu lagi seat kosong"..
kalau sesuatu itu Allah hendak berlaku, maka berlakulah ia...
kita bukan seperti akidah Qadariah, yang menyerahkan segala-galanya pada takdir hingga diri sendiri tidak proaktif. Kita juga tidak diajar seperti akidah Jabariah yang bergantung sepenuhnya kepada usaha sendiri tanpa memikirkan betapa berkuasanya Allah dalam urusan ini.
Kita diajar dengan akidah ASWJ. Segalanya sudah ditetapkanNya, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku dihadapan kita. Gunakan wahyu, akal dan hati dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan yang terbaik. Allah tidak akan mengubah nasib kita sehingga kita mengubah nasib kita sendiri..
memang tidak dinafikan, ahad..td..selepas agak kecewa akan ketiadaan mereka termasuk org besar di fak itu, kami terduduk sebentar..ya Allah, biarlah aku merintih dihadapan Mu..aku bergegas ke surau kecil..solat dalam keadaan tenang..selitkan doa dhuha 'andai ia sukar permudahkanlah'...aku melantunkannya beberapa kali dengan penuh pengharapan..
aku keluar kembali mengintai bilik lecturer..masih tiada..ku intai lg bilik ketua jabatan..gelap...kawan ku bersuara..jom la.. kita pergi fakulti dulu...
difakulti, selepas menyatakan apa yang berlaku, kak asni menyatakan xperlu tandatangan lecturer kalau xpenuh lagi..even fakulti lain..aik, aku terpingga2..sbb minggu lepas kerani pendaftaran menyatakan mesti ambil tandatangan..dalam beberapa minit ALHAMDULILLAH, selesai juga..
kawan ku : eh, macam x percaya je..dari minggu lepas duk sibuk2 pening..skrg dah selesai dah..boleh la study dengan tenang..
alhamdulillah ya Allah...bernar janji-janji Mu..cintaku semakin bertambah2 hanya padaNYA..
No comments:
Post a Comment