Sunday, January 6

Kerana enti adalah seorang muslimah

tidak diubah, copy dari http://resolusiaddin.blogspot.com/2012/03/kerana-enti-adalah-seorang-muslimah.html


Bukan niat di hati untuk angkuh
Bukan niat untuk menyakitkan hati enti
Bukan niat untuk tidak mempedulikan enti
Tetapi....
Kerana ana sangat menghormati enti
Ana melakukan semua ini
Kerana enti adalah seorang muslimah

Maafkan ana kerana memerhatikan enti dalam diam
Namun ana kecewa dengan enti
Ana menginginkan seorang muslimah yang mampu menjaga ikhtilatnya
Mampu menjaga batas pergaulan sesama bukan mahramnya
Bukan sahaja di dunia realiti
Malah juga di alam maya!
Namun, enti?
Adakah enti melambangkan ciri-ciri muslimah?


Berhubungan dengan bukan mahram
dengan perkara yang sia-sia di alam maya
tanpa alasan yang kukuh?
tanpa tujuan yang munasabah?
Adakah itu ciri-ciri muslimah?
Pastikah setiap perbualanmu di alam maya bersama bukan mahram
tidak menimbulkan penyakit hati dalam golongan syabab?

........Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

(Al-Ahzaab 33:32)


Ana tidak mampu untuk menegur enti secara terus terang
Kerana ana tidak mempunyai hak ke atas enti
Hanya seorang lelaki bernama suami yang berhak ke atas enti
Ana ingin melihat enti berubah sendiri
Atas kesedaran sendiri
Iya, memang tiada manusia yang sempurna
Tetapi tidak salah untuk berusaha menjadi sempurna

Jagalah ikhtilatmu di alam maya
Bukannya tidak boleh menegur bukan mahram
Tetapi pastikan ada tujuan
Tujuan yang dibenarkan
Bukan hanya perbualan kosong semata-mata

Hanya doa yang mampu ana kirimkan
Semoga enti sentiasa berada dalam rahmat Allah
Ana sangat menghormati enti
Kerana enti adalah seorang muslimah


untuk peringat diri ku yg sering alpa

No comments:

Post a Comment