Wahai ukhtiku
Aku kagum pada ketabahanmu
Aku kagum pada kesanggupanmu untuk thabat
Dalam jalan dakwah ini
Walaupun kau dihujani mehnah yang silih berganti
Ukhtiku sayang
Ada kalanya ujian melelahkan
Ada kalanya ujian melemahkan semangat
Ada saatnya kau merasa tidak sanggup lagi
Untuk bersama-sama dalam saf perjuangan
Ada saatnya kau rebah tak mampu untuk bangun, semula
Ukhti
Jangan kau rasa bersedih hati
Dikala kau ditolak
Kerana hidayah itu Allah yang punya
Ingatkah kau pada firmanNya
‘Bukanlah kewajibanmu(Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk, tetapi Allah-lah yang member petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki…(2:272)
Disaat sahabat yang kau kasihi menolakmu
Ingatlah Dia lebih mengetahui orang yang mahu menerima petunjuk bersesuaian dengan firmanNya
‘Sungguh, engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu ,menerima petunjuk ‘(28:56)
Ukhtiku sayang
Sebelum aku mengundurkan diri
Aku ingin kau tahu bahawa
Aku sedia menghulurkan tanganku ketika kau memerlukan
Aku sedia memapahmu untuk berdikari ketika kau lemah
Aku sedia meminjakan bahuku ketika kau ingin menangis
Aku sedia membakar tenagaku ketika sumbu lilinmu hampir kepenghujung
Akhir kata
Ku hadiahkan sepotong ayat Quran buat penguat semangatmu
‘Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung (3:104)
p/s : buat sahabat-sahabat muslimat yang bakal memegang tampuk pimpinan nnt...
No comments:
Post a Comment